CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8383|Reply: 4

SURAT SADDAM HUSSEIN KEPADA RAJA ARAB SAUDI

[Copy link]
Post time 16-7-2014 11:43 AM | Show all posts |Read mode
SURAT SADDAM HUSSEIN KEPADA RAJA ARAB SAUDI


Surat Saddam Hussein: Para Penguasa Arab Termasuk Dirinya adalah Boneka AS“Adapun pemimpin Arab lainnya jika mereka bukan menjadi boneka AS, pasti sangat memusuhi Islam.‘” Tulis Saddam Hussein kepada Raja Saudi







Anda kenal siapa di dalam gambar di atas? Saya pasti anda cukup kenal walau pun anda generasi baru. Semasa saya masih bersekolah, dia dah cukup hebat, setanding dengan Muammar Ghadafi dari Libya.

Kedua-duanya amat memusuhi AS. Berani, lantang dan cukup bersemangat membantai AS di depan rakyatnya.


Akan tetapi kedua-duanya mati dalam cara yang amat tragik. Iraq diserang oleh AS, Britain dan sekutu-sekutunya dengan pertolongan puak Syiah di Iraq. Saddam Hussein akhirnya mati di tali gantung pada Hari Raya Aidil Adha 2004.

Saya tetap ingat kejadian itu.


Muammar Ghadafi pulak akhirnya mati ditembak oleh rakyatnya sendiri di sebuah pusat sembelihan lembu dalam pemberontakan rakyat terhadapnya. Aduhai, matilah kedua-duanya setelah berjasa kepada rakyatnya.     .


Saddam Hussein, mantan diktator Iraq dalam suratnya kepada pemimpin Arab Saudi mengakui bahwa dirinya adalah boneka Amerika Syarikat (AS). Dalam suratnya Saddam menyebutkan, Amerika yang menyatakan keinginannya untuk berkerjasama dengannya ternyata malah memanfaatkan dirinya untuk menjalankan kepentingan Washington, tulis Kantor Berita ISNA mengutip an-Nakhil.

MARI IKUTI SURAT SADDAM HUSSEIN SETERUSNYA
Saddam menambah, pada 25 Julai 1990, saya bertemu dengan duta AS di Iraq. Washington melalui dutanya ini memberikan saya lampu hijau untuk menduduki Kuwait.

Duta AS tersenyum kepada saya sambil mengatakan, “kami tidak memiliki sikap untuk melaga-lagakan kamu dengan bangsa Arab berhubung negara kecil Kuwait ini”.

Saya sendiri menyedari bahwa kami memiliki kepentingan yang sama. Saya perlukan Kuwait. Washington pun sama.

Dalam suratnya Saddam menambahkan, awalnya saya berpendapat bahwa Washington adalah sekutu dan mitra. Oleh karena itu sebulan kemudian, saya langsung menyerang Kuwait.

Namun ternyata AS berpaling dari janjinya dan malah menyerang saya. Amerika dengan buas membakar Kem Al-Imarah dan membantai wanita serta anak-anak yang berlindung di sana. Washington merosakkan secara total infrastruktur seluruh negara Iraq.

STOP SEBENTAR
Kalau anda nak tahu pengkhianatan AS terhadap Iraq ini, elok anda baca kebenaran kata-kata sahabat Nabi S.A.W, iaitu Abu Hurairah r.a dalam post saya yang terdahulu, KISAH BENAR AL-MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA.  

JOM KITA SAMBUNG SURAT  SADDAM HUSSEIN
Selanjutnya AS memboikot Irak dan membantai ratusan ribu anak-anak. Tahun 2003 akhirnya AS menduduki Irak dan menangkap saya. Amerika memberikan Irak kepada musuh-musuh saya.

Saddam menambahkan, saya menulis surat ini untuk kamu (Raja Arab Saudi), karena kamu adalah satu-satunya pemimpin Arab yang layak menerima surat ini. Adapun pemimpin Arab lainnya jika mereka bukan menjadi boneka AS, pasti sangat memusuhi Islam.

Abdul Aziz, saya memperingatkan kamu untuk berhati-hati menghadapi AS karena kamu menyaksikan bagaimana Washington mengkhianati diriku. Meski mereka mendukung (menolong) saya menyerang Iran, namun sekejap kemudian Gedung Putih berubah menjadi musuh.

