CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14412|Reply: 75

Kisah Wanita Yang Dibenci Kerana Hodoh Tapi Teman Lelakinya Sangat Tampan

[Copy link]
Post time 11-7-2014 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Kisah Wanita Yang Dibenci Kerana Hodoh Tapi Teman Lelakinya Sangat Tampan



Nama wanita ini adalah Luo Yufeng atau lebih dikenali sebagai Sister Feng, pada tahun 2009 hingga 2011, boleh dikatakan bahawa wanita ini adalah salah satu wanita yang dibenci dan jadi bahan ketawa di China. Sister Feng adalah seorang juruwang di sebuah pasar raya di Shanghai, China. Dia berasal dari keluarga miskin dan berpendidikan biasa saja, namun rasa percaya diri serta semangatnya luar biasa.

Sister Feng menjadi terkenal selepas dia mengedarkan risalah mencari jodoh. Tidak tanggung-tanggung, dia mensyaratkan lelaki lulusan universiti terkenal, kacak, tinggi dan syarat lain. Dia menjadi berita nasional setelah seorang reporter memberitakannya. Berita sensasi ini lantas membuat banyak orang mencebik dan mentertawakan Sister Feng yang dianggap berwajah biasa saja.

Selepas diberitakan, Sister Feng justru mendapat seorang teman lelaki yang sangat kacak, seorang mahasiswa dari Universiti terkenal. Setelah mereka memperkenalkan diri, tak lama kemudian Sister Feng memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Jangan salah, bahkan ada seorang lelaki kaya yang mengajak Sister Feng jadi kekasihnya semasa sambutan hari Valentine, namun lelaki itu gagal.





Dengan nasib baik yang belaku pada Sister Feng dan banyaknya lelaki kacak kaya yang mendekatinya, wanita ini semakin jadi bahan ejekan. Sehingga beredar kabar angin kononnya Sister Feng akan melakukan pembedahan plastik, hingga ada orang-orang mengedit fotonya. Namun hingga kini, tidak ada perubahan di wajah Sister Feng, entah berita itu benar atau sekadar sensasi belaka.

Akhirnya memilih tinggal di Amerika Syarikat

Tahu bahawa dirinya dibenci di China, Sister Feng mengadu nasib di Amerika Syarikat. Dia belajar bahasa Inggeris tanpa menyerah. Menurut berita terkini, Sister Feng bekerja di salah satu salon kuku di bandar Brooklyn. Di sana, Sister Feng kembali menebar risalah mencari jodoh, namun kali ini dia tidak mahu berpasangan dengan lelaki Asia.

" Saya dibenci di China , namun saya tidak mahu orang - orang di sini membenci saya juga , " ujar Sister Feng . " Amerika adalah tempat di mana orang boleh berjaya . Saya ingin membuat sebuah kerjaya kecil di sini , dan membangunkan lebih besar , " katanya dengan optimis .

Walau sudah meninggalkan China dan mempunyai kehidupan yang lebih baik di Amerika Syarikat , Sister Feng tetap mempunyai peminat .

" Sebagai wanita , saya ingin berjaya dan berkahwin . Berkahwin dan mempunyai anak adalah kebahagiaan terbesar , " ujar Sister Feng .

Itulah sekilas kehidupan seorang ang bernama Sister Feng . Dari seorang juruwang di Shanghai , menjadi terkenal namun dibenci , kemudian berjaya melalui kehidupan yang baru di Amerika Syarikat . Sebuah perjuangan yang memelukan keberanian , semangat dan kepercayaan diri yang  tinggi . Fizikal hanya sebuah penilaian kecantikan dari luar , namun di sebalik itu semua, cantik adalah seberapa besar rasa cinta anda pada diri sendiri .





the latest luo yufeng


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 02:25 PM | Show all posts
wahhhh..huntung sister fenggg..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 02:40 PM | Show all posts
jahat betul org yg membenci...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 02:43 PM | Show all posts
dia bjaya mendapat lelaki kacak!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 02:47 PM | Show all posts
alaa...tak cite la pulak naper dia reject lelaki kacak tu...huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 02:49 PM | Show all posts
Memg tu marka dia ka atau dah putus ...x paham sgt ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 02:50 PM | Show all posts
manis apa muka feng ni. takda hodoh pun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 03:03 PM | Show all posts
alieyrina posted on 11-7-2014 02:49 PM
Memg tu marka dia ka atau dah putus ...x paham sgt ...

dh putus. katanya si feng ni yg dump lelaki tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2014 03:07 PM | Show all posts
punya lah diaorg ni benci dgn feng..mcm2 diaorg bt. ada yg sanggup photoshop muka dia.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 03:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 03:11 PM | Show all posts


tapi dia tetap relax.. maintain high level confidence.



kalau dh make up, xde la buruk pom kannn. rasanya ada amoi jinjang lagi buruk drp dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:29 PM | Show all posts
kalau saya buat camni ade tak pompan yang cantik dan berpelajaran nak kat saya? saya bukannye berpelajaran sangat, keje pon biase2 dan muka pon tak hensem...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 03:33 PM | Show all posts
epis posted on 11-7-2014 03:29 PM
kalau saya buat camni ade tak pompan yang cantik dan berpelajaran nak kat saya? saya bukannye berpel ...

cube try test lerrrrrr..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:34 PM | Show all posts
dazzlingDentist posted on 11-7-2014 03:11 PM
tapi dia tetap relax.. maintain high level confidence.

tgk pic last skali tu ok je.. xde la buruk mn pn... penduduk China yg mengutuk tu x sdar kot yg diri tu pun xde la cantik mn kannn..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:38 PM | Show all posts
dazzlingDentist posted on 11-7-2014 03:33 PM
cube try test lerrrrrr..

nantilah saya cuba.. nak memantapkan diri dahulu supaya dapat tahan cacian dan makian yang akan menjulang...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:43 PM | Show all posts
Kagum dengan semangat beliau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2014 03:48 PM | Show all posts
Artemesiaa posted on 11-7-2014 03:43 PM
Kagum dengan semangat beliau

kann. thumbs up utk si feng ni. self esteem dia cukup tinggi. ssh taw nk dpt high level self esteem cmnih bila dikutuk kiri kanan depan belakang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:16 PM | Show all posts
hensemnyaaaa ex bf diaaa
tp bg aku taktau malu gak dia nih..nak yg hensem2 jer..memilih betul
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:19 PM | Show all posts
pelik gak dia nie..mula2 cari jodoh nk yang ensem..bila dah dapat..rejek pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:32 PM | Show all posts
jelous giler aku...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.078399 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list