CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong_II

[Tempatan] kenapa Zakat tidak sampai kpd org miskin?

[Copy link]
Post time 22-7-2014 10:34 AM | Show all posts
orang macam ni patut di bantu oleh pusat zakat/baitulmal..
tapi biasalah, mereka lebih banyak goyang tulur dalam opis..

----------------------------------------

Gelandangan : Kerana Islam Dia Dibuang Dari Keluarga
By Editorial July 21, 2014 : 2:59 am

Gelandangan Pakcik Amin



Kuala Lumpur – Susuk tubuh yang kurus, berwajah bersih dan polos tidak membezakan Amin Chong Abdullah, yang kini berusia lewat 60-an, daripada individu lain di ibu kota Kuala Lumpur yang kini bersiap sedia menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Setia dengan kopiah putihnya, Amin menjadi pengunjung setia setiap waktu solat di Masjid Jamek dan seakan tidak terganggu meskipun saban hari orang ramai memenuhi kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman yang terkenal sebagai bazar membeli-belah untuk persiapan perayaan umat Islam itu.

Perbezaan ketara yang dapat dilihat pada Amin adalah apabila menjelangnya waktu malam.

Berbekalkan beberapa kelengkapan asas seperti pakaian, dia akan merayau di kawasan terang di sekitar bandaraya mencari tempat berteduh untuk melelapkan mata bagi mengelakkan diganggu mereka yang tidak bertanggungjawab dan mengelakkan daripada disamun.

Sejak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur ketika berusia 40 tahun, sekitar 15 tahun lalu, Amin mula menjadi gelendangan apabila disisihkan keluarganya di Kampar, Perak apabila memeluk Islam.

Sejak itu, Amin berlegar-legar di kawasan sekitar Masjid Jamek menjalankan urusan sehariannya, termasuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kesusahan Amin mendapat perhatian pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ketika itu sedang mencari bahan untuk menyiapkan projek akhirnya dan kebetulan menemuinya sedang membaca Al-Quran di tengah-tengah jalan berhampiran Masjid Jamek.

Amin Aziz, 23, kemudian mencuba selama setahun setengah memujuk Amin menetap bersama keluarganya di Kelana Jaya, namun warga emas itu enggan.

Pada 2011, Amin dimasukkan ke hospital selama empat bulan, dan disahkan menghidap penyakit batuk kering, sekaligus keluarga pelajar itu berjaya memujuknya pulang ke rumah mereka untuk menjaganya.

Sejak itu, kehidupan gelandangan itu sedikit terbela apabila keluarga pelajar itu memperuntukkan sekitar RM500 sebulan untuknya menjalani kehidupannya.

Keluarga itu turut memberikannya tempat tinggal, malah mencarikan kerja untuknya meneruskan kehidupan di sebuah restoran.

Namun atas sebab-sebab tertentu, Amin berhenti daripada kerjanya.

“Saya cuba memujuk Pakcik Amin tinggal bersama kami selama setahun lebih namun dia enggan kerana tidak mahu menyusahkan kami.

“Tapi selepas dimasukkan ke hospital kami membuat keputusan untuk membawa dia pulang ke rumah dan mencarikan kerja untuknya,” kata Amin Aziz seperti yang dipetik dari Malaysian Insider.

Selepas lebih setahun bersama keluarga itu, termasuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 2013, mualaf itu bagaimanapun menghilangkan diri dan kembali menjadi gelandangan di Masjid Jamek.

“Kami menyiapkan keperluan Hari Raya Pakcik Amin, baju raya, semua kelengkapan dia kami siapkan. Tapi sejak tiga minggu lalu dia menghilangkan diri.

“Saya tidak tahu kenapa. Sejak itu jika dia nampak saya di kawasan Masjid Jamek dia akan menghilangkan diri,” kata Amin Aziz.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini berkata, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan bagi operasi dapur jalanan mengagihkan makanan kepada gelandangan yang kini memasuki fasa kedua dengan perbincangan membabitkan kementeriannya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal.

Dia berkata garis panduan yang akan disiapkan tidak lama lagi itu meliputi semua tuntutan daripada pelbagai pihak berkaitan.

“Kita sudah melepasi tahap pertama perbincangan bersama NGO dan kini kita sedang dalam proses berbincang dengan JKM dan Baitulmal.

