|
sebab pulut santan binasa,
sebab mulut, rm 5000 terbang...apa ko rasa????........oren? stoberri? lemon??
Kan tok nenek dah pesan...jaga mulut tu...yang kita akan menyesal bukan kerana perkataan-perkataan yang tak diucapkan, tetapi perkataan-perkataan yang telah dikeluarkan.
meh aku pantunkan ko ye budak tak semenggah....
dalam semak ada duri,
ayam kuning buat sarang;
kerana pijonya dicalari,
dia pun meroyan bagaikan siamang.
kajang pak malau kajang berlipat,
kajang hamba mengkuang layu;
stereng lock dihayun kereta ankel dirembat,
konon dialah pahlawan segala wanita melayu
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama sikucing belang;
dua tiga garis jer pijonya dicalari,
tapi dia punya berang...kalah si ghimau belang
buah cempedak di luar pagar,
ambik galah tolong jolokkan..
beriya dia mintak ankle tu bayar,
last-last..5000 hengget duitnya terhumban
burunglah kenek-kenek,
terbang atas perigi;
pesan datuk nenek,
kenapa kau tak peduli?
hisap rokok tembakau jawa,
asap keluar berkelok-kelok;
dah macam tu punya teruk budibahasa dia,
eh...eh...jadi tetamu pulak di stesen yang goblok
kalau ada jarum yang patah,
jangan disimpan di dalam peti;
ko memang dah buat besarrrr punya salah...
dikutuk,dimaki, diparodi...nasib ko lah kiki!
lenggang lenggang kangkung,
kangkung tepi telaga;
bukan main sedap kete ankel ko pelangkung,
stering lock punnn ankel tu yang punya!
baik-baik bertanam ubi,
biar rapat jangan menjarang,
ke manakah hilang sopan dan budi,
sanggup ko jadi langsuir dari jadi orang!
tenang-tenang air di laut,
sampan kolek mudik ke tanjung;
hati ko tak tenang bahasa ko ke laut,
ankel yang ko maki jua akhirnya disanjung.
satu tangan bilangan lima,
dua tangan bilangan sepuluh;
sebelum meroyan fikirlah lelama,
berbaloi ke maki orang sampai berpeluh
apa dipandang kepada rupa,
budi bahasa lebih bermakna,
orang tak heran kete ko yang biasa,
lagi tak heran nak pandang nombor pletnya!
kepada wanita 'besi berkarat' itew....mudah2an kamu diberi ketenangan dan berubah kepada yang lebih baik; semoga sinar aidilfitri yang bakal menjelang membawa seribu rahmat; kepada yang lain...jadikanlah iktibar daripada peristiwa itu; ingatlah...yang dipandang dan disanjung itu, bukan timbunan harta benda tetapi budi bahasa....jangan buek malu bangsa dan agama kita ok...!
|
|