CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9403|Reply: 55

Contest: CERPEN - Ramadhan ini...Dia Kembali (TAMAT)

[Copy link]
Post time 21-7-2014 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Tuhan...
Cukup setakat ini...aku merasa
Terasing...terhukum dalam sengsara
Balasan dari kehancuran yang aku ciptakan

Tuhan..
Kini aku mengerti
Antara dosa...pahala...yang mana lebih utama
Dalam meniti
Kehidupan dan hari kematian

Tuhan
...
Andai malam ini satu peringatan
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

~~~~~~



“Kau jangan kurang ajar sangat, Andy! Tak pernah sekalipun mama dengan abah ajar kau jadi macam ni.”

Suara Azreen, lantang menembus pendengaran. Dia hanya memandang kosong. Azreen sudah mula beraku-engkau saja dengannya. Itu bermakna Azreen sudah benar-benar naik angin. Alongnya itu walaupun bertubuh kecil molek, tapi bila sudah marah, boleh jadi puting beliung dibuatnya.

Namun selalunya, dia memang tidak pernah mengendahkan ‘puting-beliung’itu. Alongnya itu memang kuat membebel dari dulu. Apa saja yang dia buat, pasti tak kena pada pandangan Azreen.

Rimas. Hidupnya di rumah ini bagai dikongkong. Itu tak boleh, ini tak boleh. Itu salah, ini tak betul.

“Sudahlah! Malaslah nak dengar Along membebel pagi-pagi buta ni…” Andy bersuara malas. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Terasa penat dan mengantuk setelah puas berliburan di kelab malam.

Semenjak Azreen menjadi pembantu abah di syarikat, perangai Azreen yang ‘gila kuasa’ itu semakin terserlah. Memang gila!

“Kau minum lagi kan?” Azreen melemparkan tuduhan. Bukan tuduhan, tapi fakta yang sebenarnya…

“Mana ada?” Andy cuba menafikan. Kaget sedikit. Sebelum pulang tadi, puas dia mengunyah Mentos berperisa Pudina untuk menghilangkan segala bau yang ada. Dua tiga batang rokok dihisap dengan tujuan yang sama.Takkanlah masih berbau lagi?

Tapi, masakan mungkin dia dapat menipu Azreen? Alongnya itu pasti sudah masak dengan perangainya.  

“Kau nak menipu lagi?” Suara Azreen semakin membingit.

“Kenapa kau nak menyibuk sangat hal aku? Kau jaga tepi kain kau sendiri, sudah!” Kali ini, Andy menjawab. Penat dan bengang menguasai hati. Bercampur pula dengan kesan minuman keras yang telah menguasai separa mindanya membuatkan sedikit demi sedikit, dia mulai hilang pertimbangan.

“Aku tak faham dengan kau ni. Tahu berjoli menghabiskan duit aje. Lepas habis study, apa kau buat? Buat bodoh! Suruh kerja, kau tak nak. Abah bagi kau modal buat bisnes, kau leburkan duit sekelip mata. Apa nak jadi dengan kau?” Azreen bersuara lagi. Nampak benar kesabarannya semakin tipis.

“Suka hati akulah! Abah dengan mama pun tak pernah bising, yang kau nak bising apa hal?” Suara Andy juga meninggi.

“Sebab abah dengan mama tak pernah bisinglah kau jadi macam ni! Perangai dari dulu tak pernah nak berubah. Eh, kau bukan budak kecik lagi, Andy. Dah besar panjang. Takkan kau tak boleh nak fikir, mana buruk…mana baik? Macam setan!”

“Kau nak cakap apa, aku ni jahatlah?”

“Bagus kalau kau sedar!”

“Eh…kau tak payahlah bercakap macam kau tu suci sangat.” Darahnya mula naik ke kepala. “Iya…aku tahu. Kaulah yang paling pandai. Paling bagus. Sejak dari dulu lagi mama dengan abah lebihkan kau. Sikit-sikit Along…sikit-sikit Along. Apa yang kau nak semua dapat. Sebab tu sampai sekarang, kau suka nak kawal hidup orang lain. Kau tak boleh tengok orang lain lebih dari kau…”

“Apa yang kau merepek ni?” Azreen menyoal. Suaranya kekal meninggi.

