CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10500|Reply: 4

Que Haidar dan Pekin bakal memegang watak SKINHEAD (Ophelia)

[Copy link]
Post time 17-7-2014 12:32 PM | Show all posts |Read mode
Sejak berkahwin, pelakon hebat Que Haidar bersikap memilih untuk muncul di layar lebar dan tele-visyen. Pastinya watak mencabar dan lain dari lain menjadi keutamaan.

Kali terakhir Que berlakon dalam filem Rock Ooo! arahan Mamat Khalid dan kini filem Ophelia karya terbaru Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.





Digandingkan dengan Pekin Ibrahim, seorang lagi pelakon lelaki yang turut dilihat bersikap memilih filem yang ingin dibintangi, tentu Ophelia sangat istimewa hingga menarik minat mereka berdua.

Que dan Pekin digandingkan dengan pendatang baru, Mohd Zhazmeer Mohd Rasheed atau Kodi.

Apa sebenarnya yang menarik minat Que dan Pekin membintangi filem ini? Kalau kerana pengarahnya, hasil kerja Mukhriz di layar perak belum dapat dibuktikan meskipun ini filem keduanya kerana filem sulung, Tujuh belum ditayangkan.


Que yang ditemui di lokasi penggambaran Ophelia di Ampang, Selangor baru-baru ini, berminat membintangi Ophelia kerana jalan cerita karya terbaru Mukhriz disifatkan bagus.

Malah, pembabitan rakan yang secara sukarela mahu menjayakan filem ini supaya baik dari segi mutu turut menarik minatnya.

Katanya, segala-galanya bermula apabila dia menjayakan cerekarama arahan Mukhriz, Mencari Malaikat Yang Tersembunyi bersama Fauziah Ahmad Daud (Ogy).

“Saya pernah bekerja de-ngannya sewaktu Rock Ooo! dan Ophelia filem pertama di bawah arahannya. Membaca skrip Mencari Malaikat Tersembunyi di peringkat awal, saya berpendapat ia sangat bagus. Saya tegaskan kepadanya, mengapa ia tidak diangkat menjadi filem.

“Sepanjang penggambaran drama itu, kami banyak membicarakan mengenai filem dan arah tuju hinggalah dia berkata mempunyai skrip filem menarik tetapi tidak ada studio besar yang mahu menghasilkannya.

“Saya jelaskan kepada-nya, mengapa harus menunggu studio atau produksi besar, sedangkan dia mempunyai pengalaman dan segala kepakaran. Kalau ia bagus, tentu rakan akan datang membantu.

“Tidak sangka apa dicadang-kan itu kini menjadi kenyataan. Percayalah, sebagai pelakon, jika karya atau watak diberi bagus, duit bukan lagi taruhan. Bukan selalu cerita dan watak sebagus Ophelia akan datang kepada saya mahupun pelakon lain,” katanya.


DARI kiri, Pekin, Kodi dan Que.




Jelas Que, melihat perkembangan industri perfileman sekarang, ternyata ia tidak seimbang dan untuk mencari karya yang boleh dijadikan makanan jiwa sangat payah. Pemikiran dalam penghasilan filem oleh penggiat muda seperti dibawakan Mukhriz harus diberi sokongan.

“Duit memang menjadi kekangan dalam menghasilkan Ophelia tetapi saya percaya sebagai pengkarya, kita mempunyai kreativiti untuk menjayakannya.

“Sekarang, pembabitan saya kerana filem ini mempunyai skrip kuat dan tenaga kerja berpengalaman. Melihat dari sudut itu, sebenar-nya Mukhriz ada segala-galanya dan yang tinggal lagi ialah menghasil-kannya,” katanya.

Que akui cemburu melihat perkembangan industri perfileman Indonesia. Benar, ia mempunyai pasaran luas tetapi pengkarya mereka menghasilkan karya seimbang dari sudut komersial mahupun artistik.

“Di Malaysia, kita hendak dapat satu filem bagus pun sangat susah sekarang. Pelakon seperti saya akhirnya tidak akan ada tempat.

“Boleh saja saya buat apa saja filem yang ditawarkan untuk popular atau kejar duit, tetapi kesudahannya sebagai pelakon, apa yang dapat disumbangkan dan apa yang penonton dapat dari hasil kerja saya,” katanya.




Bagi Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, untuk menjayakan watak ‘skinhead’ memberi satu perspektif baru membabitkan pengamalan budaya popular itu. Apatah lagi 10 hari bercampur de-ngan mereka supaya watak dijayakan nampak meyakinkan apabila ditayangkan kelak.

“Pengikut dan pengamal ‘skinhead’ tidak jijik dan kotor seperti digambarkan media sebelum ini. Malah, terharunya saya apabila mereka menerima kami dengan tangan terbuka. Anggap kami seperti abang dan adik. Malah, kami berkongsi makanan tanpa ada perasaan prejudis.

“Sebelum ini, pengamal ‘skinhead’ dilabel dengan pelbagai dakwaan negatif seperti ganas, pe-ngotor dan makan sampah, sedang-kan ia tidak pernah berlaku. Kalau ada pun, mereka hanya terikut-ikut tanpa memahami ideologi atau sikap sebenar budaya terbabit.

“Malah, ada antara mereka yang saya kenali, jauh lebih berduit berbanding kami yang bergelar pelakon. Kebanyakannya bekerja dalam bidang profesional dan ada juga ahli perniagaan berjaya.

“Saya percaya apabila Ophelia ditayangkan kelak, orang akan mengubah pandangan buruk yang dilabelkan terhadap ‘skinhead’. Filem menjadi medium terbaik untuk mengubah persepsi itu,” katanya.