Pelajar itu mengakui, Amin mampu meneruskan kehidupannya sebagai gelendangan melalui aktiviti dapur jalanan yang mengedarkan makanan percuma kepada golongan terbabit.

“Pakcik Amin beritahu saya, dia mampu terus hidup hingga hari ini kerana ada makanan percuma pada waktu malam yang diberikan dapur jalanan,” katanya.

Meskipun negara kini sibuk dengan persiapan menyambut Hari Raya, warga emas Amin kini masih lagi boleh dilihat berlegar di sekitar Masjid Jamek dan menjadi pengunjung setia setiap waktu solat.

“Dia pernah cuba kembali ke Kampar, tetapi keluarga dan penduduk kampungnya enggan menerima, malah menghalaunya,” kata pelajar itu.

http://www.suara.tv/?p=18402
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 10:35 AM | Show all posts
zakat x sampai ke tangan mereka yang memerlukan sebab pegawai2 dari pihak zakat sgt malas untuk keluar masuk kampung2 serta pendalaman untuk mencari mereka2 yang memerlukan bantuan... kena gi site kan panas.. duk opis ada aircond.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:36 AM | Show all posts
biaq dia pi sbb tu la dok jd bala bencana kt negara kita tu pun x reti pikiaq lg...bodo merpuitttt
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:48 AM | Show all posts
tungkai posted on 22-7-2014 09:13 AM
Since ada audit, boleh dapatkan report 2012 punya? Thanks..

Kenapa forummer kat sini malas google.
Pelik sungguh.
Tapi di bulan puasa ni sila rujuk di sini.
http://www.e-zakat.com.my/laporan-lzs/
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:52 AM | Show all posts
Orang kaya terus kaya, orang miskin terus miskin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:02 AM | Show all posts
Acong_II posted on 22-7-2014 07:33 AM
KEPALA BANA APA GAJI RM300 DIANGGAP KAYA?

Itu kalu zaman 70an dulu boleh la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2014 11:04 AM | Show all posts
sidewinder posted on 22-7-2014 03:53 AM
duit zakat utk beli kete2 baru utk bos2 besar kat pengarah pusat zakat......pegi kat bangunan MAIS/J ...

duit zakat utk bayar loyer fee dan denda menteri
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:05 AM | Show all posts
aku lebih suka kalau duit zakat yang dapat pada sesuatu tahun, di habiskan pada tahun yg sama.. duit zakat bukannya utk di simpan atau di laburkan, baitulmal bukannya bank.. pihak2 ni cuma pegang AMANAH untuk kutip, kumpul dan agih pada asnaf yg layak..

kalau tengok kriteria utk mohon duit zakat, mereka guna syarat2 umpama zaman sebelum Malaysia merdeka, haha.. RM300 baru di panggil miskin? PATI di depot tahanan yg makan free hari2 kos tanggungan mereka (seorang - rm2250 sebulan/ rm75 sehari) lagi tinggi dari syarat pusat zakat nih, haha..

kos tangungan seorang PATI, RM75 sehari.. syarat kriteria miskin oleh pusat zakat, kos seorang - RM2 sehari..

kesimpulan, pusat zakat/baitulmal banyak minum todi..

http://cuepacs.blogspot.com/2014 ... kaji-semua-kos.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 11:06 AM | Show all posts
budakshinchan posted on 22-7-2014 08:08 AM
8 Golongan Asnaf yang Layak Menerima Wang Zakat

Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 be ...
6. Gharimin – penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya.
org yang bangkrup ka??ramai org islam bangkrup nie...org gelandangan pun byk...

7. Fisabilillah – orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah.
kebanyak org yang jadi tabligh nie harapkan ihsan derma org ramai..tak perasan la pulak kalo baitulmal ada bagi fund

1. Fakir (al Fuqara) – adalah orang yang tiada harta pendapatan yang mencukupi untuknya dan keperluannya. Tidak mempunyai keluarga untuk mencukupkan nafkahnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi hanya mampu RM3 sahaja.

