CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4335|Reply: 21

[Tempatan] Perintah berkurung: Rakyat Sabah jangan panik

[Copy link]
Post time 21-7-2014 07:23 PM | Show all posts |Read mode



SEMPORNA - Penduduk daerah ini diminta bertenang dan tidak panik berikutan keputusan kerajaan untuk melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah.
   
Ahli Dewan Undangan Negeri, Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong berkata, keputusan kerajaan itu merupakan tindakan yang tepat pada masanya untuk memastikan keselamatan di kawasan tersebut lebih terjamin.
Katanya masyarakat di kawasan terbabit harus memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota pasukan keselamatan dengan mematuhi arahan dikeluarkan.
"Kita juga perlu memainkan peranan menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan maklumat sekiranya terdapat anasir-anasir yang cuba menggugat ketenteraman awam khususnya mengenai kemasukan pendatang asing tanpa izin," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka Puasa di Pulau Bumbum dekat sini, malam tadi.
Beliau berkata, perintah berkurung yang akan diumumkan itu bukan melibatkan semua kawasan dan sepanjang masa sehingga rakyat tidak boleh keluar rumah, tetapi ia hanya melibatkan kawasan dan masa tertentu sahaja.
Katanya langkah itu juga bertujuan untuk melengkapkan laluan yang telah ditetapkan selain memastikan ia tidak disalahgunakan oleh penjenayah dan penceroboh.
Jaujan turut menyarankan agar imam di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri Sulabayan mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan. - Bernama


[url=]

[/url]


Last edited by zjen on 21-7-2014 07:34 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2014 07:35 PM | Show all posts
Guru diminta patuhi arahan perintah berkurung


SEMPORNA - Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alip meminta agar guru yang bertugas di enam daerah di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) supaya mematuhi arahan perintah berkurung yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Beliau berkata para guru berkenaan juga perlu berhati-hati dan tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan pantai atau laut semasa arahan perintah berkurung itu, bermula pukul pukul 6 petang hingga 6 pagi.
"Saya minta mereka patuhi arahan itu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Kita perlu akur dan jangan sesekali melakukan seberang aktiviti seperti memancing di laut pada waktu malam," katanya ketika melakukan lawatan kerja ke Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul, dekat sini hari ini.
Sabtu lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengisytiharkan perintah berkurung bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi di kawasan perairan pantai timur Sabah bermula dari Tanjung Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau.
Kawasan perintah berkurung itu bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.  
Mengulas mengenai lawatan itu, Jame berkata ianya bertujuan untuk memantau dan melihat keadaan guru-guru serta pelajar di sekolah berkenaan.
"Tujuan kami datang ke sekolah ini juga ialah untuk memberi semangat kepada guru-guru yang mengajar di sini supaya mereka sentiasa mempunyai semangat tinggi untuk mendidik. Saya juga berharap insiden yang berlaku di pulau ini seminggu lepas tidak mematahkan semangat mereka," katanya.
Sementara itu, beliau bercadang agar pihak kementerian mengkaji elaun pedalaman di Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul yang kini dikategorikan sebagai pedalaman dua (P2).
"Keadaan di sini sangat berisiko kerana guru-guru sentiasa berhadapan dengan bahaya seperti keadaan ombak laut yang tidak menentu serta keadaan keselamatan terutamanya kes yang melibatkan jenayah rentas sempadan. Oleh itu saya cadangkan agar Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul dikategorikan sebagai pedalaman tiga (P3).
"Ianya bukan sahaja boleh menarik minat mereka (guru) untuk mengajar di sini, tetapi ia juga sangat penting untuk memastikan kebajikan guru berkenaan sentiasa terjamin," katanya.
Guru-guru yang bertugas di sekolah yang dikategorikan sebagai kawasan P3 diberi elaun tambahan sebanyak RM1,500, P2 RM1,000 dan  P1 pula sebanyak RM500. - Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 08:18 PM | Show all posts
aik takde jabatan kerajaan lain ke kat pulau mabul tu selain dari sekolah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 04:57 AM | Show all posts
bagus,  
itu la semangat jihad yg berpahala besar dlm bulan Ramadhan
semoga dpt menikmati bidadari
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:21 AM | Show all posts
Semoga anggota keselematan tabah menjalankan tugasan. Berjuanglah untuk agama dan negara tercinta.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:33 AM | Show all posts
garyura posted on 21-7-2014 08:18 PM
aik takde jabatan kerajaan lain ke kat pulau mabul tu selain dari sekolah?

ye.. situ pulau kecil sahaja... ada sekolah yg beroperasi di waktu malam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2014 11:10 AM | Show all posts
baru terbaca dlm surat khabar...si zahid kata dah nak tak guna kaedah defensive.....dia nak tukar kepada attacking....kalu betul bagus la....kalu asyik tunggu lawan dtg menyerang payah gak....kadang2 kena gak wat preemptive strike....kasi ajar skit.....kasi special force malaysia ni exercise skit....petik bicu rifle M4 Carbine dia org....kalu bkn skrang bila lagi nak dpt real life nyer shooting
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:15 AM | Show all posts
sidewinder posted on 22-7-2014 11:10 AM
baru terbaca dlm surat khabar...si zahid kata dah nak tak guna kaedah defensive.....dia nak tukar ke ...