Ophelia mengisahkan tiga sahabat, Uji lakonan Pekin, Ozzi Gandum (Que) dan Totoi (Kodi) yang mengamalkan gaya hidup ‘skinhead’, ber-tembung dengan Ophelia, perunding kumpulan kongsi gelap terbesar di Kuala Lumpur.

Timbul konflik antara mereka sehingga menyebabkan Ophelia terbunuh. Disebabkan peristiwa itu, kegiatan gengsterisme di Ku-ala Lumpur lumpuh dan mereka bertiga diburu. Berani mendepani situasi berlaku, mereka dituntut membayar ganti rugi bernilai RM75,000.


Dua tahun perap Ophelia

Budaya ‘skinhead’ di Malaysia sering dikaitkan dengan isu negatif seperti salah laku dan mengganggu keharmonian di kalangan masyarakat.

Mereka yang mengikuti dan menjadikan ia sebagai gaya hidup turut dipandang serong berikutan pelbagai dakwaan buruk mengenainya digembar-gemburkan sebelum ini.




Disebabkan perkara itu, pasti usaha pengarah sinematografi terkenal dan kini pengarah, Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin menampilkan budaya popular (pop culture) ini dalam filem Ophelia akan menerima tempiasnya.

Umum pasti bertanya me-ngapa dalam banyak-banyak perkara, ‘skinhead’ yang diang-kat Mukhriz.

Ditemui di lokasi penggambaran filem ini, pemenang Sinematografi Terbaik di Festival Filem Malaysia 2010 (FFM2010) itu menjelaskan, idea menghasilkan Ophelia datang dua tahun lalu, namun pandangan negatif terhadap pengamal budaya ‘skinhead’ menyebabkan ada kekangan untuk melaksanakannya.

“Tidak banyak studio besar mahu menerbitkan filem ini apabila saya menghantar kertas cadangan untuk dihasilkan. Bagaimanapun, sebagai peng-karya, saya berasakan Ophelia lebih memberi kepuasan berbanding filem sulung yang saya arahkan, Tujuh.

“Mengapa Ophelia lebih memberi rangsangan untuk dihasilkan? Kerana ia sangat dekat dengan saya. Sewaktu muda, saya mengalami perubahan dan percampuran budaya popular ini seperti rock, kemudian beralih kepada grunge dan ‘skinhead’ yang berkembang sekitar 1990 hingga kini.

“Ia turut membawa ideologi tersendiri. Pendedahan pelbagai isu dikaitkan dengan ‘skinhead’ membuatkan ada yang memandang negatif di sini, sedangkan ramai tidak tahu 90 peratus daripada mereka yang menggemari dan mengamalkan budaya popular ini adalah golongan pekerja yang menjadi penyumbang kepada ekonomi negara,” kata-nya.

Tegas Mukhriz, usaha terbarunya tidak harus dipandang negatif kerana ia hanya sub budaya seperti mana paparan rempit yang juga sebahagian budaya popular dalam masyarakat yang diangkat dalam kebanyakan filem sekarang.




“’Skinhead’ antara sub budaya hebat yang berkembang dalam masyarakat tempatan. Hendak dilihat secara dasar, apa bezanya ia dengan budaya popular seperti K-pop yang kini menjadi kegilaan remaja.

“Pandangan negatif ‘skinhead’ membawa fahaman Nazi dan perkauman juga tidak benar. Mereka yang membuat tang-gapan sedemikian sebenarnya tidak faham, sedangkan ia lebih mementingkan semangat setia kawan.

“Saya boleh saja menggambarkan tiga watak utama dalam filem ini pengamal budaya rempit atau pekerja profesional, tetapi saya angkat ‘skinhead’ kerana mahu meraikan mereka ini dalam filem dan lebih penting menyedarkan penonton bahawa ia wujud.

“Itupun saya hanya menyentuh secara dasar kerana pada saya, masyarakat belum bersedia menerimanya andai subjek itu saya tampilkan dengan lebih mendalam,” katanya.

Judul Ophelia juga diangkat dari watak sastera terkenal Ing-geris Hamlet, namun dia hanya mengambil inti pati iaitu kesakitan dan kesengsaraan dialami watak itu.

“Satu watak tambahan juga menggunakan nama Ophelia, dia wujud dalam tiga babak saja tetapi menjadi titik tolak kepada keseluruhan perjalanan cerita membabitkan tiga watak utama.

“Filem ini turut diwarnakan dengan sub plot latar kehidupan Uji, Azzi Gandum dan Totoi yang bakal menyentuh perasaan,” katanya.

Mukhriz akui tiada sokongan studio besar menyebabkan dia mengambil keputusan menerbitkan filem keduanya itu di bawah produksi sendiri dengan bajet rendah.

Katanya, dia bangga kerana ramai mula buka mata terhadap filemnya kerana membabitkan pelakon hebat seperti Que Haidar, Pekin Ibrahim, Sharifah Shahora, Zizan Nin dan Vanidah Imran. Turut berlakon, Michael Ang dan pendatang baru, Mohd Zhazmeer Mohd Rasheed atau Kodi.

“Sebaik saja ia mula diuar-uarkan menerusi laman sosial, ramai memberi maklum balas positif. Saya harap ramai datang menyokong apabila filem ini ditayangkan,” katanya.

Last edited by berun on 17-7-2014 12:59 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 12:35 PM | Show all posts
mcm makin gemuk je Q skrg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2014 12:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 10:47 AM | Show all posts
znuyul posted on 17-7-2014 12:35 PM
mcm makin gemuk je Q skrg

gemuk la kenyang hidup berbini
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:24 AM | Show all posts
motif movie ni? ada tak synopsis?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.429464 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list