Last edited by Nicki_Meow on 25-8-2014 11:52 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2014 10:38 AM | Show all posts
“Dari dulu lagi mama dengan abah lebih sayangkan kau. Mama dengan abah tak pernah sayang aku…” Andy bagai meluahkan perasaan.

Memang. Itu yang dia rasa sejak dulu. Mama dengan Abah pilih kasih. Mama dengan abah tak pernah beri perhatian kepadanya. Tapi, dengan Azreen, perbezaan itu terlalu ketara. Sejak dari dulu lagi Azreen diberikan kelebihan. Apa yang Azreen mahu, semuanya dipenuhi. Apatah lagi, Azreen itu anak cemerlang dari segi akademik. Kebanggaan keluarga kononnya.

Dia bagai terpinggir. Apa yang dia buat, tidak pernah mendapat perhatian. Tidak pernah menjadi kebanggaan. Jurang itu terlalu dalam menyebabkan dia akhirnya, mencari perhatian di luar dengan caranya sendiri.

“Itu tak betul. Siapa cakap mama tak sayang Andy?”

Terdengar suara Puan Aina menyampuk secara tiba-tiba. Azreen dan Andy menoleh.

Puan Aina dan Encik Hassan sedang memandang ke arah mereka. Wajah Encik Hassan tidak menunjukkan sebarang riak namun Andy tahu, abahnya sedang menahan perasaan. Perasaan apa, dia tidak tahu. Marah, mungkin…

Wajah Puan Aina pula agak sayu menyebabkan hatinya tersentuh sedikit.

Hanya sedikit.

“Mama sayang semua anak-anak mama. Mama sayang Along, Kak Cik…Andy semua sama….” Puan Aina berkata lagi.

“Kamu dari mana Andy?” Encik Hassan menyoal. Suaranya agak tegas. Mungkin tidak mahu terheret dalam emosi sayu isterinya. Suara bising dari ruang tamu telah mengejutkan tidurnya dan isteri.

Andy diam, tidak menjawab.

“Berjolilah. Dari mana lagi?” Azreen berkata, dengan nada sindiran.

“Eh…engkau… kalau aku tangankan kejap lagi…” Sedikit ugutan terkeluar dari mulut Andy.

“Andy!” Suara Encik Hassan meninggi kali ini.

“Selama ni, abah tak pernah bising sebab abah rasa, kamu dah besar panjang. Boleh fikir mana yang elok, mana yang tidak. Tapi nampaknya...abah silap…”

Andy merengus. “Kalau dengan Andy, semua pun silap…”

“Andy…” Puan Aina menegur.

“Sudahlah. Aku malas nak layan korang semua. Aku pun dah malas nak tinggal kat sini. Mulai hari ni, aku tak nak ada kena-mengena dengan korang lagi. Mati sekalipun, aku tak mau jejak rumah ni…”

Dia terus menerpa keluar. Suara panggilan Puan Aina tidak diendahkan. Dia tidak mahu berada di dalam rumah ini lagi, walau sesaat lebih.

“Andy…” Last edited by Nicki_Meow on 21-7-2014 02:47 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 10:41 AM | Show all posts
“Andy…”

Namanya dipanggil lagi. Suara itu menyebabkan kenangan tiga tahun dulu pecah berserakan. Andy menoleh ke kanan, ke arah Anis, Kak Ciknya. Satu senyuman cuba diukir pada bibir namun hambar. Wajahnya diraup dengan tangan.

“Dah sampai…” Ujar Anis. Andy mengangguk.

“Jom.” Ajak Anis lalu membuka pintu kereta. Andy menghela nafas lalu dilepaskan perlahan. Pintu kereta dibuka lalu dia pun keluar. Last edited by Nicki_Meow on 21-7-2014 02:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 10:42 AM | Show all posts

Hi nicki..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 10:43 AM | Show all posts
UsuFie posted on 21-7-2014 10:42 AM
Hi nicki..

