CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL:KLONG MAI ( Tajuk Asal: Kau Bukan Adamku).Terbitan November 2016 oleh Karn

[Copy link]
Post time 11-7-2014 04:30 PM | Show all posts
Ipo posted on 11-7-2014 04:12 PM
setia zamzam baca citer ipo ya.....tqvm

of cozlah Ipo... cite yg Ipo karang sgt kena dgn jiwa saya... tu sbb tiap hr sebelum start kerja kt office mesti kena jengah dulu ruangan ini... baru terasa lengkap hidup...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2014 04:34 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 11-7-2014 04:26 PM
eh tak tau pon.. cuma busan ngan citer semata2 cinta neh..

..ingatkan ipo jer suka misteri2, thriller nih..
mula2 tepek citer GKM tu..mula terfikir..ada ke orng nak baca kisah gini??? macam pembaca tak suka je..
sebab mostly suka citer chenta kan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 04:35 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 11-7-2014 04:30 PM
of cozlah Ipo... cite yg Ipo karang sgt kena dgn jiwa saya... tu sbb tiap hr sebelum start kerja k ...

suka citer yg mana?
GKM..misteri itu kah?
atau AD yang tangkap jiwang leleh itu kah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 05:11 PM | Show all posts
Ipo posted on 11-7-2014 04:35 PM
suka citer yg mana?
GKM..misteri itu kah?
atau AD yang tangkap jiwang leleh itu kah?

GKM ada keistimewaannya sendiri Ipo... tang misteri tu yg sgt menarik minat saya...
kalau pasal AD tu byk sgt benda2 baru yg dpt saja ketahui... tang Lab tu memang terbaek...
overall both story is happy ending...
saya suka sgt sbb walaupun hanya tulisan tp setiap bait kata menarik saya masuk ke alam cerita itu sendiri...
apapun cerita yg Ipo karang sgt menarik minat saya utk terus membaca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 05:27 PM | Show all posts
SEJAK itu, hari-hari setiap kali bila balik dari sekolah Dayah akan singgah di pangkin di bawah pokok mangga itu sambil menikmati buah mangga muda.  Phat pula senang berkawan dengan Dayah.  Dayah sudah siap membawa bersama sebekas kicap yang telah dicampurkan dengan cili, gula dan belacan semasa pergi sekolah dan sebaik habis sekolah, di kawasan tokong itulah dia akan lepak bersama Phat.

“Phat, berapa umur awak?” Dayah mula berminat tentang diri sahabat yang baru dikenalinya sambil makan mangga muda bersama sambal kicap.

“Enam belas tahun…err..tak masam ke buah tu?” Phat sengih melihat Dayah begitu seronok mengunyah mangga muda.

“Masam itu akan hilang bila cicah sambal kicap ni. Rasalah! Aroii!!!” Dayah sengih lagi. Sudah tiga biji buah mangga dikupas.

“Wah! Dah pandai cakap Siam la awak ni!” Phat senyum. Dia makan mangga muda bersama sambal kicap. Mukanya tiba-tiba berkerut menahan masamnya pauh.

Dayah ketawa mengekek melihat wajah Phat yang telah berubah rona. Mata phat terpejam rapat. Mulut pula sudah sejemput. Agaknya menahan rasa masam mangga muda tadi.

“Sedap tak?” Dayah mula bergurau.

“Hmm..masam tapi sedap..aroii..” Phat mula sengih.

“Sedapkan! Hmm..saya baru pindah sini. Phat pula macam mana?” Dayah pandang Phat yang mula tunduk bila dia bertanya soalan seperti itu.

Phat kuis-kuis ranting pokok mangga yang jatuh di atas tanah. Soalan Dayah tadi memang payah untuknya menjawab. Sejak kecil dia dibela dan dijaga oleh ayah angkat, Eh Di. Sehingga ke hari ini, dia tidak tahu asal usul siapa dirinya yang sebenar. Ayah angkatnya pula tidak pula ingin bercerita tentang hal itu. Sejak umur lima tahun, dia dibesarkan di tokong  itu. Sejak itu, dia dilatih sebagai seorang sami yang menjaga kawasan tokong siam di situ.

“Awak kenal ke mak ayah awak?” Dayah pandang Phat sambil mengunyah pauh muda. Phat dari tadi asyik tunduk saja.

Phat hanya senyum melihat Dayah mengunyah buah mangga yang masam itu dengan selamba seolah-olah buah mangga itu manis.

“Tak kenal..tapi saya ada simpangambar mereka!”Phat keluarkan sekeping gambar dari simpulan hujung  baju jingga yang dipakainya.

Dayah mengambil  foto yang dihulurkan Phat. Lama dia merenung gambar itu. Sepasang suami isteri bersama seorang anak kecil di pangkuan si isteri.

“Eh! Ada tulisan kat belakang gambar ni!” Dayah baca tulisan di belakang gambar.


Nama Ayah: Eh Dau a/l Eh Put
Nama Ibu: Mek Kedi a/p Eh Dong
Nama Anak: Phat a/l Eh Dau


“Kenapa nama awak tak ada ‘Eh’ macam nama ayah awak?” Dayah berkerut kening. Dia garu kepala.

Phat sengih sambil mengusap kepalanya yang agak botak. “Entahlah! Saya pun tak tahu..hihihi..”

Dayah jeling Phat yang tergaru-garu kepalanya. Mata mereka bertentangan seketika.  Seketika kemudian berderai mereka berdua ketawa.  

