CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6169|Reply: 30

Niat baik, cara tak kena

[Copy link]
Post time 20-7-2014 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Mengenali pengacara radio ini, orangnya memang baik dan pandai mengambil hati orang sekeliling. Pendek kata, apa yang keluar dari mulutnya sopan dan manis-manis belaka.

Tidak hairan mengapa dia ada ramai pengikut, malah segmen kendaliannya popular dari dulu sampai sekarang. Bagaimanapun, lain pula Sha dengar daripada rakan yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim yang berlangsung baru-baru ini.

Ramai terkejut apabila penyampai radio itu selamba mengeluarkan kata-kata menghiris kalbu ketika mengalu-alukan mereka menjamu selera.

Antara kata-katanya, makan kenyang-kenyang kerana ini pengalaman pertama mereka dapat makan di majlis seperti itu.

Lebih mengejutkan, dia bertanya apa perasaan mereka apabila dihantar ke rumah anak yatim. Mungkin ia dilihat soalan biasa, tapi ramai kurang senang dan tidak berkenan dengan caranya mengendalikan acara itu.


Nak kata main belasah cakap, dia bukan orang baru dalam bidang ini. Takkan dia tidak tahu bezakan mana yang sensitif atau tidak.

Bak kata seorang teman, kot ia pun nak beramah mesra dengan anak yatim, guna ayat sesuai dan tidak mengundang kesedihan di hati mereka. Dah nama pun nak meraikan, kena pastikan anak-anak itu seronok dan bergembira.

Walaupun mereka masih kecil, pasti ada yang faham dan dapat mencerap maksud kata-kata itu. Bayangkan apa perasaan mereka.

Mungkin niatnya baik tetapi caranya tidak kena. Kata-kata yang keluar dari mulutnya pada acara itu memang ‘sumbang-mambang’. Barangkali dia sendiri tidak perasan dan main cakap saja apa yang terlintas di fikiran.

Sha harap deejay itu lebih peka selepas ini dan pilih ayat lebih sesuai serta molek bersesuaian dengan acara dan jemputan. Nak salahkan dia pun tak boleh sebab kita hanya dengar dari sebelah pihak.

Mana tahu dia sekadar bidan terjun, kurang persiapan hingga terlanjur mengeluarkan kata-kata yang tidak kena pada tempatnya. Sempena bulan baik ini, kita kena bersangka baik kan.

Lagipun trek rekodnya selama ini pun bagus. Tak pernah pula dengar dia mulut lahar atau suka cakap lepas.




Credits: hmetro.com.my Last edited by achik2009 on 20-7-2014 11:24 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2014 11:26 AM | Show all posts
Aduhhhh deejay jantan ke tino?
Deejay radio mane???
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 11:26 AM | Show all posts
Fafau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa ank yatim ni selalu je dpt mkn mewah camni time bulan pose. Pgnlmn pertama mende..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
lindanonn
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 12:21 PM | Show all posts
mmg linda onn kot



tp menghiris kalbu sgt ke ayat gitu? aku rasa cam biasa2 jah. mybe cara interpretasi kot. yg terasa terlebih nya org yg dah dewasa kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2014 12:24 PM | Show all posts
Napa tak dedahkan je sapa pengacara radio tu. tak larat sel2 otak ni nak berhubung memikirkan siapa gerangannya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 12:54 PM | Show all posts
maxim posted on 20-7-2014 12:21 PM
mmg linda onn kot

bukan org dewasa yg sensitip, sebab rata2 org2 dewasa yg hadir kat situ pn takde yg sentap, apatah lagi kanak2..

yang sensitip tu media je. padahal takde apa2 pun. sensitip sebab kekurangan bahan nak dijadikan gossip. cian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2014 12:54 PM | Show all posts
dia tak tau ke, ada sesetengah umah anak yatim ni, kalau setakat ko jemput bukak puasa, kalau tak kat hotel, musti ada duit raya, tidak... jadual penuh... hahaha... sampai cam tu...


Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 01:08 PM | Show all posts
apa pun kita memang kena jaga kata2 yang keluar dari mulut kita
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 02:08 PM | Show all posts
Kalau dr gmbr linda on tu rsenye xperlu nk sensitip sgt. Biase2 je..
Sha (reputz) ni yg tgh dtg bulan.... Last edited by senahsanasini on 20-7-2014 02:09 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 02:16 PM | Show all posts
Ape bende yg xsensitip
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 03:54 PM | Show all posts
bg aku soalan tu tk kena gak..nak tanya apa perasaan lg? tk pyh lah remind diorang psl parents yg dh takde..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg rumah anak yatim mewah di bulan puasa ni..klu ada yg terbiar or tertinggal di buln ramadhan ni rs x kot...

Klu nk anggap ini.pertama kali dorg mkn mewah cam tu..cam poyo lak..cam klu xkerana majlis ko tu dorg xde bleh merasa mkn mewah gtu? Gtu maksud ko? Hadoilah....kot iye pon simpan skitlh perasaan bangga tu.. Btw mjlis tu dia sendiri yg sponsor ker?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 05:01 PM | Show all posts
kakak azwana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 05:11 PM | Show all posts
wartawan ni ngengada lebih2 sensitip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2014 05:31 PM | Show all posts
maybe niat dia nak gurau2 je, tp tersalah cakap laa pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 02:58 PM | Show all posts
time bulan pose je la bwk anak2 yatim makaan......bulan biase semua lupe....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 03:05 PM | Show all posts
Sagoo posted on 21-7-2014 02:58 PM
time bulan pose je la bwk anak2 yatim makaan......bulan biase semua lupe....

sbb kalo bukan bulan pose, sedekah kat anak yatim pun tak masuk mane2 paper.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 03:22 PM | Show all posts
maybe first time mkn kt kedai die kot...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.373185 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list