Hi Usu....Muahhh....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 10:44 AM | Show all posts
Jam menunjukkan pukul satu pagi. Suasana di hospital agak hening. Ketika melangkah masuk, kelihatan beberapa jururawat dan pegawai hospital sedang menjalankan tugas.

Kehadirannya bersama Anis disedari. Tiga orang jururawat yang sedang berkumpul di kaunter memandang ke arahnya, lama. Dan kemudian, mereka mula berbisik-bisik. Seorang jururawat menguntum senyum. Andy membalas dengan senyuman dan satu anggukan sahaja. Dia sudah terbiasa dengan keadaan itu. Sudah terbiasa menjadi perhatian orang ramai. Kalau dulu, kehidupan sebegini yang dia mahu. Hidup di puncak populariti. Ke mana saja dia pergi, pasti ada yang memerhati. Popular dan glamour, membuatkan dia leka dan alpa dengan dunia. Keluarganya terus dilupakan.

Namun ketika ini, betapa dia berharap segala perhatian itu lenyap. Betapa dia berharap, tiada sesiapa yang mengenalinya kala ini.

Andy berjalan perlahan, mengikut langkah Anis dari belakang. Sesekali, nafas berat dilepaskan dari mulut. Emosi bercampur-baur. Rasa bersalah, segan, takut, malu dan pelbagai lagi rasa bagai menyesakkan dadanya. Sekuat hati sehabis daya, dia cuba membuang rasa itu dari dalam diri.

Ini mungkin kali terakhir dia dapat berjumpa dengan mama. Betapa dia berharap masih ada kesempatan untuk dia memohon ampun segala dosanya pada mama. Pada keluarga...

Mama…

Satu lagi keluhan berat dilepaskan. Langkahnya terhenti secara tiba-tiba.

“Andy…”

Andy mengangkat muka ke arah  Anis. Anak mata Anis merenung tepat ke anak matanya. Andy menunduk. Pandangan Anis tak mampu dilawan.

“Andy. Andy kan dah janji dengan Kak Cik…” Suara Anis menusuk gegendang telinga. Andy hanya angguk dua kali tetapi kakinya tetap terpaku di lantai.

“Andy…” Suara Anis semakin sayu.

“Kak Cik…macam mana…kalau…” Andy berkata, tersekat-sekat.

“Kalau…?”

“Kalau mama tak nak jumpa Andy?”

Anis melepaskan keluhan. Matanya kekal memandang Andy yang tertunduk.

“Kak Cik yakin, mama mesti nak jumpa Andy. Mama rindukan Andy sangat-sangat. Kami semua rindukan Andy…”

“Iya ke?” Andy memandang Anis sambil tersenyum…kelat. “Along belum tentu boleh terima…”

“Kita adik-beradik, Andy. Along tu, mulut aje yang bising. Tapi Kak Cik yakin, dia pun sayang Andy.”

Senyuman kelat masih terpamer di bibir Andy.

“Jomlah Andy, kita pergi jumpa Mama.” Anis memujuk. Sejak dari semalam dia berusaha memujuk. Bukan sejak semalam, sejak enam bulan lepas. Sejak Puan Aina disahkan menghidap barah payu dara. Syukur, pujukannya membuahkan hasil. Andy berlembut hati juga akhirnya.

“Mama…” Anis mencari kekuatan untuk berkata. “Mama belum sedar lagi, Andy. Lepas operation pagi semalam, mama tak sedar-sedar sampai sekarang.” Anis menahan sebak.

“Jadi…Kak Cik harap sangat…pergilah jumpa mama…sebelum…mana tahu...tak sempat...” Air mata Anis gugur, tak mampu meneruskan kata-kata.

“Kak Cik…” Andy memanggil perlahan. Kepalanya dianggukan beberapa kali kepada Anis tanda dia akan menurut. Anis menyeka air matanya dengan tapak tangan. Andy memaut bahu Anis lalu mereka beriringan menuju ke arah lif. Last edited by Nicki_Meow on 21-7-2014 02:53 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-7-2014 10:50 AM | Show all posts
@cmf_conan   Thanks for tacangs....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 11:13 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-7-2014 10:50 AM
@cmf_conan   Thanks for tacangs....