Phat tiba-tiba berhenti ketawa. Dia tunduk semula. Apa yang bermain di fikirannya sekarang ini, bukan soal siapa dan di mana kedua ibu bapanya berada. Soalnya sekarang ialah, bagaimana dia boleh tercampak di tokong itu dan bagaimana ayah angkatnya boleh membelanya di sini. Semalam, dia ternampak satu bekas kotak kayu berukir tulisan siam yang disimpan bawah katil bilik ayahnya. Dia beranikan diri mengambil dan cuba membuka kotak itu tetapi belum sempat dibuka, ayahnya sudah tercegat di muka pintu bilik. Muka ayahnya sudah berubah riak. Ada riak bengis. Cepat-cepat dia simpan semula kotak kayu itu di situ dan terus berlari keluar dari bilik ayah. Sampai sekarang, kotak kayu itu masih menjadi misteri baginya.

"Phat..awak ok ke?" Dayah kuis kaki Phat dengan ranting kayu.

Phat mendongak." Ok..awak tak nak balik ke? dah lewat petang ni. Nanti mak dan abang awak marah."

"Alah..mereka tu tak marah pun. Dayah nak kawan dengan Phat pun tak boleh? Kat sekolah tu, asyik kena buli je dengan Wati, Shimah dan Zila. geram Dayah!" Dayah mengetap bibir.

"Buli?" Phat terkejut.

Dayah angguk.

"Oh ya..Phat kelas mana ek? tak nampak pun kat sekolah tu?" Dayah mula perasan semasa di sekolah, dia jarang nampak kelibat Phat.

"Saya ni tak pandai macam Dayah. Jadi, kelas tercorot je la.." Phat merendah diri.

"Ala..Dayah pun bukannya pandai sangat." Dayah sengih.

"Err..Dayah, kalau awak ada masa, saya nak minta tolong boleh?" Phat mendongak dan menoleh ke arah Dayah.

"Tolong apa?"

"Esok, ayah saya tak ada kat rumah. Dia kena melawat tokong di tempat lain. Jadi...saya...saya.." Phat masih teragak-agak untuk memberitahu tujuannya mengajak Dayah.

"Apa?" Dayah sudah tidak sabar.

"Saya nak awak teman saya. Awak datang sini esok.." Phat cuba senyum.

"Boleh! Pukul berapa? Esok tak sekolah kan?"Dayah sudah teruja.

"Tengahari.."

'Ok!"

Dayah mula minta diri. Phat hanya melihat tingkah Dayah yang sentiasa riang dan ceria.
Last edited by Ipo on 11-7-2014 09:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 09:43 PM | Show all posts
MALAM ITU, usai makan malam, Phat berehat di dalam bilik. Dia masih berfikir cara untuk mengambil kotak kayu di bawah katil ayahnya. Kotak kayu itu dilihat sudah usang. Ada sedikit lubang dan tempat kunci juga sudah rosak. Bermakna, mangga yang melekat pada kotak itu sudah tidak boleh dibuka. Phat mengiring pula ke kiri. Di benaknya masih berkisar kotak kayu itu tadi. Esok, Dayah akan datang dan dia akan mengajak Dayah sama-sama mengambil kotak kayu itu dan dia akan suruh Dayah menyimpannya buat sementara waktu. Itulah saja cara yang dia boleh fikir. Dengan kehilangan kotak kayu itu, mungkin ayah tak akan syak apa-apa padanya nanti.

Bunyi ketukan di pintu jelas di telinganya. Phat bangun malas dan berjalan ke arah pintu. Pintu dibuka. Ayah sudah tercegat di situ.

"Ada apa ayah?"

"Malam ni ayah kena pergi rumah pakcik Eh Ping. Ada masalah sikit di rumah dia. Phat jaga rumah ya. Kunci pintu. Ingat jangan buka tingkap dalam bilik ayah." Pesan Eh Di pada Phat sebelum dia beredar ke rumah kawannya yang terletak di hujung kampung.

Phat hanya mengangguk tanda faham. Namun dia masih bingung dengan pesanan ayahnya tadi."Jangan buka tingkap? Tingkap yang mana satu?"

Phat segera mengunci pintu utama dan kembali ke bilik. Lama dia berfikir tentang pesanan ayahnya tadi. Dia bingkas bangun semula dan mula melangkah ke bilik ayahnya. Nasib baik pintu tidak dikunci. Daun pintu bilik ayahnya dikuak perlahan. Matanya melilau mencari tingkap yang mana yang dimaksudkan oleh ayahnya tadi. Ada tiga tingkap di bilik ayahnya. Dia mengintai pula kotak kayu di bawah katil. Dia senyum. Kotak kayu itu masih ada di situ. Perlahan Phat menghampiri katil ayahnya dan dia membongkok cuba mengambil kotak kayu itu yang tersimpa elok di bawah katil.

"Hmm..dapat pun.." Phat sapu habuk yang melekat di atas kotak kayu itu. Dia masih berfikir samada ingin membuka atau membiarkan sahaja kota itu di situ. Separuh hatinya berkata, dia perlu buka kotak kayu itu untuk mengetahui apa sebenarnya yang ada dalam kotak itu dan separuh lagi hatinya berkata tidak. itu barang milik ayah. Dia tidak boleh sembarangan menggeledah barang orang lain hatta barang itu kepunyaan ayah sendiri.

"Nak buka ke tak.." Phat masih berfikir.

Papp!! Gelap! Lampu rumahnya terpadam. Phat pandang sekitar bilik. Memang tidak nampak apa-apa. Dalam dia melihat sekitaran yang gelap itu, tangannya terasa panas. Semakin lama semakin panas. Pantas dia lepaskan kotak kayu itu sehingga tercampak kotak kayu itu ke dinding. Terpelanting dengan kuat. Kedua tangannya digosok-gosok.

