CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22894|Reply: 26

Kenangan Siri Kartun Abe dari Majalah Ujang

[Copy link]
Post time 16-7-2014 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Siapa masih lagi ingat bila majalah Ujang mula-mula diterbitkan? Ya betul. 1 Januari 1994. Majalah yang mencetuskan fenomena dan menghangatkan kembali industri majalah kartun tanahair. Dalam tahun 1990-an adalah merupakan tahun suram bagi industri majalah kartun tanahair. Majalah yang ada pada masa itu seperti Gila-Gila, Geli Hati, Batu Api dan lain-lain dilihat gagal memikat hati rakyat Malaysia pada masa itu.

Gambar kulit majalah Ujang siri pertama – gambar hakcipta En Yosri

Pada tahun 1994, tanpa disangka-sangka majalah Ujang yang diterbitkan oleh kartunis Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon di bawah label Kharisma Publications ini boleh meletup. Bayangkan keluaran pertama sahaja kalau tak silap saya hampir 300,000 naskhah dicetak. Memang hangat betul masa tu. Dengan slogan majalah lawak antarabangsa, Ujang menawan hati rakyat Malaysia dengan beberapa siri kartun seperti Abe, Bersama Selamanya, Mahaguru Tandoori Payat dan tidak ketinggalan ikonnya, Din Beramboi.

Ada satu siri kartun yang menarik hati saya iaitu Abe. Siri yang mengisahkan seorang anak yatim piatu, Abe yang terencat akal tinggal bersama neneknya. Abe dipandang hina oleh penduduk kampung lantaran mentalnya yang cacat apatah lagi dia juga merupakan seorang yang miskin. Saban hari Abe dipukul  oleh budak-budak sebayanya dan dibuli oleh orang kampung. Hanya Che Din sahaja yang sudi berkawan dengan Abe.
Disebabkan itu juga, Che Din turut dihina dan dipulaukan oleh orang. Cerita yang menyayat hati ini ditambahkan lagi dengan episod kematian Che Din dan nenek Abe. Bayangkan seorang yang terencat akal hidup seorang diri. Memang sedih jalan ceritanya. Banyak juga pengajaran yang boleh diperolehi dari siri Abe ini seperti janganlah kita menghina orang yang kurang daripada kita, jangan membuat fitnah dan lain-lain.

Zoom Picture


Siri kartun Abe ini telah ditulis oleh saudara Ujang dan dilukis oleh Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong. Siri ini jugalah yang telah menaikkan nama Aie sebagai antara kartunis yang disegani di persada majalah kartun tanahair pada masa itu. Siri Abe juga antara siri kartun menaikkan rating majalah Ujang. Tidak salah saya katakan jika Abe ini salah satu siri kartun yang terbaik pernah dihasilkan. Kini sukar untuk mendapati karya-karya yang bermutu seperti ini. Harapan saya agar satu hari nanti ada seorang kartunis yang mampu menghasilkan karya sehebat Abe. Jom bantu anak anak yatim dengan kongsi coretan ujang sempena raya ini.


Last edited by pfiza on 26-7-2014 04:45 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2014 11:58 PM | Show all posts
aku paling minat tandoori payat.. nik kot yg lukeh..best giler..tapi bila kluar ke majalah kreko,
aku xlayan da ujang ne.. lgpn lawak da makin kureng lepas tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 03:05 AM | Show all posts
ada lagi ke majalah ujang ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2014 04:50 AM | Show all posts
dulu mmg top edisi ujang nie, tapi setelah kemunculan pelbagai alternatif media, majalah ni kurang mendapat sambutan
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah ujang ek,lama dh x tgk,dulu2 my peberet
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 09:05 AM | Show all posts
aku dulu memang kumpul koleksi majalah ujang dari vol 1 sampai la ke masa ujang kuar dari majalah ujang.

since that, majalah ujang dah kurang 'kick'.

sayang, seorang kartunis yang amat berbakat, tapi 'tertipu' dalam perniagaan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2014 01:42 PM | Show all posts
aku baca ko tulis  ni pun dah rasa tersentak hati dan sayu.
sbb mmg sedih betul cite Abe tu.
aku baca kisah die sampai yg nenek Abe meninggal je, kat tiang tu.
huhu lepas tu x baca dah. sampai skang xtau apa kesudahan.
tp serius, mmg menyayat hati kisah Abe.
aku rasa mcm betul2 wujud.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2014 11:42 PM | Show all posts
Kalau x de yang lama x de lah yg baru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2014 03:17 PM | Show all posts
legen... nostalgic betul...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 07:17 PM | Show all posts
Abe kan ada koleksi dia. Tiap kali pesta buku mesti tersempak koleksi ni.

