CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9369|Reply: 38

Pengalaman Seram yang tak sure seram ke idok.

  [Copy link]
Post time 20-7-2014 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum..

Aku sebenarnya dah taip panjang2 tadi siap nak publishthread je, entah kenape teruih hilang.. tension aku, dah panjang2 cite, terushilang, bukan sekali tapi dua kali kot! Tension. Kurang pahala aku sebabmemaki,ceyt. So,aku taip awal2 kat words, nnti copy kat forum balik

Aku selama ni hanyalah SR, and adalah beberapa kali komensana sini and then menghilang. Memandangkan aku tgh bosan skrg, ditambah lagidengan internet yang maha laju kat kampong aku ni ( kampong wifi 1 Malaysia lakatekan)., so aku pun merajinkan diri menulis beberapa cite angker dan seramyang pernah aku alami selama 25 tahun aku hidup kat bumi Allah ni. Untuk info,aku berasal dari Sabah, so kalau tak paham tu, buah2 paham saja la bahhhh.

Untuk memudahkan readers faham timeline cite aku, akubahagikan cite kepade beberapa subtopic gitu.

(A  (A)   - Kisah yang berlaku kat kampong aku (especiallyrumah parent)
(B) (B)  – Kisah yang berlaku masa tinggal kat estet (masa tinggal dengan kakak)
(C) (C)  – Kisah yang berlaku zaman sekolah
(     (D)  – Kisah yang berlaku masa zaman uni ( termasoklah rumah sewa)
(E) (E)  – Kisah masa koje/menganggur

Sebagai contoh :Story 1(A) Hantu Nafas  - Maksudnyekisah tu berlaku kat kampong aku. Gitu la citenye.

Aku tak berapa reti sgt nak menulis cite2 seram ni, tapi akuusahakan. Klu cite aku tak berape nak seram, maaf dipinta, nak buat macamane,tu je cite yg penah berlaku dalam hidup aku.

p/s: Aku tak penah jumpa hantu face to face directly,. Yang palingteruk pun Nampak byg je, tpi klu face to face memang tak penah

.........

Story 1: (B) ‘Kakak' bagi salam

Aku rasa ramai yg pernah alami cite mcm ni.so cite ni agak membosankan,anggap la aku tak reti nak menulis cite dengan baik.

Pada tahun 1995-1998, aku pernah tinggal di sebuah ladangkelapa sawit ( estet) yang boleh dikatakan agak fames jugaklah bgi sape2 ygkeje dalam industri kelapa sawit ni memandangkan estet ni antara estet flagshipla klu kat Sabah. It is among a few estates yang ada golf club sendiri. Kat ladangkelapa sawit ada padang golf bhai!

Kakak aku merupakan seorang guru dan baru ditugaskn di estettu dalam 1995. Pada 1995, aku dah start tinggal dgn kakak aku since nenek akumeninggal dalam tahun tu juga. Tahun 1996, akhirnya kakak aku pun berkahwin dgnsalah sorang guru kat estet tu jugak. Pada masa tu, kakak aku juga mengambilsorang lagi abg aku untuk dijaga. Sebelum kahwin, aku dan kakak  tinggal di kuaters guru (rumah bujang guru2pompuan). Ye aku tinggal dgn a bunch of single ladies semasa berusia 6 tahun(1995).

Selepas berkahwin (1996- aku darjah 1),, kakak and abg iparaku diberikan sebuah rumah di perkampungan pekerja memandangkan pada masa tu,kuaters guru full. So, kena tinggal kat situ for the time being.

Aku masih ingat lagi keadaan rumah, kaler hijau tuam, rumahpaling hujung, tepi tu tanah lapang penuh dgn lalang tinggi, kat depan adajalan raya, seberang jalan raya ada buah koko. ( heaven wehh, sebab bila maindgn budak2 lain, kitorang slalu curi buah koko and makan isi dia, sedap kot!,masa tu naïve lagi). So tinggallah aku, abg aku, kakak aku and abg ipar aku.

Aku harap korang faham setakat ini. Dah panjang benomukaddimahnya.