Phat masih  berada di sebelah katil ayahnya. Dalam keadaan gelap seperti itu dia masih dapat melihat dengan jelas kotak kayu itu seperti mengeluarkan bara merah. Dia menelan liur berkali-kali. Pucat mukanya melihat perkara pelik yang pertama kali berlaku dalam hidupnya. Laju saja dia berlari keluar dari ayahnya dan masuk ke bilik. Terus diselimut lingkup tubuhnya. Terasa badannya menggeletar.

Ketika ini dia mula mendengar bunyi tapak orang berjalan di atas lantai papan. Begitu jelas di telinga. Derapan kaki itu semakin lama semakin jelas. Dia cuba pasang telinga bila terdengar ada suara dengusan dari bilik ayahnya. Bunyi benda berlaga semakin kuat di ruang tamu. Tidak berani dia bangun dan jenguk melihat apa yang berlaku. Biarlah dia berada di bilik itu sampai pagi.

"Tapi...macam mana dengan kotak tadi? Kotak tu ada kat tepi dinding. Kalau ayah aku balik dan nampak kotak tu ada kat situ dan bukan di bawah katil, macam mana?" Phat mula berkata sendiri. Dia mula panik. Menggelabah.

Lama dia berada  di dalam selimut. Suasana yang gelap dan panas itu dirasakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Ah! Baik aku tidur je la." Phat selimut lingkup tubuhnya dan mula pejam mata.


EH DI pandang tidak berkelip sebaik tiba di rumahnya. Pulang dari rumah Eh Ping tadi, dia terus pulang ke rumah. Dia segera basuh kaki dan  melangkah perlahan ke depan rumah. Kunci dikeluarkan dari poket seluar. Sebaik pintu dibuka, dia melihat susunan perabot rumahnya sudah berubah. Almari yang disimpan dengan buku-buku agama sudah terbalik. Meja kecil yang terletak di tepi sofa juga sudah berubah tempat. Dia capai lampu suluh di atas meja di tepi pintu. Seluruh ruang tamu disuluh. Tiada sesiapa di situ. Eh Di segera petik suis utama. Kini seluruh rumah itu terang benderang.

Kali ini jelas dia melihat susunan perabot rumahnya tunggang langgang. Dia terus saja ke bilik Phat.

"Phat! Phat! Buka pintu ni!!" Daun pintu diketuk kuat.

Phat perlahan buka mata. Dia genyeh matanya seketika. Dia cuba mengamati suara dari luar pintu. Bila sudah pasti itu suara ayahnya,dia mula bangun dan buka pintu.

"Ada apa ayah?" Berpisat-pisat Phat melihat ayahnya.

"Tu..kenapa semua tunggang terbalik?" Eh Di menuding ke ruang tamu.

Phat jenguk sebentar. Terbeliak dia melihat sofa dan almari buku ayahnya sudah terbalik. Saat ini dia teringat kotak kayu di dalam bilik ayahnya. Dia menelan liur. Apakah kotak itu masih berada di situ?

"Tak tahu ayah..Phat tidur tadi.."Phat mula menguap.

Eh Di geleng. Dia menapak ke biliknya. Suis lampu dipetik. Dia melihat sekitar bilik dan matanya jatuh pada tingkap biliknya. Dia lega. Phat yang berada di belakang ayahnya tadi, mula terkejut melihat kotak kayu itu sudah kembali ke tempat asalnya semula. Dia mula berubah riak. Pucat dan panik.

"Apa sebenarnya yang terjadi?" Phat berkata sendiri. Ayahnya dilihat sudah baring di atas katil. Dia menapak semula ke bilik.

Esok, dia sudah nekad. Dia akan ambil juga kotak kayu itu dan akan serahkan pada Dayah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Misteri yg amat ni Ipo... Seram pun ada ni... Haishh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Produktifnyaa ipo...ada citer baru...

Uiii da seram ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2014 06:41 AM | Show all posts
BAB 2


SEAWAL enam pagi, Phat sudah bangun. Dia perlu menolong ayahnya menyediakan bahan-bahan di tempat sembahyang dan juga menyambut penganut Buddha yang datang untuk bersembahyang. Setiap pagi, bermula enam setengah pagi, dia dan sami-sami yang lain akan menunggu di depan pintu masuk tokong dan mengalu-alukan penganut Buddha yang datang bersama bekalan masing-masing.

"Phat, kalau dah siap, tolong ayah tunggu kat pintu masuk ya." Eh Di melihat Phat yang masih menyusun barang sembahyang. Dia kemudian menapak ke pintu masuk.

Phat hanya mengangguk. Dia perhatikan riak ayahnya. Biasa saja. Kejadian malam tadi tidak sedikitpun trekesan di hati ayah. Bangun pagi ini sikap ayah seperti biasa. Seolah tiada apa yang berlaku malam tadi. Padahal, ayah sudah tahu keadaan bersepah di ruang tamu dan lampu gelap.

"Hmm..hairan aku, kotak kayu tu elok-elok je kat bawah katil tu semula. Aku tak ambil pun malam tadi.." Jenuh Phat berfikir kejadian malam tadi.

Dia segera bergegas ke pintu masuk tokong bila melihat sudah agak ramai yang sudah mula masuk untuk bersembahyang dan jumpa sami-sami di situ. Phat betulkan baju jingganya dan turut beratur di samping sami-sami yang lain. Dia pandang setiap sami yang sedang beratur sebaris dengannya. Semunya sudah berusia, hanya dia seorang saja yang muda. Mungkin paling muda.

