CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3490|Reply: 8

Tak cool 'awek cun' masuk DAP - ISMA

[Copy link]
Post time 21-7-2014 03:35 PM | Show all posts |Read mode

Tak cool 'awek cun' masuk DAP - ISMA

Jelitawan Young Syefura Othman menyertai DAP kerana merasakan parti itu “cool”.

Bagaimanapun, bagi Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), ia hanya menggambarkan “kejahilan”.

“Masa dahulu kita tidak boleh pandang lambang roket DAP kerana faham akan perjuangan Sosialis dan konsep Malaysian Malaysia parti itu, tapi kini sudah sampai ke tahap ada anak gadis Melayu, rasa 'cool’ dan sanggup berjuang dalam parti itu.

“Gadis-gadis itu kemungkinan besar akan diusung ke sana ke mari oleh pemimpin-pemimpin DAP untuk mempromosi bagi menggambarkan ia imej mesra Melayu dan Islam.


“Sebenarnya,itulah petanda-petanda kecairan dan reputnya jati diri dalam diri di kalangan sesetengah anak muda Melayu kini,” naib Presiden ISMA Abdul Rahman Mt Dali dipetik sebagai berkata.

Young Syefura, seorang gadis muda Melayu bertudung, baru-baru ini menyertai DAP sebagai anggota seumur hidup dan ditampilkan oleh laman web rasminya Roketkini sebagai “awek cun”.

Ungkapan itu bagi menggambarkan kecantikan Young Syefura, atau lebih dikenali sebagai Rara, kemudian ditarik balik selepas beberapa pihak tidak selesa dengannya.

Seolah tiada lagi gadis Cina


Penyertaan Rara, 25, dilihat sebahagian daripada agenda DAP mendekati golongan muda Melayu bagi mengikis tanggapan negatif “parti Cina” yang membelenggunya sekian lama.

Sementara itu, laporan laman web ISMA juga menyebut Abdul Rahman sebagai menyifatkan tindakan menonjolkan gadis Melayu dalam DAP sebagai taktik terkini, licik, nakal serta menjijikkan.

“Dalam pimpinan DAP mana ada orang Melayu, tetapi tiba-tiba mereka tonjolkan gadis-gadis Melayu yang dibahasakan ‘cun’ seolah-olah tidak ada lagi gadis-gadis Cina dalam parti itu yang paling perlu dihargai untuk ditonjolkan,” beliau dipetik sebagai berkata.

“DAP menggunakan gadis Melayu untuk menjadi topeng kepada wajah bahaya perjuangan parti itu terhadap kedudukan orang Melayu dan agama Islam.”

Katanya, fenomena penyertaan seorang lagi gadis Melayu selepas calon DAP dalam pilihan raya kecil Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud (atas) menunjukkan parti itu berjaya “memperdaya” anak Melayu.


Ia juga katanya, berlaku apabila kumpulan itu sejarah Melayu, kontrak sosial dan perjuangan DAP yang disertainya itu.
Last edited by faizalaka on 21-7-2014 03:36 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 05:50 PM | Show all posts
Cun awek ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 07:03 PM | Show all posts
mcm ni xsabar nak masuk DAP
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok posted on 21-7-2014 07:03 PM
mcm ni xsabar nak masuk DAP

masuk je lah dlm roket leh terbang ke angkasa...shoooottttttttt...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:08 AM | Show all posts
yellow naib Presiden ISMA Abdul Rahman Mt Dali ...tanya diri sondiri leh ...pa hai meke sik mau masuk Isama
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:31 AM | Show all posts
Apa kata tukar sikit slogan tu.. tak cun awek masuk DAP. so yang perasan cun konfem tak masuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2014 11:50 AM | Show all posts
cun awek ni boleh diketengahkan
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:49 PM | Show all posts
memang aweks ni sangat cun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 12:40 AM | Show all posts
org perempuan dipergunakan sebab mereka biasanya tak memberontak dan sgt patuh dgn arahan ketua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.091745 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list