CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: maxim

Karyawan anjur majlis amal kumpul dana bantu Yazid Search yang kini uzur pg2

[Copy link]
Post time 17-7-2014 10:18 AM | Show all posts
salam uols.. yg yazid buat ni CAPD namanya..
cuci sendiri kat rumah melalui saluran yg dibuat di perut..
keluar & mskkan air dlm badan secara manual..
yg pi pst dialisis tu cuci darah.. sekali cuci rm200.. 3x seminggu.. (ni swasta)
ai tahu le sbb asben iols pun cuci darah gak
nsb baik keje gomen bleh claim..
tp klau cuci darah kat spital kerajaan murah je katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 10:35 AM | Show all posts
mudah2an dipermudahkan segala urusan oleh Allah untuk beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 10:43 AM | Show all posts
nmpak tua sgt bila sakit ni...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
sunshinelady posted on 17-7-2014 09:35 AM
dia peritoneal dialysis. memang buat kat rumah 4x sehari sekurang2nye. yg haemodialysis tu yg gi bua ...

Baru akak tahu ada 2 jenis dialisis ... Moga Yazid tabah dlm berjuang..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 11:17 AM | Show all posts
kesiannya. nampak uzur sangat dia. moga2 dia tabah. dan gagah menjalani rawatan. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 11:22 AM | Show all posts
jiran aku pun macam yazid jugak.. cuci setiap 4 jam tiap2 hari.. masukkan air.. kurus macam yazid jugak dah dia...

*arghhhhhhh tensen betul takleh reply post
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2014 11:29 AM | Show all posts
Reporter tak paham CAPD ngn hemodialysis ni agaknya. Betul la Yazid ni buat CAPD.....cuci air thru tiub kat perut. Tapi aku rasa better Yazid ni buat fistula kat tangan tu je la...sbb yg tu lebih sihat...cuci darah 3x smggu tu. Mungkin dia tak mmpu kot nk byr rm200 sekali 1 sesi. Try la apply kat Pusat Zakat....boleh ajer la diorg tolong kalau kewangan kita tak mengizinkan. Tak cuba tak tau kan... Semoga abang Yazid ni sihat la hendaknya nnt..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 11:37 AM | Show all posts
semoga tabah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 11:51 AM | Show all posts
Mahal satu hal, nak kena cuci hari2 pun masalah jugak.. semoga tabah & dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 09:52 AM | Show all posts
ya Allah.. nampak sangat uzur beliau
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 12:40 PM | Show all posts
Kesiannya Yazid, uzur sangat nampaknya.  Hanya Yazid yang tahu sakit yang ditanggung, rajinlah solat taubat ameen.  Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Yazid untuk beliau beribadat kepada Allah. Ameen.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 02:02 PM | Show all posts
Ya Sakit tu sebenarnya adalah kemuncak ingatan dan pengukuhan kita utk mengingati Allah setiap masa.Sbg manusia aku sendiri pun bila sihat lalai dari mengingati Allah tapi bila sesekali ditimpa musibah seharusnya kita insaf pd diri sendiri. Sakit itu nilai yg paling mahal sekali sebab kita akan lebih rasa rapat dgn Allah dan kita merasai kehebatanNYA melakukan apa shj kpd kita.Cuma kita sendiri tak sedar.Sebab itu dikatankan sakit itu nikmat dan sihat itu bala.Aku dengar dari corong radio tak ingat tazkirah siapa. Kenapa sihat itu bala sbb confirm kita jauh hati dari ALlah sedangkan tujuan kita hidup perlu sentiasa bertaut dgn Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 08:27 AM | Show all posts
ujian tuhan... sakit itu Kifarah yg menghilangkan dosa... bertabahlah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 05:38 PM | Show all posts

Karyawan Anjur Majlis Amal Cari Dana Untuk Bantu Yazid Search

KL, 22 JULAI 2014: Menerusi usaha dan inisiatif daripada Persatuan Karyawan Malaysia atau Karyawan yang menjadi salah satu entiti atau badan yang membela kebajikan para anak seni tempatan, biar pun sedikit kutipan bukanlah alasan untuk badan ini berhenti daripada membantu golongan memerlukan.


Menerusi perbualan bersama Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) iaitu Radhi Khalid, persatuan tersebut kini giat menyertai serta melibatkan diri dalam pelbagai program dalam usaha mengutip dana pemain drum kumpulan Search iaitu Yazid yang kini menderita penyakit buah pinggang.



Bazar Ambang Syawal anjuran Women @ Work bersama Karyawan telah mengambil kesempatan peganjuran bazar ini untuk mengadakan acara Charity Jam 4 Yazid Search bagi mengutip derma buat drummer terkenal tersebut. Acara dua hari ini diadakan di Pusat Komunit TTDI, Jalan Athinaappan di Taman Tun Dr Ismail pada 19 dan 20 Julai lalu.



“Walaupun sambutan yang diterima kurang memberangsangkan, tetapi Karyawan akan terus memainkan peranan sebagai badan kebajikan yang membela selebriti dan anak seni yang memerlukan bantuan.



“Kerana pelan jangkamasa panjang kami di Karyawan bukan sahaja untuk membantu golongan artis namun sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan termasuklah anak yatim, gelandangan dan golongan kurang upaya.



“Yazid kini menjadi keutamaan kami kerana melihat kepada situasinya yang memerlukan dia bertahan dengan mendapatkan rawatan dialysis secara berterusan. Ini sudah semestinya melibatkan kos yang tinggi dan tiada cara lain yang boleh membantu para pesakit buah pinggang selain menjalani dialisis atau proses cuci darah,” ujarnya ketika dihubungi semalam bertanyakan usaha mulia badan ini.



Sambutan yang kurang meriah bukanlah menjadi halangan untuk para rakan pemuzik dan penyanyi seperti Pretty Ugly, Andy Flop Poppy, Chedet, Muzza, U&ME, Akulastik dan Lola untuk menghadirkan diri dan membuat persembahan secara amal bagi membantu Yazid di pentas yang disediakan khas penganjur bazar tersebut.



“Selain daripada bantuan dari segi sumbangan wang dan sebagainya, bazar seperti ini turut mengundang kehadiran golongan yang prihatin.



“Contohnya seperti baru-baru ini apabila Yazid telah mendapat sumbangan berupa kerusi roda daripada Dato’ Noraini Ahmad, bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia ketika dia menghadiri salah satu majlis amal anjuran Karyawan,”tambahnya lagi.



Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
tak kenal... bertabahlah..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.060621 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list