"Selamat datang..selamat datang.." Phat mengukir senyuman dan menyambut bekal dari pengunjung yang menghulurkan kepadanya tadi. Dia jeling pada sami lain. Semuanya melakukan benda yang sama. Kadang-kadang terasa bosan bila setiap pagi kena beratur dan menyambut kedatangan orang yang ingin bersembahyang di situ.

"Selamat pagi Phat.."

Phat yang jauh mengelamun terganggu dengan ucapan itu. Dia pandang ke arah suara yang menegurnya. Seorang gadis yang muda setahun darinya sedang tersenyum di situ bersama ibunya. Di tangannya ada dua bekas. Dia kenal sangat dengan gadis itu yang sopan dan sentiasa tersenyum.

"Selamat pagi..dan sawadikaa.." Phat menyusun sepuluh jari dan menunduk sedikit.

"Sawadikaa..ni ada bekal untuk awak." Mek Ani menghulurkan bekas yang dibawanya tadi kepada Phat.

"Hmm..terima kasih." Phat sengih.

Gadis itu bersama ibunya mula menapak ke tempat sembahyang. Phat hanya memerhati dari situ. Dia senang melihat Mek Ani begitu beradab dan menghormati ornag tua malah rajin pula sembahyang di tokong. Tidak seperti gadis siam yang lain. Mereka lebih suka berpeleseran dengan anak muda yang tidak bersekolah dan akhirnya mereka sendiri terjerat dalam dunia tidak bersempadan. Dadah, merokok dan pergaulan bebas.

"Tengok apa?" Eh Di menyapa Phat yang dari tadi asyik melihat anak gadis Mek Pah.

"Err..tak ada apa ayah.." Phat tunduk. Termalu sendiri. Dia segera melayan tetamu yang datang ke tokong itu semula.

Eh Di hanya senyum melhat tingkah Phat. Mereka berdua bersama sami yang lain mula melangkah ke tempat sembahyang setelah tiada lagi pengunjung yang datang ke situ.



DAYAH melihat jam. Sudah hampir sebelas pagi. Hari itu dia sudah berjanji dengan Phat untuk berjumpa di tokong siam itu. Semalam, Phat sudah mengajaknya berjumpa. Jarum jam di dinding ruang tamunya dikerling lagi.

"Apa yang Dayah asyik tengok  jam je tu?" Puan Zaharah melabuhkan punggung di atas sofa. Dia mencapai majalah di atas meja sofa dan mula membelek bahagian masakan.

"Err..tak ada apa mak. Mak, kejap lagi Dayah nak keluar boleh?" Dayah sengih.

"Ke mana?"

"Jumpa Phat. Dah janji dengan dia semalam." Dayah cuba meminta izin dari ibunya.

"Eh, Dayah tak ada kawan perempuan ke sampai nak berkawan dengan lelaki? Dah la budak tu sami?" Sufian muncul dari ruang dapur.

Dayah menoleh. Kelihatan abangnya sudah tercegat di muka pintu dapur bersama segelas air di tangannya. Dia mencebik. Sibuk je hal aku!

"Ha'ah Dayah, siapa Phat tu?" Puan Zaharah pula bertanya.

"Dia kawan Dayah juga mak. Dia baik. Anak yatim piatu..miskin. Dia tinggal dengan ayah angkatnya di tokong tu." terang Dayah tanpa diminta.

"Dayah jangan rapat sangat dengan budak tu. Karang tak pasal-pasal Dayah diajak menaganut agama dia tu. Baik Dayah jauhkan diri dari dia tu. Abang tak suka." Sufian menapak ke ruang tamu dan duduk di sebelah Dayah. Gelas tadi diletakkan atas meja sofa.

"Abang ni, Dayah kawan je la." Dayah sudah muncung.

"Ya la kawan..mula-mula kawan la. Esok-esok bercinta. Lepas tu kahwin. Dah dihalang, terus ikut budak tu. Mana tahu?" Sufian memang cukup tidak berkenan jika Dayah berkawan dengan lelaki yang beragama lain. Dia bimbang perkara yang berlaku pada kawannya dulu akan berlaku pula pada Dayah. Sanggup tukar agama demi cinta.

"Mana ada Dayah bercinta. Dayah baru tingkatan empat. Tak terfikir pun nak bercinta apa lagi nak nikah." Dayah menjeling tajam pada abangnya.

"Sudahlah tu. Pian, dah buat ulangkaji? Minggu depan dah nak exam. Tahun ni SPM kan?" Puan Zaharah pula pandang anak sulungnya yang menyibuk hal Dayah.

"Apa yang bising-bising ni?"

Puan Zaharah menoleh. Suaminya sudah tercegat di muka pintu bersama pucuk ubi kayu. Dia segera bangun dan menghampiri suaminya di situ. Pucuk ubi kayu dicapai dari tangan suaminya dan dia terus ke dapur.

"Ayah, ni anak dara ayah ni. Sibuk nak bercinta." Sufian pantas saja mengadu pada ayahnya.

"Dayah..betul ke?" Encik Syahar mula memandang anak gadisnya yang sudah tunduk.

"Ayah..Dayah kan masih sekolah. Mana ada nak bercinta ni." Dayah cubit lengan abangnya. Geram.

"Dah..ayah tak nak dengar semua ni. Sekarang ni bukan masa untuk bercinta. Masuk universiti nanti, baru boleh bercinta. Itupun kalau tak mengganggu pelajaran." Encik Syahar pandang Dayah dan kemudian dia menapak ke dapur.

