CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] TLDM mohon dibenar tembak penceroboh

[Copy link]
Post time 15-7-2014 05:19 PM | Show all posts
Modngengade posted on 14-7-2014 06:32 PM
Mungkin international law tk benarkan kot abg kuda...kalau ikutkan elok jer tembak penceroboh2 ber ...

only stupid people insist on adhering to stupid rules ...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 05:40 PM | Show all posts
wongstrees posted on 15-7-2014 03:57 PM
perintah sudah diberikan
semoga tidak terjadi kesalahan pada pelaksanaan

perintah izin tembak tu Zahid Komedi bagi kepada pihak berkuasa bawah dia ... bawah KDN ... jangan tertipu permainan orang Jawa ... TLDM tetap kena ikat sebab menteri lembik dan PM dogol pun taktau nak buat apa ...

PM Dogol suruh buat SOP kalo nak tembak ... padahal SOP tu patut wujud sejak TLDM di tubuhkan ...

bagi amaran tu kalau tak pasti penceroboh tu org awam atau bersenjata ... kalau dah nampak muncung senjata terhala ke sini ... nak tunggu kepala bapak lagi tak tembak ...

     
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap banyak tak guna...bunkers escoooon banyak kena tembak x kuar berita kannnn??kenapa...aku x marah esconnn tapi marah betul penceroboh ni xde keje lain ke..g lah tanam sawit ke apa ke..aduiii
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo punye s.o.p
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2014 11:07 AM | Show all posts
Esscom sedia tembak penceroboh


SEBUAH bot polis melakukan rondaan di sekitar Pulau Mabul, Semporna, Sabah, semalam. - Utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin
KOTA KINABALU 15 Julai - Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) bersedia untuk melaksanakan arahan menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara khususnya di Sabah sekiranya perkara tersebut mengikut undang-undang dan peraturan.

Komander Esscom, Datuk Abd. Rashid Harun berkata, arahan eksekutif yang dikeluarkan bagaimanapun terdapat klausa iaitu bukan menembak dalam menguatkuasakan sesuatu kawasan itu atau melarang apa juga aktiviti.

"Tentang cadangan itu (menembak bila nampak atau shoot on sight) bagi saya tiada masalah sekiranya perkara tersebut mengikut undang-undang dan peraturan.

"Malah, kita juga akan melihat secara terperinci arahan eksekutif yang diberikan kepada Esscom sebelum mengambil sebarang tindakan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersetuju dengan cadangan supaya pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang menceroboh perairan negara.

Terdahulu, Abd. Rashid yang memulakan tugas selaku Komander Esscom hari ini meluangkan masa hampir setengah jam bertemu Ketua Menteri yang juga Pengerusi Esscom.

Abd. Rashid seterusnya berkata, beliau akan mengadakan perbincangan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berhubung prosedur operasi standard (SOP) isu berkenaan.

"Akan ada perubahan dari segi SOP dan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang akan dilakukan selepas perbincangan itu nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Abd. Rashid enggan mengulas perkembangan terkini kes serangan hendap di Pulau Mabul, Semporna yang mengorbankan seorang anggota polis marin, Abd. Rashid.

"Sebarang siasatan, tangkapan dan apa sahaja risikan, sila tanya Pesuruhjaya Polis Sabah (Jalaluddin)," katanya.

Kepada soalan tentang perjumpaannya dengan Musa, beliau berkata, Ketua Menteri meminta beliau menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah bagi memastikan kesejahteraan dan kedaulatan negara terpelihara.

"Tahap keselamatan di negeri ini masih baik. Kita menggerakkan pasukan dan aset yang sepatutnya selain menambah aset-aset sedia ada. Kalau nak kata terkawal (tahap keselamatan) macam retorik namun, kita berusaha ke arah itu (memastikan keselamatan terjamin)," tambahnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... roboh#ixzz37b5DOgOO
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2014 02:35 PM | Show all posts
SOP baharu lepaskan tembakan dibincang-KPN

KUALA LUMPUR 16 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berbincang dengan semua pihak berkuasa di Sabah untuk mewujudkan SOP baharu melepaskan tembakan terhadap penceroboh yang bersesuaian dengan undang-undang dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perbincangan tersebut akan dibuat bersama dengan pihak Esscom, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan tentera bagi meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan Esscom. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... g-KPN#ixzz37bvX0Ixm
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2014 02:38 PM | Show all posts
kudajantan77 posted on 14-7-2014 11:58 AM
Patut la ... bebas dorang pecut bot keluar masuk ... bangang punya kerajaan ... TLDM jadi bangang se ...

nanti tembak semua mati siapa pulak nak mengundi UMNO?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 03:50 PM | Show all posts
....tak yah mohon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2014 05:55 PM | Show all posts
Perintah berkurung dijalankan di Pantai Timur Sabah

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan akan melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang telah ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan keselamatan kawasan tersebut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, antara langkah drastik lain ialah menambah 330 keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 350 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam tempoh 48 jam ini.

“Selari itu PDRM dan ATM akan menambah sejumlah besar aset yang telah digerakkan ke sana ketika ini," katanya selepas mesyuarat bersama beberapa kementerian dan agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Bukit Aman hari ini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Sabah#ixzz37cjw8mH6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:29 PM | Show all posts
cmf_almondpecan posted on 14-7-2014 07:59 PM
Agak rumit nak gempur kalau pengkalan pengganas terletak di negara asing. Menggempur wilayah asing ...

no problem. amarika pon pakai pre emptive strike atas sbb self defence katanya. kita pon boleh buat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 04:35 PM | Show all posts
wa nak tlg ingatkan sapa2..tlg jgn tepek siaran berita dari IPD khas nya yang bertulis 'RAHSIA'...smlm wa tgk ada sekor duk tepek siaran berita dari IPD di Sabah yang terang2 tulis status  - RAHSIA...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
zainmahmud posted on 18-7-2014 04:29 PM
no problem. amarika pon pakai pre emptive strike atas sbb self defence katanya. kita pon boleh bua ...