OK. Masa tu kakak and abg ipar aku bru nak menapak ,dua2 brukeje, so masa tu diorang pakai moto je. So, selalu lah aku dgn abg akuditinggalkan di rumah bile diorang balik rumah mak or rumah mertua kejap (rumahmak and rumah mak mertua kakak tak jauh sgt, dlm 30 minit je dari estet ni). Sosejak kecil lagi kakak aku dah ajar aku jadi independent. Masa tu aku tahun 1and abg aku tahun 5.
So, one fine day, lepas mengaji ( abg ipar aku tersangatlahmementingkan agama, johan mengaji seluruh sabah kot), abg ipar and kakak akupegi rumah mak aku masa tu. So diorang tinggalkan kitorang bedua kat rumah. Lgpunkitorang dah biasa kene tinggal, so takde masalah. Lgpun selalunya bila diorangkluar, diorang akan balik malam tu jugak.

Aku masih ingat lg, time tu aku dgn abg aku tgh tgk cite katunke ape kat tv3., suddenly, tengah syok2 tgk tv, aku dengar org bgi salam daripintu dapur. ‘Assalamualaikum, man (bukan nama panggilan sebenar aku), bukakpintu ni bah, kakak sampai sudahhh”. Siyes aku yakin tu suara kakak aku.

Aku pun bgtau la kat abg aku yg kakak aku dah sampai. So,kitorang pegi dapur bukak pintu, and guess what, takde orang! Tapi seriouslymasa tu naïve gila and tak takut apapun, siap pegi tgk depan rumah, takde orgkot. Lepas tu trus masuk rumah balk.
Dlam rumah tu bru perasan, kalau kakak and abg ipar aku dahsampai, mesti ada bunyi motor kan? Apesal la aku bengap sgt masa tu. Tapi siyestak takut sgt, sebab masa tu budak lagi. Lepas tu kitorang terus tido katblilik.

Dijadikan cite, rupanya kakak and abg ipar aku terpaksa tidokat tangga depan rmah sbab takde bukakan pintu masa diorang sampai, lgpunkitorang kunci dri dalam rumah.

Tu la kali pertama aku mengalami pengalaman seram.

Last edited by Shazmiey on 20-7-2014 05:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2014 05:58 PM | Show all posts
Story 2 (D) : Hantu di Subuh Maulidur Rasul

Rasanya aku penah cite psal bende ni kat thread hantu uitm. Maaf kalau aku cite ni tak ikut timeline, aku  main tulis je mana peristiwa yang muncul dlm otak aku ni.

Aku study kat UiTM Sabah dulu. Bgi sesape yg pernah jadi student uitm sabah, mesti pernah dengar cite Miss M (Melati).Hantu ni kire femes jugaklah dalam kalangan student2.  Siyes aku tak tau memang melati penah wujud atau tidak, atau cumalah jin or setan yang menyamar jadi melati untuk menyesatkan umat student yg suka mengkontrovesikan cite2 pasal Miss M ni.hahaha

Aku tak penah directly ada pengalaman dgn Miss M ni seperti member aku yg penah Nampak pompuan duduk kat menara tangki sambil menghayun2kan kakinya, atau sorang lagi member aku yg selalu diganggu perempuan misteri yg muncul dlm mimpinya dan selalu mengajaknya bercerita.

Kisah yang aku sampaikn ini berlaku pada tahun 2009. Aku ingat lagi pada malam tu, kitorang ade dinner untuk program  and kebetulan keesokan paginye, perarakan maulidur rasul diadakan. So pulang saje daripada dinner, aku dgn beberapa org member aku bertungkus lumus untuk menyiapkan sepanduk/banner untuk perarakan nnti. Masa tu, aku merupakan naib presiden kelab, so memang tanggungjawab kitorang kena siapkan sepanduk tu sebelum perarakan keesokan paginye.