"Eii! Sibuk je la! Siapa yang nak bercinta? Abang Pian tu! Ingat Dayah tak tahu ke? Surat cinta dalam beg sekolah tu apa?" Dayah bingkas bangun dan bercekak pinggang.

Sufian diam. Dia memang tahu ada surat cinta yang dalam beg sekolahnya yang diletakkan senyap-senyap tanpa dia sedari. Itu semua dia tahu tetapi seorang pun dia tidak layan. Dayah dilihat sudah keluar dari rumah dan mengayuh basikal. Dia geleng. Degil betul!


DAYAH jenguk ke arah kawasan tokong. Lengang. Dia lihat jarum jam di pergelangan tangannya. Sudah menghampiri dua belas tengahari. Dia jenguk lagi kelibat Phat di situ. Basikal disandarkan di tepi pokok mangga. Dia mendongak. Senyuman mula terukir di bibir. Buah mangga masih ada di atas pokok.

"Alahai buah..karang aku ambil kau ya buah.." Dayah berkata sendiri. Dia tersenyum lagi.

Matanya meliar mencari kelibat Phat. Selalunya Phat akan berada di bangku di tepi rumahnya itu. Dayah mula melabuhka punggungnya di atas pangkin yang terletak di situ. Tempat yang dia selalu berbual dan makan mangga cicah bersama Phat. Dayah menunggu Phat di situ. Tidak berani dia menapak ke arah rumah Phat.

"Phat!!" Laung Dayah sebaik ternampak Phat sudah mula keluar dari tempat sembahyang.

Phat senyum. Dayah menepati janji. Dia mula sarung selipar dan melangkah laju ke arah Dayah.

"Dah lama sampai?" Phat mula bertanya sebaik sampai di tempat Dayah.

"Baru je. Apa yang Phat nak minta tolong dari Dayah?" Dayah senyum lagi. Membalas senyuman Phat tadi.

"Emm.." Phat masih berfikir. Kejadian malam tadi yang membuatnya berfikir dua kali. Bangun pagi tadi, dia masih berfikir. Kalau ayahnya perasan, kotak kayu itu tiada dalam simpanannya, tentu dia akan dimarahi dan dihalau.

"Tak apalah Dayah. Tak jadi." Phat sengih.

"Ala Phat ni..semalam beria nak suruh Dayah datang sini." Dayah sudah merajuk.

"Baiklah..ikut saya." Phat mula serba salah. Dia mengajak Dayah ke rumahnya.

Dayah pula hanya duduk di atas tangga kayu. Tidak berani di masuk ke rumah bersama Phat. Dia perempuan dan Phat lelaki. Lagipun, abang dan ayah sudah pesan tadi. Phat dilihat sudah kembali semula ke anak tangga.

"Apa ni?"Dayah terus bertanya. Kotak kayu yang dipegang Phat nampak begitu buruk dan usang.

"Ni..saya nak bagi ni. Tolong simpan ya." Phat hulur kotak kayu kepada Dayah.

"Tapi..apa ni?" Dayah berkerut kening.

"Dayah simpan je dulu..nanti bila tiba masanya, saya akan ambil. Simpan baik-baik." Phat segera hulur kepada Dayah.

Dia menyuruh Dayah cepat-cepat balik ke rumah. Bimbang ayahnya akan pulang  sekejap lagi. Tadi ayah sudah pergi melawat tokong yang lain. Dayah pula masih terpinga-pinga.

"Dayah..simpan baik-baik tau. Jangan sampai orang lain tahu. Kalau panjang umur, kita jumpa lagi." Pesan Phat bersungguh-sungguh.

Dayah semakin keliru dengan kata-kata Phat. Dia terpaksa juga ikut arahan Phat. Hatinya mula merasa tidak sedap. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku pada Phat. Dengan berat hati, Dayah mula mengayuh basikalnya dan pulang ke rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 07:00 AM | Show all posts
PHAT lega. Dia tahu kotak kayu itu akan selamat dengan Dayah walaupun dia sendiri tidak tahu apa kandungan di dalamnya. Kejadian malam tadi masih mennjadi tanda tanya dan yang pasti dia tahu, kotak kayu itu seperti ada sesuatu. Ayah pula tidak pernah bercerita tentang hal itu.

"Hmm..kotak tu dah ada dengan Dayah. Senanglah nanti aku nak buka kotak tu. Aku jumpalah Dayah kat mana-mana." Phat senyum. Tambah lagi musim cuti sekolah. Mudah saja untuknya berjumpa Dayah.

Dia meneruskan aktiviti sehariannya dengan membersihkan kawasan tokong. Dia senyum sendiri. Esok, dia berkira-kira untuk berjumpa Dayah lagi. Tiba-tiba dia terasa bahunya disentuh. Phat menoleh. Mek Ani sudah tersengih di sebelahnya.

"Phat...dah makan pulut panggang tadi?" Mek Ani senyum dengan mata bersinar.

"Err..dah..dah.." Phat agak terkedu dengan tindakan Mek Ani tadi. Pertama kali Mek Ani menyentuh bahunya.

"Ani..lain kali awak jangan buat macam tadi. Tak elok.." Phat pandang Mek Ani yang masih tersenyum.

"Saya bukan nak buat benda tak elok kat awak. Phat...siapa budak perempuan tadi?" Mek Ani mula bertanyakan Dayah, tadi semasa dia baru sampai di tokong itu, dia nampak Phat sedang berbual dengan gadis melayu.

