CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30037|Reply: 181

Deejay Sinar FM Najman dipecat kerana tak popular??pg4

[Copy link]
Post time 18-7-2014 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Deejay Sinar FM, Najman Dipecat
Najman



PETALING JAYA: Berita memeranjatkan apabila penyampai radio Sinar FM iaitu Najman Mohamed telah dipecat daripada stesen radio itu berkuatkuasa 11 Julai lalu.

Najman, 44, yang bekerja secara kontrak saluran radio itu berkata, dia terkejut dengan tindakan pihak pengurusan Astro Radio yang membuat keputusan tersebut tanpa memberi sebarang alasan kukuh sebab-sebab pemecatannya.

"Benar, saya sudah diberhentikan pada 11 Julai lalu dan saya tidak tahu punca sebenar mereka bertindak begitu.

"Mereka hanya memberi alasan kononnya saya tidak memberi khidmat cemerlang dalam stesen itu sedangkan sudah 10 tahun saya bersama Sinar FM," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Jumaat.




Dalam pada itu, Najman berkata rakan-rakan seangkatannya juga terkejut dengan perkara tersebut dan dia kini sedang mencari punca kenapa pihak pengurusan stesen radio itu bertindak sedemikian.

"Setakat ini , ada beberapa rakan yang memberikan cadangan untuk saya cari sebab saya diberhentikan. Kalau boleh saya akan usahakan sebelum sambutan Aidilfitri ini.

"Tidak kisahlah apa hasilnya nanti, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mendapatkan semula pekerjaan saya.

"Saya pun tidak pasti adakah perlu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Seharusnya pihak pengurusan berbincang dahulu dengan saya sekiranya reputasi kerja saya tidak mencapai piawaian yang ditentukan," ujarnya.

Sementara itu, Najman menyifatkan kejadian yang berlaku kepadanya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini mungkin mempunyai hikmah di sebaliknya walaupun berasa risau kerana isterinya kini sedang hamil dua bulan.

"Saya reda dengan apa yang sudah berlaku. Mungkin Tuhan beri rezeki anak, Dia tarik rezeki lain. Mujurlah saya dan isteri ada pendapatan lain dengan menjalani perniagaan secara kecil-kecilan," tuturnya.

Najman memulakan karier separuh masa sebagai penyampai radio di stesen Best 104 FM pada tahun 1989 dan diserap sebagai penyampai tetap pada 1991.

Setelah berkhidmat lebih kurang lapan tahun, Najman telah ke saluran radio Era FM dan kemudian dipindahkan ke  Sinar FM pada tahun 2004.

Najman mengendalikan  segmen Senandung Malam (8 malam hingga 12 tengah malam) bersama deejay Jamal Jamaluddin.

Sementara itu Pengurus Saluran Sinar FM, Rizal Sahimy yang dihubungi mStar Online> tidak dapat memberi jawapan berhubung perkara itu.
Last edited by maxim on 19-7-2014 06:22 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2014 02:59 PM | Show all posts
astro ni asik kejar rating & untung je kot..
tapi bkn nak berhentikan orang kene bg notis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:02 PM | Show all posts
Dipecat? Die antara yg lame berkhidmat kot
Kne tggu jwpn dr pihak astro/sinar pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2014 03:05 PM | Show all posts
ida88 posted on 18-7-2014 03:02 PM
Dipecat? Die antara yg lame berkhidmat kot
Kne tggu jwpn dr pihak astro/sinar pulak

tu la pelik. dari dlu lg slalu dok dgr suara die kat radio. mesti ada sumthing
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:06 PM | Show all posts
kesiannyer.. main pecat mcm tu jer..bagi la notis dan sebab knp beliau dipecat..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:09 PM | Show all posts
boleh bawa kes ke industrial court.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2014 03:11 PM | Show all posts
Kesiannya....dkt2 nk raya n6i
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:12 PM | Show all posts
najman ni org lama kat radio sinar
aku suke cara penyampaian dia and david low jugak
sbb diorang x mengada2 sejak dr zaman era lagi
masa tu zaman2 DJ2 era blom gediks dan mereng mcm stok2 DJ era zaman skang nih
DJ2 muda zaman skang suma mcm bahlol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2014 03:13 PM | Show all posts
Tak baik pecat org cara begini. kesian. takper, mesti ada rezeki lebih baik nanti. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:13 PM | Show all posts
mane boleh buang macam tu je..ke kontrak habis xsambung
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:16 PM | Show all posts
kat situ tulis bekerja secara kontrak..mgkin kontrak tak sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:18 PM | Show all posts
kesiannya
xde lagi org ckp nun jim mim nun............ najman
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:20 PM | Show all posts
alasan tidak cemerlang??
alasan tak masuk akal...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:22 PM | Show all posts
lor...dia bagus apa...pon..pon...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:25 PM | Show all posts
ni ke muke nun jim mim tu...baru ku tau

takkan nak sesenang nak memecat orang...misti ada kes ni

ape ingat astro takde jabatan undang2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:28 PM | Show all posts
Najman, 44, yang bekerja secara kontrak saluran radio itu

bebila masa leh kena buang...
lain la kalo pekeja tetap...kena ade alasan kukuh br leh pecat...
sore dia ni sedap...gemersik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2014 03:30 PM | Show all posts
itulh bahana kerja kontrak
gaji lumayan, tp habis madu sepah dibuang
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:34 PM | Show all posts
suara dia dah ada macam attitude kat sinar...why? why? why?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:37 PM | Show all posts
Di pecat kerana tidak berkhidmat dengan cemerlang???
kalau tak cemerlang mcm mana boleh berkhidmat selama 10 tahun??
hurmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2014 03:45 PM | Show all posts
dah tua kot..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.090096 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list