welkem! takdek cerkot lagi nicky sblm raya ni?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 11:22 AM | Show all posts
Parking!



Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 11:55 AM | Show all posts
wah! Nicki dah mai dah! sambung lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 12:34 PM | Show all posts
permulaan yg menarik TT... tak sabar nak tau sambungannya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 01:40 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-7-2014 10:50 AM
@cmf_conan   Thanks for tacangs....

contest kan?? best2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 03:21 PM | Show all posts
@cmf_conan   Cerkot... tak ada idea...

@sarizu  No parking rate. It's free....

@Ipo Saja nak meriahkan bod. Hehehe..tak menang takpe. Janji tacang masyuk....

@Zamzam2013 InsyaAllah, sebelum cuti raya boleh habis.

@NaylaArisha Haah, untuk contest. idea datang out of no where.

Thanks for reading....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 03:24 PM | Show all posts
“Assalamualaikum…” Anis memberi salam setelah menolak daun pintu Wad yang menempatkan Puan Aina.

“Andy…” Anis memanggil apabila Andy tercegat sahaja depan pintu. Dengan langkah berat, Andy masuk mengikut Anis.

Berat, bukan kerana dia tak sudi menjengah mamanya. Berat kerana dia terasa berdosa atas perbuatannya yang lalu.

Malu. Malu seandainya tiada lagi ruang untuk dia kembali kepada keluarga setelah bertahun keluarganya dilupakan.

Pilu. Sebak mengenangkan sikap tidak mengenang budinya pada waktu dahulu.

Semangatnya dikuatkan. Andainya pada saat ini, dia dihamun dan dimaki, biarlah saja. Dia rela…

“Tak ada orang rupanya…” Anis berkata sendiri setelah mendapati wad itu kosong. Sangkanya, Encik Hassan, Azreen dan Nazri, abang iparnya ada menemani Puan Aina.

“Andy…” Sekali lagi Anis memanggil. Andy kelihatan terdiam kaku memandang Puan Aina yang terbaring. Wajah Andy sudah bertukar riak. Sayu sehingga Anis sendiri mula terasa kolam matanya bertakung lagi.

Andy meraup wajahnya berkali-kali. Terasa tapak tangannya basah. Hati berkocak. Nafas ditarik berkali-kali, cuba menenangkan diri.

Dengan langkah perlahan, dia menghampiri Puan Aina. Kerusi di tarik lalu dia melabuh duduk di sebelah katil.

“Assalamualaikum ma…” Andy menelan liur. Sukar sekali untuk dia berkata-kata ketika ini. “Andy dah balik…” Sebaknya ditelan. Dia memandang Puan Aina di pembaringan. ALat bantuan pernafasan terpasang di mulut dan hidungnya. Dada Puan Aina bergerak dalam rentak perlahan, menandakan masih ada nyawa dalam jasad. Wajah tenang saja namun pucat.

“Andy…” Nafas dihembus berat. “Andy dah balik. Andy minta maaf sebab dah lama tak jumpa mama…” Tangan Puan Aina diraih dan digenggam kejap. Tangan itu dibawa ke bibir lalu dikucup.

“Minta maaf ma…”

Suasana hening.

“Mama tak sedar yang dia ada kanser. Bila dapat tahu, rupanya dah mula teruk. Rawatan kimo tak berkesan. Tak ada pilihan, doctor suruh buat operation untuk buang kanser tu.” Anis memecah sunyi. Dalam sayu, Anis menerangkan kepada Andy yang masih tunduk memejam mata. Tangan Puan Aina tetap dalam gengaman adiknya itu.

“Doktor kata, operation went well. Tak ada komplikasi. Mama patut dah sedar awal-awal lagi. Tapi, tak tahu kenapa….sampai sekarang, mama belum bangun…” Anis menyambung kata apabila Andy kekal diam.

Anis menyapu air mata yang turun.

“Ma...Andy dah balik. Bangunlah ma. Mama tak nak jumpa Andy ke? Mama marah Andy lagi ke?” Suara Andy seakan berbisik. Saat ini, ulahnya bagaikan seorang kanak-kanak yang mahukan ibunya kembali.