"Dia kawan.." Phat senyum kelat.

"Awak suka dia ke?"

Phat pandang Mek Ani. Nada suara Mek Ani berbaur cemburu. Dia sengih.

"Suka la." Phat sengaja mengiakan pertanyaan Mek Ani.

"Habis tu..awak nak masuk Islam?" Mek Ani sudah merasa terpinggir dan tersisih.

"Awak ni..saya berkawan saja la. Kitakan masih sekolah lagi." Phat mula menyambung menyapu daun-daun yang jatuh.

"Saya tak suka dia. Awak sepatutnya pilih saya. Bukan dia." Mek Ani muncung.

Phat terkedu. Terdiam sebentar mendengar kata-kata Mek Ani. Baru sekolah dah pandai cemburu minah ni. Dia tidak hiraukan Mek Ani yang masih tercegat di situ. Menyapu lagi baik daripada melayan Mek Ani.

Mek Ani berlalu pergi dengan muka masam. Dia perlu buat sesuatu. Phat tidak boleh jatuh ke tangan orang lain. Sudah lama dia sukakan Phat dan dia tahu Phat tak akan jadi sami. Itu dia yakin sangat. Jadi adalah peluang untuknya bersama Phat nanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 07:20 AM | Show all posts
DAYAH pulang dengan seribu persoalan. Kotak kayu pemberian Phat tadi disorokkan bawah katil. Pesanan Phat tadi ternyata tidak main-main. Ada riak seirus di wajah lelaki itu. Mundar mandir Dayah di biliknya. Sesekali dia jenguk kotak kayu tadi. Ditenung kotak itu sambil bersila di atas lantai.

"Ada apa dalam tu?" Dayah mula berfikir.

Dia capai kotak kayu itu dan cuba membukanya. Tidak berjaya. Mangga yang ada di tempat kunci itu sudah berkarat. Dia belek lagi. Nampak  seperti barang lama dan antik. Ada ukiran tulisan siam di sekeliling kotak kayu itu. Dayah perhatikan lagi. Dia membelek-belek kotak kayu itu sambil tak berkedip melihat keunikan kotak kayu itu.

"Hmm..macam barang berharga je. Apa benda sebenarnya ni?" Dayah berkerut kening memikirkan semua itu. Kotak kayu itu diletak semula di situ.

Dia kembali ke ruang tamu. Kelihatan abang dan ayah sedang berbual di situ. Dia jenguk pula ke dapur. Mak sedang sibuk menyediakan juadah tengahari.

"Mak..masak apa?" Tegur Dayah.Pinggang ibunya dirangkul mesra dari belakang.

"Ni ha..masak lemak kuning pucuk paku. Tolong mak kupas bawang tu.."

Dayah mula mengambil beberapa ulas bawang dan mula mengupas. Sementara menunggu Dayah mengupas bawang, Puan Zaharah menyiang ikan selar dan ikan keli untuk digoreng nanti.



TENGAHARI itu mereka sekeluarga menikmati hidangan tengahari bersama. Banyak cerita dibualkan bersama. Dayah pula lebih banyak diam. Otaknya masih memikikan tentang kotak kayu itu dan mengapa Phat menyuruhnya menyimpan kotak itu. Segalanya masih menjadi teka teki.

"Dayah..kenapa senyap je?" Puan Zaharah mula perasan sikap Dayah yang tidak becok seperti selalu.

"Ha'ah...senyap je?" Encik Syahar pula mencelah.

"Alah..teringat buah hati la tu." Sufian menyuap nasi ke mulut. Dia hanya jeling Dayah yang sudah muncung.

"Mana ada!!" Dayah melawan.

"Sudahlah! Tak baik depan rezeki bertengkar. Ni, ayah nak beritahu. Awal tahun depan, kita akan berpindah ke KL. Ayah dah dapat tukar ke sana semula." Encik Syahar senyum. Sudah lama dia ingin kembali bertugas di KL. Kerja sebagai pegawai kerajaan sepertinya memang senang untuk bertukar tempat kerja.

"Ya? Alhamdulillah.." Puan Zaharah meraup muka bersyukur.

"Jadi, lepas abang ambil exam SPM nanti, kita akan terus pindah. Dayah sekolah kat sana ya." Encik Syahar tersenyum lebar.

Dayah terdiam. Dia bukan tidak suka berpindah semula ke KL tetapi kotak kayu yang disimpannya perlu diserahkan semula kepada Phat.
Last edited by Ipo on 12-7-2014 09:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain mcm jer kotak tu... Mcm spooky je... Dayah ni pun satu... Ambil aje brg yg org bagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena ganggu dgn penunggu kotak tu baru dia rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 04:27 AM | Show all posts
Ipo posted on 11-7-2014 04:07 PM
citer yg terperam lama..

@NaylaArisha  baru nak masak..

Ipo dah ada citer .. Nay lak tergantung di situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 11:55 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 12-7-2014 10:07 PM
Kena ganggu dgn penunggu kotak tu baru dia rasa...

citer belum habis lagi zam..

pagi esok tengok bola final. kalau rajin tepek citer malam..
kalau tak rajin..zzzzzzzzz

..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 11:56 PM | Show all posts
NaylaArisha posted on 13-7-2014 04:27 AM
Ipo dah ada citer .. Nay lak tergantung di situ

ala..Nay dah sambung tu..dah bab 20 lebih dah tu..

kan? kan? kan?

nanti ipo baca ek..bru jenguk pc ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2014 12:14 AM | Show all posts
Ipo posted on 13-7-2014 11:56 PM
ala..Nay dah sambung tu..dah bab 20 lebih dah tu..

kan? kan? kan?

sempat skodeng erkk

itu jer yang termampu

tapi idak tahu bila lah nak abisnya

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 12:29 AM | Show all posts
DAYAH mula merasa gelisah. Kotak kayu pemberian Phat perlu dipulangkan semula. Selesai makan tengahari tadi, dia berkurung dalam bilik. Kotak kayu yang disimpan di bawah katil ditarik keluar. Dia amati lagi kotak kayu itu yang sudah usang. Tulisan siam dia tpei kotak kayu itu tidak ada satupun yang dia fahami.