Entah macamana, aku boleh ingat masa tu jam 3. Kitorang buat keje kat bilik aku. Aku mintak tlg kawan aku pegi print wording kat bilik die. Bilik die ni menghadap  menara tangki yg menjadi tempat lepak kepada hantu ‘miss M’ ni tadi. So, die pun pegi la sorang diri, beberapa minit kemudian dia call aku ‘’ weh,datang bilik dlu ada masalah printer’’.

Aku pun pegi la ke bilik member aku tu.. masa on the way tu memang dah dengar bunyi anjing menyalak. Sampai je bilik kawan aku ni, angin kuat gile bhai, sebab dia tak tutup tingkap plus langsir terbuka,. Aku tgk member aku dah duduk kat hujung katil sambil tersengih-sengih kat aku. Masa tu, aku memang dah cuak gile, sebab aku syak die kena rasuk ni. Ye la, gile wehh sengih sorang2 pandang aku pastu duduk mencangkung kat hujung katil.

Dia cakap kat aku,’ tgk bah printer tu, stuck dia’. Kebetulan printer tu terletak di atas meja berhadapan dengan tingkap yg terbuka luas. Tengah aku repair printer tu, boleh pulak aku dengar suara pompuan menangis… siyes sambil aku menaip, bulu aku meremang bila ingat bende ni. Gile bhai mendayu! Aku ape lg, dari berdiri depan tingkap, aku duduk mencangkung
and then pegi join kawan aku kat hujung katil.
Boleh pulak dia cakap ‘ ko dengar apa yg aku dgr? Tu pasal la aku panggil kau’. Naharoomm punya member. Kebetulan dah habis print, abes je print, aku slowly jalan duduk mencangkung pegi printer, grab kertas tu terus lari bilik member aku. Kenape aku jalan duduk mencangkung? Sebab aku tak nak berdiri, kononnya klu bediri nnti hantu tu Nampak aku kang.hahahaha..siyes bodoh gile tindakan aku.hahahaha.

Benda tu tak habis kat situ je, sampai je kitorang kat bilik aku, aku cite dgn sorang member aku.Member aku sorang ni berbangsa sungai. Sape yg duduk sabah mesti tahu bertapa hebatnye ilmu org sungai ni.

Masa tgh sebok cite, boleh pulak hantu tu sambung menangis kat tingkap bilik aku. Naharommm., Siyes jelas gile suara pompuan nangis..aku tgk member aku, member aku tgk aku.,haha. And then kawan aku yg  berbangsa sungai tu cakap, jgn kacau bah, org mau buat keja ni. Slumber je dia cakap mcm tu, teruih takde suara..

Alhamdulillah, banner bejaya disiapkan namun kitorang tak menang pun pertandingan sepanduk untuk perarakan tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2014 06:00 PM | Show all posts
ok sat gi sabahan nak berbuka. hari ni berbuka jam 6.25pm. nnti aku sambung lg.bye.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 06:06 PM | Show all posts
Selamat berbuka tt...........Bestnya.... banyak cerita..... Silalah sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2014 11:52 PM | Show all posts
best cerita kau bah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lg bahh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2014 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
yeay benang baru.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 09:15 AM | Show all posts
terbaik citer dari sabah....teruskan lagi chayok-chayok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 10:28 AM | Show all posts
teringin nak kenal dengan org sabah.. hahaha tibe2..
ok TT sambung stori lagi..
yg ni tak cite pun?? Story 1(A) Hantu Nafas  
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 11:08 AM | Show all posts
need more..need more.......................smbung2!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!frustla baca2 xde smbungan..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 11:17 AM | Show all posts
ok, sambung lagi ya TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 12:31 PM | Show all posts
zadzamusa posted on 20-7-2014 06:06 PM
Selamat berbuka tt...........Bestnya.... banyak cerita..... Silalah sambung...

tgh nak menulis sat..sabar bah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 12:32 PM | Show all posts
woddy posted on 21-7-2014 09:15 AM
terbaik citer dari sabah....teruskan lagi chayok-chayok

nak aku cerita dlm style sabahan ke ckp semenanjung?haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 12:33 PM | Show all posts
khailya posted on 21-7-2014 10:28 AM
teringin nak kenal dengan org sabah.. hahaha tibe2..
ok TT sambung stori lagi..
yg ni tak cite pun ...

utk ko,aku dah karangkan cite pasal hantu nafas tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 12:35 PM | Show all posts
Sorry late,. Lepas berbuka pegi terawih,habis dlm jam9 teruih tido.. Orang kat rumah aku memang jenis tido awal. Dalam pukul9-10 semua dah tido.