Memang dia mahukan mamanya kembali.
Last edited by Nicki_Meow on 21-7-2014 04:10 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 03:45 PM | Show all posts
“Assalamualaikum...” Tiga suara memberi salam. Anis menoleh.

“Waalaikumussalam.” Jawab Anis. Kelihatan Encik Hassan, Azreen dan Nazri terpacul di pintu wad.

Andy masih kekal membatu seperti tadi. Tenggelam dalam perasaan. Tidak sedar akan kehadiran orang lain di dalam bilik ini.
Anis memandang ke arah Azreen. Riak wajah Azreen berubah.

“Along…” Segera Anis bersuara, memberi amaran agar Azreen tidak memulakan sebarang provokasi. Dia tahu, Azreen masih lagi menyimpan rasa marah pada Andy.

Anis mara menghampiri Andy. Bahu Andy ditepuk perlahan. Andy mengangkat muka.

“Abah…Along…” Pendek saja Anis memberitahu kehadiran abah dan alongnya pada Andy. Andy berpaling ke belakang.

Tiga pasang mata merejam tepat ke matanya. Andy menarik nafas panjang.

Abah masih tidak berubah walau telah meningkat usia. Masih sihat dan kuat seperti dulu. Namun, saat ini kesayuan tergambar jelas di wajahnya.

Andy memandang ke arah lelaki di sebelah Encik Hassan. Itu pastinya Nazri, abang iparnya. Azreen telah bernikah tahun lepas tapi dia langsung tak mahu menghadirkan diri. Keras hatinay diturutkan.  Tetapi, walaupun telah meninggalkan rumah, dia sebenarnya masih menerima khabar dalam diam akan perihal keluarga.

Andy memandang pula kepada Azreen. Wajah Alongnya keras. Nampak benar yang Alongnya masih menyimpan amarah. Terdetik sedikit rasa menyesal kerana menghadirkan diri namun segera dibuang jauh.

Andy berpaling semula kepada Puan Aina. Dia bangun sedikit, mendekatkan bibirnya pada telinga Puan Aina.

“Andy nak jumpa abah dengan Along sekejap. Nanti Andy teman mama lagi…” Andy berbisik.

Andy bangun, menegakkan diri. Teragak-agak sedikit namun dia menetapkan semangat agar tidak goyah. Dia berjalan perlahan ke arah Encik Hassan, Nazri dan Azreen.

Di hadapan mereka, dia berdiri tegak. Kaku. Tak tahu apa yang perlu dikatakan setelah tiga tahun menyepikan diri. Tidak tahu bagaimana mahu bereaksi setelah lama tak bertemu.

Last edited by Nicki_Meow on 21-7-2014 03:52 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai sedihnya... Sabar ya andy... Semoga tabah menghadapi ujian ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2014 08:29 AM | Show all posts
“Ab…abah…” Andy tergagap –gagap menyapa. Tangan dihulur kepada Encik Hassan. Terasa sedikit menggeletar. Matanya dihala ke bawah. Tak mampu bertentangan.

Tangan yang dihulur terasa bersambut. Hati dipaut rasa lega. Sekurang-kurangnya, abah tidak mengahalaunya. Andy mengangkat muka. Barulah dia berani hendak memandang wajah Encik Hassan dengan lebih lama. Tangan Encik Hassan digenggam kuat. Betapa dia ingin memeluk abahnya. Ingin memohon maaf atas keterlanjurannya. Ingin sekali meminta agar malam ini, dosanya diampunkan. Bibirnya bergerak-gerak, ingin menyatakan sesuatu namun tiada suara yang keluar.

Akhirnya, hanya satu keluhan nafas yang terlepas.

Encik Hassan menepuk bahu anak bongsunya itu beberapa kali. Dia sendiri bagai terkunci lidah untuk mengucapkan kata-kata lalu hanya itu yang termampu dilakukan. Sedikit pun dia tidak menyangka, akan bertemu anaknya itu di sini, malam ini. Mata Encik Hassan menghala ke arah Anis. Anis hanya senyum hambar, mengharapkan agar Encik Hassan berkata sesuatu sebagai tanda penerimaan semula Andy dalam keluarga.