"Pelik aku..tadi Phat tak sentuh langsung kotak masa dia serah kat aku. Aku yang terpaksa ambil dari bawah katil ayah dia. Ada apa yang tak kena ke dengan kotak kayu ni?" Dayah berkerut kening. Dia belek lagi kotak kayu itu dan cuba membuka mangga yang berkarat itu.

"Ish! Apa benda ni?" Dayah sudah merungut. Dia letak kotak kayu di atas lantai di depannya. Lama dia memerhati kotak itu.

Tuk! tuk! Tuk!

Dayah berpaling ke arah pintu. Kedengaran laungan dari abangnya dari luar pintu.

"Masuklah! Tak kunci pun!" Dayah cepat-cepat sorokkan kotak kayu itu dibawah katil dan ditarik-tarik cadar sehingga meleret ke lantai. Kotak kayu itu sudah tertutup.

Sufian menguak pintu. Dia pandang adiknya yang kelihatan agak kelam kabut. Matanya meliar melihat sekitar bilik Dayah. Mana tahu, sami muda itu boleh menjelma masuk ke bilik adiknya. Bukan boleh percaya sangat.

"Abang Pian nak apa?" Dayah duduk di birai katil dan kakinya menutup kotak kayu itu.

"Saja nak sembang dengan Dayah. Kenapa muka pucat je?" Sufian duduk di sebelah adiknya di birai katil.

"Mana ada pucat? Abang Pian ni!" Dayah melarikan anak matanya ke arah lain. Dia tahu abangnya memang pandai membaca riak. Bimbang juga kalau abangnya tahu tentang kotak kayu itu.

"Hmm..ok. Ni abang nak beritahu..Dayah jangan nak gatal bercinta dengan Phat tu. Abang tak suka. Abang tak nak Dayah jumpa dengan dia lagi. Kita Islam, dia Buddha, tak sama. Jangan Dayah pula terikut-ikut cara dia. Lainlah kalau Dayah boleh berdakwah pada budak sami tu. Tapi..." Sufian tengok adiknya atas bawah.

"Nak dakwah macam mana, diri sendiri pun hanya takat C je dalam subjek Pengetahuan Islam." Sufian ketawa mengekek.

Dayah mengetap bibir. Dia terus cubit lengan abangnya.

"Adoi! Sakit tau tak!" Sufian luku kepala adiknya tapi dia masih ketawa mengekek.

"Dah! Kalau masuk bilik Dayah hanya semata-mata nak ketawakan Dayah, baik tak payah masuk!" Dayah tolak tubuh abangnya sehingga ke muka pintu bilik. Pintu bilik segera dikunci. Jelas dia mendengar abangnya masih ketawakannya.

"Geram aku! Hmm..mana aku nak sorokkan kotak tu." Dayah mula berfikir. Dia tahu lambat laun kotak itu akan ditemui nanti. Dia capai kotak kayu itu dan disimpan dalam laci almari pakaian dan dikunci.

"Hmm...aku harap kotak tu selamat kat situ. Esok aku akan jumpa Phat. Tanya pasal kotak tu." Dayah sengih. Dia mula menapak ke meja belajar dan menelaah pelajaran sekolahnya. Masih ada cuti seminggu lagi sebelum sesi sekolah bermula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 12:30 AM | Show all posts
NaylaArisha posted on 14-7-2014 12:14 AM
sempat skodeng erkk

itu jer yang termampu

tak apa Nay..slow and steady orang putih kata
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 12:59 AM | Show all posts
ESOKNYA, usai sarapan, Dayah mula mengayuh basikal setelah dipastikan abangnya sudah keluar bermain bolasepak di padang sekolah. Basikal dikayuh semakin laju. Dia perlu ke tokong itu semula. Dia perlu berjumpa Phat. Semakin laju Dayah mengayuh, tiba-tiba dia berhenti mengejut. Brek basikalnya ditraik kuat sehingga terkedepan tubuhnya terkena handle basikal. Bulat matanya melihat tiga sekawan di hadapannya masing-masing dengan basikal.

"Apa dia orang nak ni?" Dayah menggumam sendiri. Dia panjangkan leher. Tokong itu sudah tidak jauh dari tempat itu.

Kini mereka berempat bertentangan hala. Dayah masih diam di situ memerhati tiga sekawan itu yang merenung tajam ke arahnya dari tadi. Di tangan Wati ada sebatang dahan pokok yang agak besar. Dahan pokok itu ditepuk-tepuk di atas tapak tangan sambil mata tidak lepas dari memandangnya. Shimah pula hanya sengih dengan mengunyah gula-gula getah. Zila, agak sopan ketika ini,menunggu masa untuk melontarkan kata-kata pedas nanti. Dia sudah masak dengan peel mereka bertiga sejak berpindah sekolah di situ. Malah dia sudah tahu siapa yang pancitkan tayarnya.

"Korang nak apa?" Dayah beranikan diri bersuara.

