CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8202|Reply: 41

Tempat Paling Sejuk Di Bumi

[Copy link]
Post time 11-7-2014 09:55 AM | Show all posts |Read mode

Kawasan negara kita yang terletak didalam kawasan iklim tropika sering membuatkan kita mengeluh kerana panas sewaktu pulang dari sekolah atau kerja. Kepanasannya kadangkala membuatkan kita merasakan ingin tinggal dikawasan yang sejuk dan bermain salji. Tapi mungkin setelah kita membaca artikel ini, kita akan berfikir dua kali untuk tinggal ditempat sejuk.


1. Yakutsk, Rusia



Suhu yang rendah dibandar Yakutsk ini mencecah sehingga negatif 50 darjah Celcius ( -50oC ), dan biasanya terjadi pada bulan Januari. Meskipun suhunya sangat sejuk, kota ini tetap dihuni oleh ramai orang. Sekurang- kurangnya terdapat 200 000 orang yang tinggal di kota ini. Oleh kerana suhu dinginnya yang melampau, penduduk disini sering membiarkan enjin kenderaan mereka sentiasa hidup walaupun ketika mereka berhenti di suatu tempat dalam tempoh masa yang lama kerana mereka bimbang minyak bakar kenderan mereka membeku.


2. North Ice Station, Greenland



Greenland memang terkenal sebagai kawasan paling dingin dibahagian barat bumi . Suhu terendah yang pernah tercatat di Greenland ada di North Ice Station, sebuah daerah pusat penyelidikan milik negara Britain, dengan suhu negatif 66 darjah Celcius ( -60oC ).


3. Verkhoyansk, Rusia



8 hari berkenderaan dengan kereta dari Yakutsk, baru kita akan menjejaki Verkhoyansk, yang terletak pada Lingkaran Artik. Terdapat  1300 orang yang tinggal di wilayah ini, dan sebahagian besar mereka bekerja sebagai pemburu dan menggunakan kereta salji. Sebenarnya di wilayah ini terdapat banyak emas, tetapi terlalu dingin untuk membuka lombong. Tempat yang dikenali dengan nama “Stalin’s Death Ring” ini hanya boleh dikunjungi semasa musim dingin, ketika tasiknya membeku. Suhu terendah di kota ini adalah negatif 69 darjah Celcius  ( – 69oC ).


4. Oymyakon, Rusia



Masih dalam wilayah  sama, berdekatan Verkhoyansk dan Yakutsk, Oymyakon yang hanya dihuni oleh 900 orang ini boleh mencapai suhu negatif 71 darjah Celcius ( -71oC ) ketika musim sejuk. Musim sejuk di sini adalah sangat lama, iaitu kurang lebih selama sembilan bulan. Dalam bahasa etnik Sakha Rusia, oymyakon berarti “air yang tidak beku.”


5. Vostok Station, Antartika



Ini dia tempat paling sejuk di dunia. Dengan suhu terendah, negatif 89 darjah Celcius ( -89oC ), Vostok, yang dalam bahasa Rusia bererti “timur”, hanya terdapat  pusat penyelidikan milik Rusia. Mungkin kerana terlalu dingin, tiada  orang yang mahu bermastautin disini.

“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
( Surah Al Hasyr : Ayat 1)

Last edited by anees~nuhara on 22-7-2014 08:20 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 10:13 AM | Show all posts
sejuk camni darah dalam badan pon boleh beku kot... huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:22 AM | Show all posts
epis posted on 11-7-2014 10:13 AM
sejuk camni darah dalam badan pon boleh beku kot... huhu...

Tapi ajaib kan... Darah dalam badan tak beku pun..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:35 AM | Show all posts
LuqmanHakim3103 posted on 11-7-2014 10:22 AM
Tapi ajaib kan... Darah dalam badan tak beku pun..

kuasa-Nya... pastu genetik dorang dah mmg tahan cuaca camni, pakaian pon tebal... klu tak dah kene fibrosis ke ape tah, saya dah lupe term tu, huhu.... selalu pendaki everest kene kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 11:39 AM | Show all posts
subhanallah.. Allah yg Maha Berkuasa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 11:41 AM | Show all posts
sejuknya.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 12:02 PM | Show all posts
mmg takkan keluar rumah la.. malam lg berganda sejuknya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 12:11 PM | Show all posts
baca pun dah rasa kesejukannya  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 12:24 PM | Show all posts
Tengok gambar pun dah boleh bayangkan kesejukannya
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 12:27 PM | Show all posts
dorg dah boleh adaptasi dgn persekitaran...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 12:44 PM | Show all posts
hu..beku..
tengok pon dah rasa sejuk
semua kuasa Allah
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 01:32 PM | Show all posts
huhuhu..kena pakai baju tebal2..rumah pun sampai nampak bumbung je sebab banyak sgt salji..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:06 PM | Show all posts
aku dok dalam ekon kat opis ni pun bersetokin tebal sebab sejuk...kalau pegi tempat ni tak tau la aku mcm mana agaknyer..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:16 PM | Show all posts
dasat sungguh sejuk dia..allah hu akbar..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:35 PM | Show all posts
Wah..ni btol2 sejuk ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 06:18 PM | Show all posts
sejuk2 pn diorg still nak dok situ juga.. klu aku mmg cabut da.. mngigil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 08:32 PM | Show all posts
sedangkan suhu  -2 pun dah sejuk, menggigil2...ni kan pulak sejuk  yg  sampai -50.  

Aku dulu kat UK nak save duit api, mlm2 tutup heater, tapi selimut duvet kena pakai 4 ..5 helai...termasuk pakai setokin tebal...dan cardigan.....tu pun suhunya dlm -1 atau -3.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:33 PM | Show all posts
teringin main salji
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorg mesti hepi if dtg mesia
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 08:42 AM | Show all posts
-50C? -60C? -69C????

aku kena 1C pun dah menggeletar , kalau kena keja kat situ, x sampai 1 hari mau beku 1 badan kot
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.221724 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list