Semasa saya menulis post graduate thesis berkenaan international law of war, saya dapati preemptive strike adalah haram di sisi undang2 antarabangsa dan UN Charter tp boleh menjadi sah kalau diluluskan melalui UN Security Council resolution. Self defence menurut definisi dlm UN Charter sgt ketat iaitu perlu ada elemen diserang dahulu oleh tentera negara lain. Kalau setakat mengesyaki bakal diserang blm menghalalkan. Tp yg dok serang kita bukan tentera Filipina tp rakyatnya. Mereka ialah non state actors dan tak memenuhi definisi peruntukan self defence. Zaman skrg mungkin dah tak berapa sesuai mengehadkan kpd state actors sbb ramai je pengganas ada capability sebuah negara dlm persenjataan.

Tindakan Amerika dlm beberapa preemptive  strike tak mendapat kelulusan UNSC maka tindakan itu haram. Tp dia negara terkuat dunia. Siapa yg nak menjalankan sanction terhadapnya? Lain pula kita, kalau menceroboh wilayah Filipina dgn tujuan memburu rakyatnya, dah tentu dikenakan tindakan economic sanction dsb. Sdgkan Rusia yg pegang sumber tenaga Eropah pun boleh diancam dgn economic sanctions.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 09:18 AM | Show all posts
cmf_almondpecan posted on 18-7-2014 07:03 PM
Semasa saya menulis post graduate thesis berkenaan international law of war, saya dapati preemptiv ...

takpa, kita dah diserang oleh lanun2 suluk tuh. dah banyak kali. jadi tak salah utk kita pertahankan negara dari terus di serang dgn buat pre emptive strike.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 09:26 AM | Show all posts
undang2 manusia yg tak sempurna boleh diubah utk membetulkan keadaan. non state actors yg jahat dan menyerang negara org lain sambil menuntut tanah org yg bukan hak milik depa tanpa segan silunya, lepas tu mengharap UN charter utk melindungi perbuatan depa yg biul tuh lg la tak leh pakai, maka mmg molek la kita serang aja depa ni habis2an.

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 09:51 AM | Show all posts
zainmahmud posted on 21-7-2014 09:18 AM
takpa, kita dah diserang oleh lanun2 suluk tuh. dah banyak kali. jadi tak salah utk kita pertahank ...

Spt yg saya jelaskan sblm ni, lanun Suluk di Filipina bukan tentera Filipina. Jika tentera kita gempur rakyat Filipina di wilayah Filipina, ini bermakna kita melanggar undang2 antarabangsa dan besar kemungkinan dilihat sbg melancarkan perang ke atas negara lain. Mmg betul lanun serang kita tp mereka bukan wakil negara.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 09:54 AM | Show all posts
cmf_almondpecan posted on 21-7-2014 09:51 AM
Spt yg saya jelaskan sblm ni, lanun Suluk di Filipina bukan tentera Filipina. Jika tentera kita ge ...

kita bukan serang negara depa. kita cuma serang lanun depa pasai askar depa tak leh nak handle. kita tolong askar depa actually utk mengamankan negara depa. kita kita ni pengaman la, kita kan pengaman UN yg tersohor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 09:57 AM | Show all posts
cmf_almondpecan posted on 21-7-2014 09:51 AM
Spt yg saya jelaskan sblm ni, lanun Suluk di Filipina bukan tentera Filipina. Jika tentera kita ge ...

kalau nk ikut undang2 senget sebelah ni, sampai bila2 la kita ni lopong jer tengok depa mai masuk negeri kita buat kacau sambil gelak ketawa tengok kita tak leh buat apa2 sbb nak jadi negara yg dipandang mulia kononnya oleh dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 10:00 AM | Show all posts
nak tembak lanun dan penculik cum penceroboh negara pon kena ada approval, padahal dah diserang, bila masanya nak tunggu approval lg...no time for that, keselamatan sendiri kena piker dulu, bukan keselamatan musuh negara
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 10:11 AM | Show all posts
zainmahmud posted on 21-7-2014 09:57 AM
kalau nk ikut undang2 senget sebelah ni, sampai bila2 la kita ni lopong jer tengok depa mai masuk  ...

Kalau tidak ikut undang2, besar kemungkinan akan mengundang huru hara dan akibat buruk dari pelbagai segi termasuk tindakan ketenteraan dari pihak2 lain yg ambil kesempatan dan juga ke atas ekonomi negara.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 10:13 AM | Show all posts
zainmahmud posted on 21-7-2014 09:54 AM
kita bukan serang negara depa. kita cuma serang lanun depa pasai askar depa tak leh nak handle. ki ...

Kalau menyerang lanun2 tu atas jemputan kerajaan Filipina, tentunya ok. Tapi masalahnya, mahu ke kerajaan Filipina jemput tentera Malaysia utk serang lanun di tanah mereka sendiri dan mengaku yg askar Filipina tak boleh handle? Filipina boleh tahan egonya. Tentu tak mahu mengaku. Dan bila kita serang siapa2 saja dalam wilayahnya, mmg dikira menceroboh negaranya dgn tujuan melancarkan kekerasan ketenteraan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.516797 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list