Memandangkan ada yg Tanya pasal hantu nafas tu meh aku cite.

Story 3: (A) Hantu nafas

Siyes cite ni benar-benar berlaku kat kampong aku., cite bukan nak mengaibkan orang, tapi sebagai pengajaran untuk kita yg masih hidup.

Alkisahnya, aku tinggal di sebuah kampong yang terletak di salah sebuah daerah yang baru2 baru dapat perintah berkurung. Kampung ni terletak lebih kurang 30 minit from estet yang aku penah citekan sebelum ni.

Kampung aku ni lain sikit. Aku tak sure kalau tempat korang. Kat kampong kitorang, every year akan satu season akan ramai org meninggal. Siyes aku tak tipu. For example, masa arwah ayah aku meninggal, memang dlm musim tu la,,kelmarin ada org meninggal, hari ini ada org meninggal, petang ada, esok ada. Tapi yg selalu meninggal ni memang mostly yg meninggal sebab tua. Arwah ayah aku dlu meninggal pada hari rabu, sehari sebelum tu, jiran sebelah meninggal, esoknya kamis pun ada meninggal.. Macam tu la gamaknya., siyes ni tak tipu. Walaupun cite ni mcm tak logic, tpi Allah Maha Mengetahui.. dan itu realitinya di kampong ni.

So, bila berlaku musim tu, musim tu la juga hantu-hantu akan menghantui kampong aku ni. Paling femes hantu pocong (ni aku tak penah experience, org kampong slalu heboh), dan yg paling kerap yg mengintai, ketok2 rumah and pagi2 dah ada ulat2 dekat tepi tingkap or pintu. Tu tak campur arwah2 ni kononnya muncul dan menyapa org kampong.

Aku rasa kalau kampong Pak Adi dlm cite Tanah Kubur tu wujud, memang kampong aku la ni kot.hahaha.. Aku rasa semua ni setan or jin yg pedajal umat manusia di kampong aku ni. Sebab diorang tau, bila je ada org meninggal ada hantu, mulalah rahsia2 n aib2 si mati heboh.. Kononnya si polan bin si polan jadi hantu, semalam dia bla bla bla… mcm tu la..so maybe setan and jinn i syok la dpt melihat org2 yg masih hidup ni mengumpat org yg dah mati.

Dalam byk2 pengalaman aku kat kampong ni, ada satu kisah yg boleh dijadikan pedoman untuk kita semua. Kisah ni kira paling legend la aku rasa yg pernah berlaku, sebab hantu dia suka kacau org dgn bunyi nafas dia.. Macam org hembus nafas dari mulut tu. That is why aku panggil dia antu nafas.

Kisahnya berlaku apabila seorang imam telah meninggal dunia, orgnya takdelah tua sangat, aku rasa dlm 50++ la. Kira dia imam yg telah dilantik oleh Jabatan Agama Islam utk masjid kat kampong ni lah.

Semasa arwah masih hidup, dikisahkan bahawa imam ni perangai dia bukan mcm imam. Pahe dok? Maksud aku, dia tak pikul tanggungjawab yg diamanahkan kepadanya. Kira makan gaji buta ja la, lepas tu, dia pun selalu tak solat, eventhough dia imam kat kampong. Yg ini aku tak dapat pastikan sebab bila hantu dia wujud, inilah aib yg dihebohkan oleh org2 kampung aku ni. Aku pun tak tau sgt ( Nampak sgt aku bukan kaki surau,.haha)

So selepas dia meninggal, mcm biasa time tu musim org meninggal, mulalah hantu si imam ni muncul. Dia selalu menggangu di antara waktu maghrib and isyak. Mind you dekat kg ni, waktu maghrib dlm 6.30 and waktu isyak dlm 7.30. so dia akan selalu ganggu dlm pukul 7 mcm tu. And then waktu malam la waktu org ke tandas, waktu org muda melepak dkt pondok bas etc.