“Kamu sihat?” Soal Encik Hassan. Itu saja yang terbit dalam mindanya ketika ini. Andy mengangguk, tak bersuara. Encik Hassan mengukir senyum kecil dibibir.

“Baguslah…” Sambung Encik Hassan. Bahu Andy ditepuk lagi. Genggaman terlerai.

“Bang…” Andy menghulur tangan pada Nazri. Nazri senyum dan menyambut salam. Perihal Andy sudah lama diketahui. Namun saat ini, Nazri merasakan tidak perlu untuk dia mencampuri masalah dalaman keluarga Azreen. Apatah lagi untuk menghakimi sikap dan peribadi adik iparnya ini. Andy sudah terbuka hati mahu menjengah ibu mertuanya, bukankah itu satu petanda baik? Doanya agar Andy benar-benar mahu berubah.

“Along…” Andy menghulur tangan pada Azreen. Azreen tidak menyambut. Malah wajahnya kelihatan dingin sekali. Andy menggelengkan kepala. Sesalan terasa menghambat jiwa. Dia langsung tidak menyalahkan Azreen kerana bersikap begitu. Andy sedar, semuanya berpunca dari silapnya sendiri.

“Along…” Andy memanggil lagi.

“Buat apa kau datang sini?” Keras Azreen menyoal. Andy menarik nafas. Memang benarlah tekaannya. Panas hati Azreen belum lagi reda lagi.

“Kak Cik cakap…mama…tak sihat…”

Azreen mengangkat kening. Wajahnya mencuka.

“Andy nak jumpa……nak…minta maaf…pada…semua…” Tersekat-sekat Andy berkata.

“Sekarang baru kau nak datang? Bertahun lepas…ada kau datang jumpa kami? Mama dah terbaring macam tu…baru kau terhegeh-hegeh tunjuk muka. Dah tak ada makna lagi…” Suara Azreen agak tinggi.

Andy memejamkan mata, menarik nafas lagi. Walaupuan reaksi Azreen dapat diagak, dia masih menyimpan sedikit harap, agar tekaannya silap.

“Janganlah macam ni...Along. Tak boleh ke kita berbincang elok-elok?” Andy berkata.

Azreen senyum. Sinis sekali. “Sejak bila kau pandai bercakap guna otak?”

Andy diam kali ini, tidak menjawab. Tidak mahu menambah minyak pada api yang menyala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 09:05 AM | Show all posts
“Kau tak payah nak tunjuk baiklah, Andy. Bukan kau sendiri pernah cakap, kau tak perlukan kami? Kau dah tak nak ada kena-mengena lagi dengan kami. Mati sekalipun, kau tak ingin datang jengah. Sekarang ni, buat apa datang?” Bertubi-tubi, Azreen menembak soalan.

“Along…” Suara Anis menekan, memberi amaran. Tidak mahu usahanya memujuk Andy untuk kembali ke pangkuan keluarga terus jadi debu dek sikap Azreen.

“Aku nak minta maaf…”

“Baru sekarang kau nak mintak maaf? Atau kau cuma berlakon? Maklumlah…nama pun artis.”

Andy menghembus nafas kasar. Sindiran tajam Azreen terasa menusuk terus dalam dada.

“Aku nak jumpa mama…” Andy berkata, cuba mengawal perasaan pada masa yang sama. Sudah mula terkesan dengan sikap kasar Azreen. Sabar. Itu yang dia cuba buat. Sabar.

“Tak payah! Kami semua boleh jaga mama. Kau boleh balik. Jangan datang lagi.” Keras Azreen meningkah.

“Azreen.” Encik Hassan bersuara. “Cuba bertenang, Istighfar banyak-banyak. Inikan bulan Ramadhan…”

Azreen tidak mebalas. Masih merenung tajam ke arah Andy.

Andy mengeluh. Jika dulu, dia pasti akan melawan kata-kata Azreen. Tapi, tidak hari ini. Dia sudah bertekad untuk berubah jadi dia perlu bersabar dengan dugaan sekecil ini. Azreen membenci kerana silap dia sendiri. Dia yang terlalu mengikut kata hati satu waktu dulu. Dia yang cetek akal membuat percaturan hidup. Dangkalnya pemikiran dia ketika itu.