Kini anda tengah bersekutu dengan AS, padahal Washington tidak serius. Percayalah, kamu akan dicampakkan pada bila-bila masa sahaja dan dianggap musuh oleh AS jika mereka menghendaki.

Jika hal ini kamu teruskan, maka kamu akan bernasib sama seperti saya. Sebagaimana AS membunuh saya, maka mereka pun akan melakukan hal serupa kepada kamu. Rakyat pun akan memusuhi dirimu, minyak melimpah di negerimu pun akan dikuras habis oleh mereka dan istri serta keluargamu akan dihinakan.

Surat ini saya tulis karena kamu memiliki pengaruh di kalangan pemuda. Oleh karena itu, dekatilah kaum muda. Jika musuh tiba-tiba mendadak datang menyerangmu, para pemuda negerimu tentu dapat menghadapinya.

Janganlah melakukan korupsi dan kebejatan lainnya. Para pemuda ini adalah amanat yang diletakkan di atas pundakmu. Mereka adalah harta karun yang tidak dimiliki oleh pemimpin Arab lainnya”. (media umat)

KOMENTAR SAYA
Saddam Hussein merupakan pemimpin Iraq yang hebat. Akan tetapi dia juga merupakan seorang pengkhianat kepada Al-Mahdi Al-Amin (maksudnya Imam Mahdi Akhir Zaman).

Demikian menurut kata Abu Hurairah r.a, sebagaimana yang terdapat dalam post yang saya sebutkan di atas.

Dengan demikian, terdapat beberapa kesimpalan seperti berikut.

[1] Imam Mahdi sudah terdapat di Iraq.

[2] Pernah dizalimi oleh Saddam Hussein dan kuncu-kuncunya

[3] Terdapat pertentangan antara keduanya dan ini menunjukkan Saddam Hussein pernah melakukan sesuatu yang menyakitkan hati beliau. Kalau merujuk kepada perkataan “pengkhianat Al-Mahdi Al-Amin”, ia mungkin bermaksud

[a]   Saddam Hussein pernah memungkiri janji terhadap Al-Mahdi Al-Amin. Adakah      Al-Mahdi Al-Amin termasuk puak Kurdis yang menuntut pemerintahan sendiri dari Iraq?

  Termasuk golongan ulamak Sunnah yang ditindas oleh Saddam Hussein. Hal itu kelihatan tak munasabah kerana Saddam Hussein pendukung kuat Ahli Sunnah Wal Jemaah.

[c] Termasuk golongan Habaib yang banyak menegur kesilapan pemerintahan Saddam Hussein. Maka kerana itu, beliau mengambil tindakan-tindakan buruk terhadap Al-Mahdi Al-Amin. Wallahu ahlam.

[4] Di mana beliau berada sekarang, tidak ada sesiapa yang tahu.

[5] Beliau dijangka keluar pada 1420H atau 1430H. Sekarang sudah 1433H. Masanya sudah sangat hampir dan dekat. Bila? Hanya tuhan yang mengetahui.

SEKIAN DAHULU UNTUK KALI INI.
Jumaat   10.8.2012,   10.44 pm.   


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2014 11:49 AM | Show all posts
KISAH AL-MAHDI AKHIR ZAMAN, ANDA MESTI MEMBACANYA


















Mulai hari ini, nama baru blog ini ditukar kepada Mencari Damai Di Langit BiruMU.  Tujuannya supaya anda mendapat kedamaian mata dan perasaan bila membacanya. Mata anda tentu selesa melihat langit biru yang cantik pada tajuk besar blog ini. Perasaan anda tentu gembira dan sejuk melihat awan putih seperti salju di tepi langit biru yang cantik itu.

Hari ini, saya ingin memberikan anda satu post istimewa tentang Imam Mahdi.


Post yang dimaksudkan itu sangat berprofil. Ia merupakan kalam sahabat Nabi Muhamad S.A.W yang memetik ilmunya dari baginda sendiri. Sahabat yang mulia itu ialah Abu Hurairah r.a.

Terima kasih kepada tuan punya asal post ini di atas segala daya usahanya yang tinggi dan bersungguh-sungguh. Ia melengkapkan pencarian saya selama ini. Kupasannya sangat menarik dan kemas. Mari kita dengarkan.


Selamat membaca.


