CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Contest: CERPEN - Ramadhan ini...Dia Kembali (TAMAT)

[Copy link]
Post time 22-7-2014 01:41 PM | Show all posts
betul ke mama andy... atau rohnya sahaja yg berjumpa dgn andy... TT... sambung lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 11:19 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 21-7-2014 03:21 PM
@cmf_conan   Cerkot... tak ada idea...

@sarizu  No parking rate. It's free....

tak apa Nicki... yg penting bod meriah
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:14 AM | Show all posts


seronok baca cerita nicki...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 10:27 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 22-7-2014 01:41 PM
betul ke mama andy... atau rohnya sahaja yg berjumpa dgn andy... TT... sambung lg...

Jeng jeng jeng...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 10:27 AM | Show all posts
UsuFie posted on 23-7-2014 11:14 AM
seronok baca cerita nicki...

Seronok? Bukan cerita sedih ala2 cerita Rashid Sibir ke Usu?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 10:29 AM | Show all posts
“Macam ma..na…mama…boleh…mama..kan…tak sihat?” Ayat Andy tersekat-sekat.

“Dengan izin Allah.” Puan Aina menjawab. Andy memandang wajah Puan Aina. Kelihatan jauh lebih sihat dan segar dari tadi. Dan kemudian, Andy turut tersenyum.

“Kenapa kamu duduk sorang-sorang kat luar ni?” Soal Puan Aina.

“Along…marah.” Seumpama anak kecil yang mahu mengadu, Andy menjawab. Kemudian, dia tertawa dengan ulahnya sendiri.

“Along kamu tu, mulut aje yang bising. Tapi hati dia baik. Kalau dia marah pun, itu untuk kebaikan…” Lembut Puan Aina memujuk. Andy terangguk-angguk.

“Dia yang banyak berkorban, Andy. Dia belajar sungguh-sungguh bukan sekadar nak banggakan keluarga aje, tapi dia nak jadi contoh pada adik-adik dia. Along kamu sanggup tolak tawaran kerja kat New Zealand dulu sebab nak tolong abah. Dia tak pernah fikirkan pasal diri dia sendiri. Apa yang dia buat semata-mata untuk keluarga. Mujur dia dengar nasihat abah kamu untuk terima Abang Nazri kamu tu. Kalau tidak, mama rasa sampai sekarang dia tak kahwin-kahwin lagi…”

Andy senyum kelat mendengar kata-kata Puan Aina. Kalau dulu, mungkin dia akan mempertikaikan apa saja kata-kata mamanya tapi kini, tidak lagi. Seiring dengan usia, dia kini lebih matang dalam berfikir. Dia akui hakikat itu.

“Andy minta maaf...ma. Andy tahu, apa yang jadi dulu, salah Andy sendiri. Andy tak patut ikutkan hati sampai sanggup…buang keluarga.” Andy meraup wajah. Kekesalan menghimpit jiwa apabila mengenangkan waktu silam. Sejak dari awal lagi, dia yang tersilap langkah. Terlalu mengikut hati. Terpengaruh dengan rakan-rakan yang lebih banyak membawa keburukan dari tauladan. Kononnya rasa tersisih sedangkan, diri sendiri yang terlalu sempit pemikiran.

Malu pada diri sendiri. Malu pada keluarga. Malu pada…Tuhan.

“Kadang-kadang mama rasa, mungkin silap tu datang dari mama sendiri. Mungkin, mama tak sedar yang mama tak beri perhatian pada kamu sampai kamu terasa hati dengan keluarga. Mama minta maaf ya....”

“Mama…” Andy lantas memandang wajah Puan Aina. Lama. “Jangan cakap macam tu. Tolong…” Wajahnya diraup sekali lagi. “Yang salah tu Andy, ma. Bukan Along, bukan abah, bukan Kak Cik. Bukan mama. Yang salah tu…Andy…” Tangan ditekup ke wajah.

“Andy minta maaf-banyak-banyak. Andy akan buat apa saja untuk tebus dosa Andy pada keluarga…”

“Mama dah lama maafkan kamu. Setiap kali mama sujud, sebelum mama pejamkan mata, mama mohon pada Allah supaya semua dosa kamu diampunkan. Mama tak sanggup kalau anak mama jadi anak derhaka. Kamu, Along, Kak Cik semua anak-anak mama. Harta yang tak ternilai pada mama, pada abah. Doa kamu semualah nanti yang akan bantu kami di sana nanti…”

“Mama…” Andy tak terkata. Mata mula berair.      

Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.

Masih bertatih mencari keredhaan Tuhan. Masih merangkak untuk berubah. Mampukah doanya membantu orang tuanya di sana nanti?

Bagaimana kalau dia yang pergi dulu?

Tiba-tiba terasa gentar dalam hati. Dengan dosa yang menggunung, macam mana nak menghadap mati?

Bila sampai masa, ianya akan datang jua. Tak akan cepat walau sesaat, tak akan lambat walau sesaat.