Selayaknyalah Azreen menghamburnya dengan pelbagai kata-kata pedih.

“Along…”

“Dulu kau langsung tak ambil kisah tentang kami. Kenapa baru sekarang nak tunjuk muka?” Belum sempat Andy meneruskan bicara, Azreen pantas memintas.

Andy kehilangan kata-kata. Cekalkan hati untuk bertahan. Sabar…itu kata kunci. Bukankah sabar itu sebahagian dari iman?

“Sabarlah Along. Andy nak minta maaf tu…” Anis menghampiri Azreen. Bahu Alongnya dipaut dan diusap.

“Kenapa baru sekarang dia nak datang? Kenapa tak dari dulu?” Azreen menyambung kata. Dan secara tiba-tiba, air mata Azreen turun.

Masih sukar untuk Azreen melupakan sikap Andy dahulu. Setiap hari dia berhadapan dengan mama yang kerinduan. Abah, walaupun tidak pernah menyebut nama Andy sejak adiknya memutuskan pertalian keluarga, Azreen tahu yang abah menelan semua rasa pedih sendirian. Abah tak mahu menunjukkan perasaanya depan mama supaya mama tidak bertambah pilu. Itu yang Andy katakana mama dan abah pilih kasih?

Berita tentang Andy hanya dapat di dengari dari media massa dan media sosial. Andy tidak pernah menjengah mereka. Malah Andy tidak pernah langsung menyebut tentang keluarga. Kononnya kejayaannya adalah atas hasil usaha sendiri. Keluarga bagai tidak pernah wujud pada Andy.

Bukan mahu menumpang tuah. Apatah lagi harta-benda. Yang dia mahu, Andy kembali kepada keluarga. Sekurang-kurangnya, menawar kerinduan mama dan abah. Tapi itu tidak pernah berlaku.

Tidak sehingga hari ini. Di saat mama sudah terlantar sakit. Mungkin akan pergi bila-bila masa. Sudah terlambat, bukan?

“Kenapa kau sanggup buang kami?” Azreen bersuara lagi. Kali ini, lebih sayu.

"Sebab dulu, aku bodoh. Lagi suka ikut kata hati." Jawab Andy.

Selepas itu, suasana menjadi sepi. Tiada sesiapa yang mahu bersuara.
Last edited by Nicki_Meow on 22-7-2014 09:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 09:16 AM | Show all posts
alahai... kesiannya andy... kerana kebodohan sendiri... along tak nak maafkan dia...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 11:10 AM | Show all posts
Andy merasakan, dia perlu mencuri masa, mencari sedikit ketenangan. Berhadapan dengan Azreen yang menyinga, dia risau seandainya dia turut sama berkasar. Adalah lebih baik seandainya dia membiarkan hati Azreen sejuk terlebih dahulu. Berbincang dalam keadaan marah, tidak akan membawa sebarang hasil.

Andy melangkah, daun pintu ditolak lalu wad ditinggalkan.





Di satu sudut, di hujung laluan tidak jauh dari wad yang menempatkan Puan Aina, Andy melabuh duduk disebelah tingkap. Dia mahu sendirian mencari tenang seketika. Lama dia termenung, menyoroti kisah hidupnya tiga tahun lalu.

Perhatian dan kasih-sayang. Selama ini, itulah yang dia hajatkan. Itulah juga yang dia dapat. Kemasyhuran dan populariti pula, menjadi bonus dalam penemuannya.

Iya, benar. Dia dapat apa yang dimahukan. Menjadi perhatian ramai tatkala keluarganya sendiri dibelakangi. Kononya mahu membuktikan, tanpa keluarga sekalipun…dia mampu mendapat apa yang diimpikan. Marahkan keluarga yang kononnya pilih kasih, dia mengasingkan diri. Mahu buktikan kepada keluarga bahawa dia boleh hidup tanpa mereka.

Cetek akal. Tidak matang. Dangkal fikiran. Itulah dia.