"Kau rasa?" Shimah tolak basikalnya dengan kuat sehingga tercampak ke tepi jalan. Dia berjalan ke arah Dayah dengan lagak tomboy. Topi senget di kepalanya dibetulkan sekali.

Dayah sudah pucat. Dia tahu Shimah bukan pelajar perempuan biasa. Shimah pelajar yang terkenal dengan sikap agresif dan suka membuli pelajar lain. Lagak tomboynya memang cukup terserlah.

"Kau dengar sini! Kau jangan gatal nak mengurat Iqbal. Dia hak aku!" Shimah leatk hujung jari telunjuknya ke atas hidung Dayah.

Dayah terpinga-pinga. Iqbal? Siapa Iqbal?? "Err..aku tak kenal siapa Iqbal. Yang kau nak beri amaran pada aku ni kenapa?"

"Hoi perempuan KL! Kau jangan ingat kau tu cantik sangat! Muka kau tu layak jadi pencuci jamban tahu tak?" Wati pula menapak ke arah Dayah.

Zila masih berada di tepi basikal dan masih melihat perlakuan Wati dan Shimah yang mula mengusik basikal Dayah.

"Oh..jadi korang ni cantik sangatlah? Cantik tahap model kan?" Dayah ketawa terbahak-bahak.

Tiba-tiba Shimah rentap tudung Dayah dengan kuat sehingga tersingkap ke belakang. Dayah cepat-cepat tepis.

Pang!! Sebiji penampar singgah di pipi Dayah.

"Oh..berani kau melawan ya??" Shimah menjengil kan mata.

"Hoi!!"

Empat kepala berpusing ke arah suara yang menjerkah mereka. Masing-masing terdiam. Seseorang yang cukup terkenal di sekolah mereka sedang bercekak pinggang di seberang jalan dengan basikal.

"Hah! Tu hero kau datang!!" Dayah jeling Shimah bila ternampak Iqbal mula menyeberang jalan dan menuju ke arah mereka.

Shimah tunduk. Mukanya sudah kemerahan.

Dayah perhatikan riak Shimah. "Huh! Malu konon! Tadi bukan main samseng dengan aku! Samseng tahi kucing!"

"Apa korang buat ni?" Iqbal mula menghampiri keempat-empat pelajar perempuan sekolanya itu. Matanya jatuh pada Dayah yang manis berbaju kurung dan bertudung merah jambu. Dia mengalih matanya melihat ke arah Shimah, Wati dan Zila pula. Semuanya tidak bertudung dan memakai jeans ketat. Dia geleng.

"Ni..tadi aku nampak kau tarik tudung Dayah. Apa kau nak samseng kampung pulak ke?" Tegur Iqbal. Tadi  jelas dia melihat Shimah merentap tudung Dayah.

"Err..err.." Shimah tergagap-gagap.

"Tak cukup ke dengan kau jadi samseng kat sekolah? Hari-hari kena panggil dengan cikgu pasal kes disiplin. Kau tu perempuan Shimah. Kau kena jaga perangai kau tu." Iqbal mula bersyarah.

Shimah tunduk lagi. Dia jeling kawan di sebelahnya, Zila dan Wati yang juga turut tunduk.

"Dah! balik!" Iqbal menyuruh tiga sekawan itu bersurai dan pergi dari situ. Dia tahu mereka akan mengapa-apakan Dayah nanti kalau dibiarkan di situ.

"Abang Iq...Shimah tak buat apa pun. Dayah yang cuba rampas abang Iq dari Shimah. Shimah dah lama sukakan abang Iq.." Shimah bersuara merajuk dan manja.

Dayah mencebik. Rasa nak muntah melihat gedik Shimah. Dia jeling pula Iqbal di sebelah Zila. Oh..jadi selama ini nama dia Iqbal. Iqbal dilihat atas bawah. Kini baharu dia perasan, lelaki itulah yang selalu tersenyum padanya setiap kali dia berjumpa dengan abang Sufian. Mereka sekelas ke??

"Sudah..kita masih sekolah. Saya tak suka cinta cintun ni. Pergi balik!" Iqbal jeling lagi tiga sekawan itu. Dia senyum. Tiga sekawan itu mula mengayuh basikal  masing-masing.

Dayah juga mula mengayuh basikalnya tetapi ditahan oleh Iqbal.

"Awak nak apa?" Dayah berkerut kening.

"Awak adik Sufian kan?" Iqbal senyum.

"Ya. Kenapa?"

"Saya sekelas dengan Sufian."

"Jadi?" Dayah pandang Iqbal yang sudah tersenyum padanya.

"Saya sebenarnya suka awak.." Iqbal sengih.

Dayah pandang pelajar lelaki yang terkenal dengan sikap disiplin yang tinggi dan sudah semestinya menjadi pelajar contoh di sekolah. Malah dia tidak hairan jika lelaki itu menjadi tumpuan pelajar perempuan di sekolah itu. Tinggi, putih, memiliki senyuman yang manis, bijak, pendek kata ciri-ciri lelaki maskulin ada pada Iqbal tetapi dia sedikitpun tidak ada perasan apa-apa pada lelaki itu. Basikalnya dikayuh laju meninggalkan Iqbal yang terkebil-kebil di situ. Dia perlu jumpa Phat. Tinggal hanya sebulan saja lagi peperiksaan SPM akan bermula dan selepas itu, dia dan keluarga akan berpindah ke KL. Jadi dia perlu dapatkan kepastian dari Phat tentang kotak kayu itu.
Last edited by Ipo on 14-7-2014 12:40 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.113896 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list