Macam mana kalau tak sempat…Ya Allah…
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-7-2014 10:30 AM | Show all posts
“Baguslah kalau kamu nak berubah, Andy.” Tiba-tiba saja Puan Aina bersuara, bagai memahami fikiran Andy. Andy tak menyahut dan mereka terdiam buat beberapa ketika.

“Terima kasih sebab sudi datang tengok mama…” Ada nada sayu terluah tatkala Puan Aina bersuara lagi. “Dulu, kalau mama nak lepaskan rindu, mama cuma boleh tengok kamu kat TV je…

“Mama…” Pantas Andy memegang tangan Puan Aina. Sejuk. Segera tangan Puan Aina diusap. Mungkin kerana penangan penyaman udara, mungkin juga kerana suhu waktu awal pagi menyebabkan tangan Puan Aina sejuk.

“Andy dah lama nak balik. Tapi…”

“Tapi?”

“Entahlah mama.” Andy mengeluh. “Takut…”

“Takut kenapa?”

“Takut kalau mama dengan abah tak nak terima Andy lagi…”

“Kamu anak mama, Andy. Besar macam mana silap kamu sekali pun, akan tetap mama ampunkan.”

Andy mendiamkan diri. Genggaman pada tangan Puan Aina dieratkan. Dia sudah minta maaf, berkali-kali hingga tak terucap lagi.

“Mama selalu berdoa supaya hati kamu terbuka untuk pulang. Nampaknya, doa mama pada bukan Ramadhan ni, dimakbulkan. Kamu janganlah pergi lagi, Andy. Mama harap sangat keluarga kita dapat bersatu semula…”

“Mama…” Andy menarik nafas. “Andy dah balik. Andy takkan tinggalkan mama lagi. Andy tak akan tinggalkan keluarga kita. Andy tak sempat nak jaga mama sebelum ni. Andy nak tebus balik silap Andy.”

“Alhamdulillah. Lega hati mama dengar kamu cakap macam tu. Jadi, kalau mama pergi sekali pun…mama boleh pergi dengan tenang.”

“Mama. Jangan cakap macam tu. InsyaAllah…mama okay. Semua akan okay.” Kata-kata Puan Aina segera dipintas. Tak sanggup rasanya mendengar kata-kata itu.

“Kalau dah itu kehendak Allah, siapalah kita untuk menidakkan?” Puan Aina membalas. Senyuman masih tidak lekang dari bibir.

“Mama…” Andy tunduk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 10:31 AM | Show all posts
“Affendy Hassan.”

Andy mengangkat muka tatkala terdengar nama penuhnya dipanggil. Wajah Anis muncul.

“Andy okay?” Soal Anis. Andy mengangguk sedikit.

“Andy berbual dengan siapa? Dari tadi Kak Cik tengok Andy bercakap sorang-sorang...” Anis bersuara lagi.

“Dengan mama.” Andy menjawab.

“Mama?” Wajah Anis bertukar riak. Kehairanan. “Mama kan dalam wad…”

“Tadi mama ada kat sebe…” Andy menoleh. Puan Aina tiada. Andy melihat tangannya. Terasa sejuk tetapi yang disentuh hanyalah kerusi besi yang menjadi tempat duduk. Serta-merta, terasa bulu romanya meremang.

“Kak Cik…bulan puasa, tak ada hantu kan?” Soalan bodoh terpacul dari mulut Andy.

“Apa kau merepek ni?” Anis membalas dengan soalan, kurang senang.

“Alhamdulillah. Lega hati mama dengar kamu cakap macam tu. Jadi, kalau mama pergi sekali pun…mama boleh pergi dengan tenang.”

Kalau dah itu kehendak Allah, siapalah kita untuk menidakkan?”


Kata-kata Puan Aina sebentar tadi kembali bermain dalam minda.

Dengan segera, Andy bangun dan tergesa-gesa meninggalkan Anis yang terpinga-pinga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 10:55 AM | Show all posts
alahai sedihnya... roh mamanya dtg menyapa andy... sayangnya mama pd andy...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 11:05 AM | Show all posts
selamat hari raya Nicki.... sambungan Nicki...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 08:37 AM | Show all posts
Nicki... tak habis beraya lg ke? bila nak sambung cite ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 11:54 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 25-7-2014 10:27 AM
Seronok? Bukan cerita sedih ala2 cerita Rashid Sibir ke Usu?


salah istilah ke usu ni?  
err...err...


hi nicki....selamat hari raya....



Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 05:14 PM | Show all posts
dugaan dalam kehidupan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 06:03 PM | Show all posts
nicki..... mana sambungan... x kan nay nak extend due date lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
NaylaArisha posted on 10-8-2014 06:03 PM
nicki..... mana sambungan... x kan nay nak extend due date lagi

Nak kene babab neh..
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2014 05:49 PM | Show all posts
Nicki loo nicki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 07:29 AM | Show all posts
@Nicki_Meow.... dimanakah anda... apa dh jadi pd andy ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2014 08:37 PM | Show all posts
Salam,

Sorry sebab lambat update.