Dua tahun dulu, nama Andy Hassan menjadi sebutan ramai. Bukan mudah untuk dia mencapai status bintang itu. Terpaksa bekerja keras siang dan malam. Jika dulu, dia tidak pernah mempunyai disiplin diri, namun setelah menjadikan lakonan sebagai periuk nasi, dia melatih diri agar menepati masa. Belajar memekakkan diri dengan kata-kata kurang enak.

Ingat senang menjadi pemeran?

Bermula dengan drama bersiri lakonannya yang meletup di kaca TV, dia mula meraih perhatian. Bakat yang dia ada diperakui. Bukan sedikit pujian yang diterima. Komen dari khalayak pembikin filem mengatakan lakonannya ada jiwa. Natural dan bersahaja. Dan dari situ, dia mula menempa nama sebagai pemeran. Drama lakonannya pasti ditunggu-tunggu. Peminatnya ramai, tak kurang juga yang membenci.

Penat lelah hanya berbaloi jika hasilnya mendapat penghargaan. Dalam pada pujian, kejian juga menjadi makanan. Asam garam hidup anak seni katanya.

Alpa dan leka dalam meniti populariti. Berjaya dalam kerjaya namun rohaninya tidak terisi. Disiplin ketika bekerja namun disiplin seorang muslim ditinggalkan. Walau diulit keseronokan, menjadi perhatian, dia sebenarnya tidak pernah mengecap erti bahagia. Jiwanya sentiasa resah. Wang ringgit yang diperoleh tidak memberi sebarang makna. Tidak pernah dia merasa erti kebahagian yang sebenarnya.

Kosong hati. Kosong jiwa.

Lalu, dia cuba memulakan pencarian baru. Mencari kembali dirinya yang hilang. Cuba mencari sisi lain sebuah kehidupan. Dunia pemeran ditinggalkan dan sedikit demi sedikit, namanya mulai tenggelam. Bintangnya semakin malap walaupun adakalanya, masih menjadi perhatian.

Menyesal, tidak sama sekali. Tekadnya dibulatkan walau ada sesekali, terasa goyah juga melihat ringgit di akaun simpanan tidak lagi sebanyak dulu.

“Astarghfirullahhaladzim…” Istighfar terucap.

Wajah Puan Aina yang pucat terbayang di ruang mata.

Masihkah ada kesempatan untuk dia memohon ampun pada keluarga?

Ya Allah, Engkau rahmatilah ibu ku.  Aku pohonkan rahmat Mu dan keampunan Mu untuknya. Anugerahkan ganjaran Mu diatas kesabarannya yang telah membesarkan aku.

Engkau kurniakan kepadanya darjat yang tinggi di sisi Mu diatas ketabahannya menanggung kesedihan dan kekecewaan  dengan perangai aku yang menyakit kan hatinya, mengaibkannya dan berbagai-bagai perbuatan ku.

Ya Allah, anugerahkan kepada semulia-mulia tempat di sisi Mu kerana dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan diatas setiap pengorbanannya dari ku. Berikanlah aku kesempatan untuk menebus kembali segala salah dan silapku kepadanya, Ya Allah.

Ya Allah, andainya sudah tiba masa untuk ibuku pergi, kau permudahkan lah dia  ketika menghadapi sakartul maut dan lepaskan dia dari  di hisab. Engkau masukkan lah dia kedalam golongan orang-orang yang dapat bertaubat sebelum mati, mendapat rahmat Mu ketika mati dan mendapat keampunan Mu sesudah mati. Jangan lah Engkau biarkan dosa-dosanya melainkan Engkau ampunkan jua.

Dia orang berdosa namun saat ini, betapa dia mengharapkan pengampunan dan doanya dikabulkan.

Dia orang berdosa. Tapi dia tahu, Allah itu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Dan saat ini, hanya pada Allah dia meminta.

Andy meraup wajah. Air mata ditahan dari gugur.

“Andy…”

Satu suara lembut menyapa telinganya. Andy menoleh ke kiri. Tercengang sedikit.

“Mama….?”

Senyuman lembut terukir di bibir Puan Aina.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:31 AM GMT+8 , Processed in 0.431820 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list