2. Miskin (al-Masakin) – mempunyai kemampuan usaha untuk mendapatkan keperluan hidupnya akan tetapi tidak mencukupi sepenuhnya seperti ia memerlukan RM10 tetapi hanya memperoleh RM8.

yang nie mmg ramai.....tapi masih jugak baitulmal tak bantu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:07 AM | Show all posts
zull4rs posted on 22-7-2014 09:00 AM
Thanks di atas pencerahan. Minta share pula definasi fakir dan miskin LZS. Supaya org tidak pertik ...

Ni sorang lagi malas google.
Sila baca di bawah.

http://www.e-zakat.com.my/bantuan-zakat-fakir-miskin/
http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-kifayah/

Nak dapat bantuan pun senang. Ada kaunter agihan mini.
http://www.e-zakat.com.my/terkin ... rusan-agihan-asnaf/

Eh macam amil zakat pulak aku.
Tapi mmg pernah tolong bawak asnaf ke LZS dan terus dapat RM500 bantuan kecemasan.

Kesimpulan:-
1) Zakat bukan JKM. Kpd yg mampu dari segi fizikal dan mental lepas 2-5 tahun mesti keluar drp asnaf dan jadi pembayar zakat pulak.
2) Semua institusi zakat perlu diaudit dalaman dan luaran.




Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:09 AM | Show all posts
melayu sama melayu bergaduh...pusat zakat tepuk tangan
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:11 AM | Show all posts
KALAU LAYAK APA SALAHNYA, ANAK-ANAK KAMI PUN ASNAF JUGAK - EXCO TERENGGANU  

Ahli Yang Berhormat Exco (Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) suatu badan tertinggi dalam kerajaan negeri pun diberikan wang zakat kerana mrk kata mrk LAYAK.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu ambil duit zakat beri kepada anak2 salah seorangnya Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Ustaz tersebut yang waktu itu adalah Exco Kebajikan Negeri.  Anaknya memerlukan wang zakat  utk belajar.

“Suami saya bekerja sebagai kakitangan rendah pernah memohon bantuan Maidam untuk membiayai pengajian anak kami Yusmadi, 24 tahun untuk ke Universiti Al Azhar Mesir.

Bagaimanapun permohonan anak kami tidak diluluskan. Jika Maidam meluluskan bantuan kepada lima anak Exco Kerajaan mengapa kami pula ditolak dan tidak mendapat bantuan itu,” kata Wan Sarah Wan Othman sambil menitiskan airmata.

Minah Mat Zin, 53 tahun ibu kepada 8 (LAPAN) anak dari Seberang Takir: “Saya gadai barang kemas untuk biayai pengajian anak di Mesir, permohonan anak saya dari keluarga miskin di tolak Maidam. Anak-anak ahli Exco mereka luluskan."
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:14 AM | Show all posts
Mana ketua agama??
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:21 AM | Show all posts
kluangman posted on 22-7-2014 11:07 AM
Ni sorang lagi malas google.
Sila baca di bawah.

Bai, salurkan ilmu juga ibadah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter posted on 22-7-2014 01:58 AM
Gaji rm300? Dah serupa sejuta rupiah gimana sih...

bg zakat kt indon di malasia
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:25 AM | Show all posts
drivethru posted on 22-7-2014 06:20 AM
'beta ketua agama'. jgn bg beta murka.

Ko nak merasa keenakan penjara ke bro?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pendapatan RM150 sebulan bukan lagi fakir miskin tapi dah jatuh kategori sangat daif....Barang-Barang harian di Malaysia sangat mahal....dengan pendapatan RM150 sebulan, hanya makan nasi berlauk garam!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:27 AM | Show all posts
sape keje zakat sini??

mcm la x tau perangai masing2 makan duit
ni staf2 bawahan yg bgtau

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:29 AM | Show all posts
sidewinder posted on 22-7-2014 08:45 AM
dulu mula2 keje....ada laa jugak byr zakat....lepas dah tau pusat zakat ni mcm tak betul aku derma d ...

aku pun sama...dulu every month potong gaji
bila dah tau zakat selangor serupa haram jadah terus dah aku letak tabung masjid kat kariah aku lg baik

kurang2 duit tu masjid bole buat bayar bil api n air
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh. Manusia2 yg pegang amanah ni, tolong la celik mata, takkan la xde manusia kt dlm tu yg boleh tegur utk ubah had minimum gaji tu. Tahun 90an pun 300 tu sgt mengarut, inikan pula sekarang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.084060 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list