Terikat dgn komitmen lain dan kekangan masa.

Sambung lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2014 08:38 PM | Show all posts
Andy bergegas ke wad yang menempatkan mamanya. Daun pintu wad ditolak sekuat hati lalu mengejutkan Encik Hassan, Azreen dan Nazri. Tiga pasang mata merejam tepat ke padanya dengan wajah tanda tanya. Andy langsung tidak menghiraukan pandangan itu. Matanya tertumpu ke arah katil.

Tubuh Puan Aina masih terbaring kaku di situ. Tiada tanda-tanda yang mamanya bangun dan meninggalkan wad ini.

Jadi, siapa yang datang berjumpa dengannya tadi?

“Andy…” Anis menerpa masuk. Nampak sedikit mengah kerana mengejar langkah Andu yang laju.

“Andy…” Anis memanggil lagi. Seperti tadi, Andy masih tidak menyahut.

Perlahan-lahan, Andy menghampiri katil. Wajah Puan Aina diteliti. Pucat. Andy meraup wajah. Jelas wajahnya keliru. Sebentar tadi, Puan Aina datang dalam keadaan segar dan ceria. Mereka berbual solah-olah Puan Aina sihat walafiat, tidak sakit. Walaupun sebentar, kerinduan yang dirasa terubat seketika.

Adakah dia sebenarnya berkhayal?

“Andy…” Kali ini, Encik Hassan pula bersuara. Agak resah juga melihat sikap Andy yang agak pelik pada perkiraannya.

“Tadi, mama datang jumpa Andy…” Andy menyahut tanpa berpaling. Matanya kekal terpaku pada wajah Puan Aina.

“Kau jangan nak mengarutlah. Mama…” Azreen meninggikan suara namun segera ditenangkan Nazri.

“Sayang…sabar.” Nazri menggenggam kemas jemari Azreen.

Andy menarik kerusi lalu melabuh duduk disebelah katil. Tangannya mencapai tangan Puan Aina lalu digenggam erat. Puan Aina bernafas tenang, dibantu oleh mesin jangka hayat. Lama Puan Aina diperhati.

Encik Hassan yang sedari tadi memerhatikan tingkah-laku Andy, mula bergerak. Andy dihampiri. Bahu Andy ditepuk. Andy menoleh pada Encik Hassan.

“Abah…Andy…”

“Abah tahu apa yang kamu nak cakap.” Encik Hassan memintas kata-kata Andy. Iya, dia tahu dan dia memahami. Penyesalan yang jelas kelihatan di wajah Andy menggambarkan segala-galanya.

“Andy minta maaf.” Untuk malam ini saja, sudah tak terkira permohonan maaf terkeluar dari mulutnya. Namun Andy merasakan, biar sejuta kali kata maaf yang keluar, masih belum mampu menjernihkan kembali apa yang berlaku.

“Abah dah lama maafkan kamu. Kami semua dah lama maafkan kamu. Kalaupun kami marah, tak bermakna kami bencikan kamu.” Ujar Encik Hassan.

Andy tak bersuara. Matanya kembali terarah pada Puan Aina, begitu juga Encik Hassan.

Terdiam seketika.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-8-2014 08:40 PM | Show all posts
“Kamu tahu Andy…” Encik Hassan memecah sunyi.

Andy kekal diam, menantikan abahnya meneruskan kata-kata.

“Setiap kali kamu muncul kat tv, mama kamulah orang yang paling gembira sekali. Dia kata, itu aje cara dia nak lepaskan rindu pada kamu…” Encik Hassan berkata. Andy menelan air liur namun dia terasa seperti menelan butiran pasir.

“Lepas tu, mama kamu selalu tanya abah…betul ke gossip kamu dengan pelakon Nellydia Senrose tu?”

Dalam sedih, Andy tergelak juga mendengar kata-kata Encik Hassan. Namun dia tidak menjawab. Tak penting rasanya untuk menjawab soalan itu pada saat ini.

“Lama kami tunggu kamu balik pada keluarga. Mama kamu pernah cakap dengan abah, kalau boleh…tahun ni dia nak beraya dengan semua anak-anak dia. Besar harapan dia kalau kamu balik jumpa keluarga, Andy... ”

Andy menarik nafas dalam-dalam.

“Lagi…mama kamu pernah cakap. Kalau umur dia tak panjang, dia nak jumpa kamu sebelum Allah panggil dia.” Encik Hassan menghentikan bicara. Sebak melihat wajah isteri tercinta. Tiga puluh enam tahun berkongsi hidup, sudah pasti dia pilu memikirkan keadaan Puan Aina yang kini kaku. Hanya nafas turun naik memberi tanda bahawa jasad itu masih bernyawa.

Andy meraup wajah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071305 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list