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 06:32 AM | Show all posts
skartunis2 lama dah belah join majalah lanun keluaran ujang masa tu....aku baru perasan majalah lanun tu nak sindir moy...tp skg lanun pun dah lenyap sekali dgn kartunis2 yg join majalah tu......jgn lupa ada satu lg katun aie yg cintan cintun apa namanya tajuknya tah...dulu selalu org cetak kat tshirt...tp penamatnya tak kick sbb hero jd gila
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2014 10:36 AM | Show all posts
best2..aku pn layan cite abe ni..tp x ingat ending die cmne.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 12:18 PM | Show all posts
garyura posted on 19-7-2014 06:32 AM
skartunis2 lama dah belah join majalah lanun keluaran ujang masa tu....aku baru perasan majalah lanu ...

Aku Hidup Dalam Blues eh?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 02:21 PM | Show all posts
mrsGorgonite posted on 21-7-2014 12:18 PM
Aku Hidup Dalam Blues eh?

bukan blues untuk aku ka?





Kartun bersiri Blues Untuk Aku adalah sebuah karya kartunis Aieyang sebelum itu popular dengan siri kartun Abe(1994-1995). Siri Blues Untuk Aku mula disiarkan dalam Majalah Ujang(generasi baru) keluaran ke-75 pada 1 Ogos 1997. Penggunaan perkataanBlues pada tajuk siri kartun itu mengingatkan pembaca kepada novel bersiri Aku Hidup Dalam Blues yang ditulis oleh Toyon dan dilukis oleh Aie dalam keluaran awal Majalah Ujang pada 1994.

Siri Blues Untuk Aku merupakan satu percubaan berani Aie untuk lari daripada gaya persembahan kartun bersiri yang telah biasa dilihat sebelum itu. Siri Blues Untuk Aku menggabungkan karya
penulisan dan lukisan yang dipersembahkan secara tidak konvensional. Contohnya ada bahagian tertentu yang mempunyai banyak tulisan dengan hanya berlatarkan sebuah lukisan yang tidak berdialog. Pada bahagian lain pula misalnya, tersusun beberapa panel (bingkai atau kotak) lukisan yang menggambarkan kronologi pergerakan sesuatu watak atau objek. Kadang-kadang pula lukisannya tidak berdialog langsung, hanya bercerita melalui imej. Begitu juga dengan kedudukan dan saiz panel lukisan yang dibuat secara tidak tetap dan akan berubah-ubah pada setiap muka surat, tetapi ia masih lagi kelihatan tersusun dan kemas. Teknik lukisan Aie dan variasi persembahan sebegitu di sepanjang siri Blues Untuk Aku menjadikannya begitu menarik dan tidak jemu untuk diikuti.

Buku
Koleksi Blues Untuk Aku Jilid 1 telah diterbitkan oleh MOY Publications Sdn Bhd pada penghujung 1999. Buku Jilid 1 itu hanya mengandungi siri pertama hingga siri ke-12, dan ia dimulakan dengan tulisan prolog atau mukadimah (yang tiada dalam versi Majalah Ujang) yang menjelaskan lagi mengenai asas cerita itu serta memperkenalkan pembaca kepada watak utamanya iaitu Ishak (Sahak). Dalam ruangan prakata, kartunis Aie menceritakan mengenai kesukarannya untuk meyakinkan pihak penerbit supaya menerima karya Blues Untuk Aku yang bukan hanya tidak bergenre komedi, tetapi gaya persembahannya juga mungkin tidak digemari oleh pembaca yang telah biasa dengan gaya lama. Aie juga menyatakan bahawa beliau telah mengilhamkan karya itu sejak 1991 lagi. Dari segi pemasaran, buku Jilid 1 itu dipakejkan sekali dengan sebuah album (kaset) yang juga berjudul Blues Untuk Aku, dan ia dijual dengan harga RM13.90. Lagu tema berjudul Blues Untuk Aku merupakan ciptaan MOY dan liriknya ditulis oleh Aie sendiri. Dalam tahun 2000, Majalah Ujang melaporkan bahawa pakej buku Jilid 1 berserta kaset itu berjaya terjual sebanyak 60,000 unit.