kannnn...x salah kot klu kite start dulu...dah kite diceroboh..bknnyer kite menceroboh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 11:29 AM | Show all posts
kauado? posted on 22-7-2014 11:15 AM
kannnn...x salah kot klu kite start dulu...dah kite diceroboh..bknnyer kite menceroboh

patut nyer dah lama malaysia buat mcm ni......tp tu laa menteri2 kita semua nyer tido.....yg dia org tau paw duit negara je keje nyer....tiap2 tahun buat budget....bila ATM mintak budget beli peralatan perang yg canggih......kata tak de duit....nak spend duit lebih utk pendidikan la...kesihatan la....pembangunan infra la....tp tgk2 jln raya tak der laa bagus mana pun.....agak gak cacat dia...pastu rakyat kena byr lagi utk tu semua.....pastu mentali menteri2 yg berpendidikan business admin....account.....sastera....lawyer ni akan kata kita tk perlu senjata canggih sbb malaysia ini dihormati .....disegani....bla bla bla.....apa dia ingat nak lawan pengganas mcm ni cukup jer dgn air liur....berhujah .....berpidato agak nyer.....pengganas2 ni semua mana pakai hujah....undang2....air liur.......tgk singapore.....negara kecik tp dia among the best laa kat dunia utk ketenteraan dr segi peralatan laa....semangat tu tak pasti sbb tentera dia tak pernah terlibat dgn mana2 konflik sblm ni......even anta askar ke PBB pun tak penah rasa nyer.....tp malaysia ni askar dia dah fit dah dr segi mental dan fizikal tp tu laa equipment plak tak berapa nak mantap.....menteri ni ingat perang ni setakat ada semangat yg tinggi tanpa ada peralatan terkini boleh menang ke ?  
Last edited by sidewinder on 22-7-2014 11:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:56 AM | Show all posts
yang kena culik pelancong dan polis..bukan org awam...sepatutnya perinta berkurung pada pelancong dan polis kena lebih alert....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 12:00 PM | Show all posts


So dah leh tembak ke lom ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
cuti raya nak balit tawau pun sik best. raya dalam berkurung. :Q
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:16 PM | Show all posts
fcl29 posted on 22-7-2014 10:33 AM
ye.. situ pulau kecil sahaja... ada sekolah yg beroperasi di waktu malam...

ko biar betul sekolah mlm??? sekolah siang pun murid ramai ponteng sekolah mlm cikgu terjongok sorg2 hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:20 PM | Show all posts
Simunggu posted on 22-7-2014 11:56 AM
yang kena culik pelancong dan polis..bukan org awam...sepatutnya perinta berkurung pada pelancong da ...

follow jer la.....kang kena culik menanggis2 nak balik...nak celebrate raya.....satu hal plak nak gi selamat kan.....kang polis...tentera buat dek jer....kata polis...tentera am nyer kerajaan tak buat keje....tak berperikemanusian.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:22 PM | Show all posts
patut perintah berkurung kt kwsan byk berlaku mat rempit.

mana2 yg merempit, haruslah ditembak di totei,
biar terus putus keturunan..

takla menyusahkn umat lagi 10, 20 tahun akan datang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 06:26 AM | Show all posts
garyura posted on 21-7-2014 08:18 PM
aik takde jabatan kerajaan lain ke kat pulau mabul tu selain dari sekolah?

have u been there before this??
LOL...
ce google keluasan pulau tue..
n u think deeply jabatan ape ada kat sana??

#funnyPeople

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 07:41 AM | Show all posts
sidewinder posted on 22-7-2014 11:20 PM
follow jer la.....kang kena culik menanggis2 nak balik...nak celebrate raya.....satu hal plak nak  ...

rugi lah org tawau tak boleh raya di laut...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 10:30 AM | Show all posts
garyura posted on 22-7-2014 11:16 PM
ko biar betul sekolah mlm??? sekolah siang pun murid ramai ponteng sekolah mlm cikgu terjongo ...

aku tny budak2 bajau laut situ... die kate sekolah mlm... tp utk 2 jam je cmtu... tatau le betul ke tak, sbb masa die jwb dia malu2... ye la org luar, bahasa lain sket... tp malam2 boleh dgr dorg blajar nyanyi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:51 PM | Show all posts
fcl29 posted on 23-7-2014 10:30 AM
aku tny budak2 bajau laut situ... die kate sekolah mlm... tp utk 2 jam je cmtu... tatau le betul k ...

mungkin bukan sekolah kot...badan ngo buat kelas mlm utk basmi buta huruf....tak penah dgr lg kementerian pendidikan buat waktu persekolahan belah malam
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:55 PM | Show all posts
R.A.M.A_mirror posted on 23-7-2014 06:26 AM
have u been there before this??
LOL...
ce google keluasan pulau tue..

kecik je pulau mabul ni....aku ingatkan besar....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada Bezza pada 2023
ultra78'Raja Jalanan' Myvi tewas kepada
Views : 9488 Replies : 28
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 5956 Replies : 63
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6218 Replies : 20
Janji manismu
maklukpenggodaJanji manismu
Views : 25419 Replies : 2
Kekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon sewaktu ketibaan jenazah komander firdaus di masjid sungai nibong
YgBenarKekecohan Ada pemandu yg membunyikan hon
Views : 4714 Replies : 15
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 13226 Replies : 172
'Diam sajalah Sanusi'
maklukpenggoda'Diam sajalah Sanusi'
Views : 5021 Replies : 8
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 17996 Replies : 89
Betul ke tu….cinter?
stingerkentotBetul ke tu….cinter?
Views : 16382 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.746221 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list