Tapi siyes dia tak jrg menampakkan dirinya. Tpi dia suka mengganggu org dgn nafas dia. Macam ko tgh syok2 borak kat fon kat luar rumah, dia akan buat bunyi nafas tu kat belakang telinga ko.

And yg ni aku hadapi sendiri. Aku ingat lg masa tu, semua org rumah aku kluar rumah. Waktu tu aku memang minat cite cina pukul 7 kat tv2. Disebabkan tanak ketinggalan episod tu, aku stay kat rumah.
Aku stay kat sofa yg terletak bersebelahan dgn tingkap., tgk syok tgk cite cina tu, boleh pulak dia dtg bernafas dgn kuatnya kat tingkap., aku mula2 tak perasan, makin lama makit kuat kot.

Aku apalagi, tutup langsir cepat2, pegi tv and then kuatkan suara, and then dia hilang mcm tu ja..
And then a few days, waktu ayah aku buang air kat tandas, dia pun dtg jugak. Tgh syok ayah aku bertafakur kat toilet, boleh pulak dia muncul. Trend dia sama jugak la, bernafas dgn kuat. Ayah aku apa lagi, simbah tingkap tu dgn air.. Pahtu hilang.

And then ada la skali berlaku kat bilik parent aku. Tingkat kat bilik mak aku ni ada satu bahagian yg takde  cermin, paham tak? Ala, tingkap yg lama tu, pahtu ada bahagian takde cermin sebab pecah. Masa tu, mak aku bru nak tido,tgh syok2 nak tido, dia Nampak tangan kot kluar dari bahagian yg takde cermin tu  n pegi bukak langsir. Siyes tgn org, tapi kat mak aku tak Nampak semua, nampak jari je, maksudnya, dia tolak langsir tu ketepi menggunakan jari die je. Dpt bygkan tak? Mak aku jerit la,tekejut kot ayah aku yg tido sebelah dia.

Haha. And then byk lagi la org kena sakat. And trend dia same gak, bunyi nafas slalu kat belakang telinga.
Ada sekali tu, org Nampak hantu imam tu bertenggek kat leher sorang Jemaah masjid yg bru nak besiap ke masjid.  Bertenggek yg aku maksudkan ni mcm org tu duduk  kat atas leher, kaki dia letak kat bahu, susah aku nak explain bende ni.tpi mcm tu la. Yg ni org cite, tapi aku tak berani nak sahihkan, sebab kita pun tak Nampak kan,.

Lepas beberapaketika, hantu pun hilang mcm tu..sebab dah bosan kot.

So, pengajarannya, klu diberikan amanah, buatlah sebaiknya,.. nnti tak pasal2 ko jadi hantu.

Ok tu je la..nnti aku sambung cite lain. Aku citerkan pengalaman yg directly kat aku bru aku citekan cerita2 lain yg berkaitan dgn org sekitar aku.

Spoiler skit: ada byk cite hantu kat kampong aku ni. Eventhough kat rumah aku pun sama. Nnti aku cite.

aku nak kluar jap..nnti aku sambung.k bye. klu byk typo sorry, nak cepat kan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 12:39 PM | Show all posts
huishhh seram nyer tibe2 ade bunyi nafas kat telinga...
tq2 ceritakan psl ni..
nti sambung lagi TT
best cite koo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 12:42 PM | Show all posts
check in dulu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 02:03 PM | Show all posts
Shazmiey posted on 21-7-2014 12:32 PM
nak aku cerita dlm style sabahan ke ckp semenanjung?haha

hahaaha...sy boleh faham sahaja tapi x semua sy taw bahasa sabah..sy pernah duduk d sabah selama 3 bulan...hihii...
kasi lagi citer hantu...hihihih..

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 02:26 PM | Show all posts
cerita best, sambung lagi TT
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 03:18 PM | Show all posts
nak lagiiiiiii
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.532383 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list