Di sebalik kerancakan jualan buku Koleksi Blues Untuk Aku Jilid 1 pada awal 2000, kebanyakan peminat siri Blues Untuk Aku merasa begitu
kecewaapabila kartun itu dihentikan siarannya dalam Majalah Ujang selama 4 bulanberturut-turut! Majalah Ujang hanya kembali menyiarkan siri Blues Untuk Aku pada bulan Mei 2000, itu pun dengan mengurangkan jumlah muka suratnya, seolah-olah memberi bayangan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Pada 1 Ogos 2000, Blues Untuk Aku siri ke-52 telah disiarkan. Manakala mulai 15 Ogos 2000 nama kartunis Aie secara tiba-tiba telah tiada dalam senarai nama kartunis Majalah Ujang! Apa yang sebenarnya telah terjadi kepada Aie tidak diberitahu dalam Majalah Ujang, malah sambungan siri Blues Untuk Aku yang seterusnya juga tidak lagi disiarkan selepas itu. Begitulah berakhirnya sebuah lagi cerita 'blues' yang tidak sempat ditamatkan, sama seperti nasib novel bersiri Aku Hidup Dalam Blues sebelum itu.

Dalam tahun
2001, MOY Publications Sdn Bhd mengambil kesempatan untuk menerbitkan buku Koleksi Blues Untuk Aku Jilid 2 yang berharga RM3.50. Buku Jilid 2 itu hanya mengandungi siri ke-13 hingga siri ke-31. Pada ketika itu gaya persembahan unik Blues Untuk Aku telah pun menjadi kegemaran ramai dan ia juga mula menjadi ikutan oleh siri-siri kartun lain. Pada kulit belakang buku Jilid 2 itu terdapat iklan mengenai sebuah siri kartun terbaru yang akan muncul yang diberi judul Aku Tetap Blues oleh kartunis Bacang. Terdahulu daripada itu, Majalah Ujang juga pernah menyiarkan beberapa kartun parodi seperti Blues Untuk Kambing oleh kartunis Manggis, Aku Untuk Blues oleh kartunis Bawang, dan lain-lain lagi.

"Masa create watak Sahak ni, grunge tengah hot. Tu yang timbulnya janggut sebaris tu!" - Aie


Nota tambahan:
  • Terdapat satu muka surat berwarna dalam siri Blues Untuk Aku versi Majalah Ujang, tetapi dalam buku koleksi ini ia telah dihitam putihkan.
  • Watak Yon, teman serumah Sahak, adalah watak yang sama dalam cerita Kartini (mula disiarkan dalam majalah Varia Lawak sebulan sebelum siri Blues Untuk Aku bermula). Malah terdapat satu babak Yon dalam Blues Untuk Aku yang mempunyai perkaitan jalan cerita dengan Yon dalam Kartini, iaitu tentang pertemuannya dengan bekas teman sekolah yang telah lama terpisah, cuma dalam siri Blues Untuk Aku nama Kartini tidak disebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 03:45 PM | Show all posts
garyura posted on 21-7-2014 02:21 PM
bukan blues untuk aku ka?

hahaha..yela kot..
aku igt watak laki yg rambut pnjg jiwang2 tu trus teringat blues2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 07:38 PM | Show all posts
mrsGorgonite posted on 21-7-2014 03:45 PM
hahaha..yela kot..
aku igt watak laki yg rambut pnjg jiwang2 tu trus teringat blues2 ni..

dulu banyak org cetak baju kartun aie ni serta caption dlm kartun tu kata2 jiwang cintan cintun hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 08:51 PM | Show all posts
mat despatch & boss best gak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kartn best
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 01:12 PM | Show all posts
garyura posted on 19-7-2014 06:32 AM
skartunis2 lama dah belah join majalah lanun keluaran ujang masa tu....aku baru perasan majalah lanu ...

hah blues untuk aku tu akhirnya sahak jadi gile ke? aku follow sahak n jessica...syahdu kot kisah dia....lama2 time suram n aku bergabjak dewasa, lame aku tinggal kartun ni... tapi lepas tu keluar komik blues selamanya kan...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:15 PM | Show all posts
silampumeja posted on 22-7-2014 01:12 PM
hah blues untuk aku tu akhirnya sahak jadi gile ke? aku follow sahak n jessica...syahdu kot kisah  ...

tu la ending kurang sikit sbb sahak jd gila.....tp aku rasa mcm cite ni pun ditamatkan dgn tergesa-tesa....mungkin ada krisis kot...masa ni lanun vs ujang.....ujang vs moy
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.190806 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list