Kata blogger berkenaan,
Saya percaya bahawa maklumat ini pasti akan menggetarkan jiwa setiap pembaca kerana setiap apa yang berlaku kini adalah sebuah hakikat yang sudah disebutkan oleh Nabi SAW. Ia dipetik daripada kalam sahabat Rasulullah SAW yang mulia, Abu Hurairah :

"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}

Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Ini adalah atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :

"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara  kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya (...) maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

Huraiannya adalah seperti berikut :

Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.
file:///C:/%5CDOCUME~1%5CSMKH2%5CLOCALS~1%5CTemp%5Cmsohtml1%5C01%5Cclip_image001.jpg

Perang Dunia Kedua :
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Keduayang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.
file:///C:/%5CDOCUME~1%5CSMKH2%5CLOCALS~1%5CTemp%5Cmsohtml1%5C01%5Cclip_image002.jpg

Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan -"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara  kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Mari kita analisa ayat demi ayat kata-kata Abu Hurairah di atas.

[1] Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai)

Huraian : Imam Mahdi akan keluar sekitar tahun 1420 atau1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1433 H, maka tarikh itu sudah berada diambang pintu, Masanya sudah sangat dekat.

Fakta penting : sila baca ayat terakhir ini.
Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

Huraian : Kata-kata ini ditujukan kepada Saddam Hussein di Iraq. Rupa-rupanya Saddam Hussein pernah melakukan kejahatan kepada Imam Mahdi. Dengan kata lain, Imam Mahdi sebenarnya sudah ada, bertempat di Iraq. Di mana dia sekarang, tidak pula sesiapa tahu.

[2] memerangi seluruh dunia

Huraian : Imam Mahdi akan menyebarkan dakwah Islamiah ke seluruh dunia. Maka ramailah manusia yang menentangnya, terutama sekali musuh-musuh Islam.

[3] bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon

Huraian ; Nasrani, Yahudi dan para munafikin bersatu padu untuk memeranginya.

[4] Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika).

Huraian : Ratu Dunia bermaksud raja besar, yang penuh dengan tipu muslihat terhadap negara lain. Tak lain tak bukan ialah Amerika Syarikat yang akan diboboti (diikut) oleh sekutu-sekutunya.

[5]  Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran

Huraian : Dia melihat dunia pada masa itu (maksudnya zaman kita) penuh dengan kesesatan dan  kekafiran. Lalu dia menyebar dakwah Islamiyah & berjuang menegakkan Daulah Islamiyah.   

[6] Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci

Huraian : Maksudnya, Yahudi berjaya menakluk dunia menggunakan Freemason, Illuminiti, golongan cendiakawannya, golongan korporatnya dan sebagainya.

Mereka juga menguasai Al-Quds dan kota suci. Apakah maksud kota suci itu? Apakah Mekah Al-Mukarramah? Kalau benar, maka mesti ada suatu hubungan gelap antara mereka dengan penjaga Mekah.
   
[7] Seluruh negeri datang dari laut dan udara  kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas

Huraian : Seluruh penduduk datang menghadap Imam Mahdi, kecuali kawasan artik dan artatika yang sejuk, juga sebahagian negeri yang terkenal panas di gurun-gurun tertentu.

[8] Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit

Huraian : Imam Mahdi yakin kepada kekuasaan Allah Taala.  .


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 01:55 PM | Show all posts
Muammar Ghadafi pulak akhirnya mati ditembak oleh rakyatnya sendiri di sebuah pusat sembelihan lembu dalam pemberontakan rakyat terhadapnya. Aduhai, matilah kedua-duanya setelah berjasa kepada rakyatnya.   


memang patut dia ditembak ... tengok macam mana dia layan rakyat dia? rakyat miskin, pemimpin kaya-raya, menindas rakyat dan merampas hak rakyat. Saya ada ikuti perkembangan Muammar Ghadafi ni. Sejak dari rakyat gulingkan dia hinggalah dia berjaya dibunuh.

Apa yang saya tahu, Muammar Ghadafi lebih kejam daripada tentera AS apabila berdepan dengan pejuang Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 03:11 PM | Show all posts
Fakta yang menarik. Ini bermakna perang dunia ke-3 sudah hampir.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 05:14 PM | Show all posts
Allahurabbi..kita yg terpaksa hadapi zaman ini..adakah kita bersama Imam Mahdi atau menentangnya???sama2 muhasabah diri....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.063856 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list