CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9934|Reply: 139

[Tempatan] Restoran ikonik A&W Petaling Jaya akan diruntuhkan

[Copy link]
Post time 21-7-2014 03:56 PM | Show all posts |Read mode


Restoran makanan segera A&W di Petaling Jaya akan ditutup pada hujung tahun dan diruntuhkan untuk beri laluan kepada pembangunan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Julai, 2014.
Restoran makanan segera A&W yang menjadi mercu tanda di Petaling Jaya akan diruntuhkan selepas pemegang francais A&W Malaysia mengumumkan dua menara pejabat akan dibina di tapak bersebelahan stesen Putra LRT Taman Jaya, lapor The Edge Financial Daily.

Memetik kenyataan Pengarah Urusan Kumpulan KUB Malaysia Bhd Datuk Wan Mohd Nor Wan Ahmad, akhbar itu melaporkan pelan pembinaan kompleks yang akan dikenali sebagai Menara KUB diluluskan ahli lembaga pengarah syarikat.

"Ramai yang berminat dengan tanah itu. Menara itu dibina untuk menambah lagi kepelbagaian pendapatan kami dan membuka nilai potensi kawasan itu," katanya.

Beliau berkata, mengenai nasib A&W, restoran akan ditutup pada hujung tahun dan akan dibuka semula selepas bangunan baru disiapkan.
Beliau berkata, pasaran tanah berdepan Amcorp Mall itu kini dianggarkan bernilai RM25 juta.

Wan Mohd berkata, KUB tidak merancang untuk menjual rangkaian A&W memandangkan restoran itu mengaut keuntungan RM1.89 juta tahun lalu.

Francais yang dibeli daripada keluarga Lie Boff dari Amerika Syarikat pada awalnya dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Ia kemudian dibeli oleh KUB pada 2001 dan kini mempunyai 20 rangkaian di seluruh negara. – 21 Julai, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.5hvn4qmb.dpuf

alamak, nampaknya kena try makan kat sana la lepas ni, sebelum ni lalu jer tak pernah masuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 03:59 PM | Show all posts
banyakk kenangan kat A&W PJ ni
pes tyme dating situ
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
20 bijik je A&W kat malaysia ne.  Aduyaiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
A&W xde dlm list boycott kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:00 PM | Show all posts
Ohh NOOOOOO tempat kenangannnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:00 PM | Show all posts
nak pi situ lagi sblm ianya diruntuhkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2014 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ramai nak gi makan sana sebelum kena roboh.siapa la agak2 akan jadi pelanggam terakhir yg bertuah tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:01 PM | Show all posts
A and dabel ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 04:02 PM | Show all posts

Kat Johor nie ade lagi ke A&W??
Sedapnya air root beer die..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:03 PM | Show all posts
owh tidakkk.. banyak kenangan kat sini dr zaman sek kut.. syg nyerrr
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:04 PM | Show all posts
tempat lepak dulu kala

banyak kenangan tempat ni dan amcorp mall
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:04 PM | Show all posts
Teringin juga nak dating di situ

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:04 PM | Show all posts
huuuuuuu... ada satu terdekat kt alam damai drive tru gak..
plis jgn tutup... ayam dia doploh kali ganda lbh sdp dari mekdi okeh
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ada kat alamanda...tpi kena tutup dah. Rootbear float dia memang best. Buat sendiri guna aiskrim dan air yg sama pun tetap rasanya berbeza
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:05 PM | Show all posts
wah..aku banyak kenangan kat A & W ni..

dari zaman belajar sehinggalah kerja..selalu aku lepak kat situ.


Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Oooo sedih juga..bye bye in advance
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 04:07 PM | Show all posts
ok je A& W sebab bawah KUB syarikat Melayu punya kan so mmg tak ada isu nak boikot.Suka waffle ice cream A& W sedapnya!
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:07 PM | Show all posts
tempat aku tu. masa sekolah rendah, menengah. time hari kanak2 dorg yg sponsor kitorg. byk kenangan tu.. belajar kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:09 PM | Show all posts
mdmyana posted on 21-7-2014 04:02 PM
Kat Johor nie ade lagi ke A&W??
Sedapnya air root beer die..

Ada kat AEON Bukit Indah
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 04:10 PM | Show all posts
selalu lalu (dlm LRT). ada sebijik kat seksyen 7 shah alam, wangsa walk. dlm sunway piramid tak sure ada lagi ke tak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.198006 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list