CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5211|Reply: 14

Cara Mudah Menidurkan Bayi

[Copy link]
Post time 22-7-2014 06:55 AM | Show all posts |Read mode
PILIH CARA YANG PALING SESUAI
Jika bayi sering terbangun di tengah malam dan ibubapa merasa  kualiti tidurnya menurun, ada baiknya untuk mengajar bayi tidur.  Sebenarnya ia boleh menenangkan diri sendiri dan kembali tertidur kembali  setelah terjaga sejenak. Pilihlah cara yang paling sesuai dengan Anda  dan si kecil seperti berikut ini:


1. BERSIKAP DINGIN
Cara ini merupakan cara “paling kejam”. Tetapi , cara inilah yang paling berkesan. Ibubapa boleh merasa kesannya dalam masa tiga hari. Caranya dengan meletakkan bayi di tempat  tidur. Setelah mengucapkan selamat tidur padanya, tinggal saja sampai ia  tertidur dengan sendirinya.
Sebahagian besar bayi akan menangis sebaik ibubapa menghilang dari  pandangannya. Tapi lama-lama, kerana tidak mendapat respons, bayi akan faham dan akhirnya tertidur. Mungkin saja bayi akan menangis lama.  Terus terang, cara ini sangat keras dan menjadi pilihan yang sangat sukar bagi ibubapa.


2. KENDALIKAN TANGISAN
Cara ini banyak digunakan ibubapa di banyak negara dan cukup efektif  menenangkan bayi ketika malam. Prinsipnya hampir sama dengan cara  no 1, iaitu biarkan bayi menangis. Bayi pun akan faham dan  akhirnya tertidur. Bezanya, cara ini memberikan waktu beza yang  dipanjang secara berangsur-angsur. Sebelum memulakannya, ibubapa boleh  memutuskan berapa lama anak akan dibiarkan menangis, minima satu minit.  Setelah meletakkannya di tempat tidur, ucapkan selamat malam dan  tinggalkan si kecil. Jika bayi tetap terjaga, kembalilah dalam jangka  waktu yang telah ditetapkan, contohnya 5 minit. Setelah bayi ditenangkan,  tinggalkan lagi dan kembali dalam waktu yang lebih lama, begitu  seterusnya hingga ibubapa boleh meninggalkan bayi paling lama 20 minit.

Lakukan hal itu pada malam berikutnya. Secara perlahan tingkatkan beza  waktu sebelum memeriksa keadaan bayi. Misalnya, jangan kembali melihat  si kecil sebelum 10 minit berakhir, lalu panjangkan waktunya hingga  maksimak 25 minit. Pada malam ketiga, setelah 15 minit ibu baru boleh melihat bayi di katilnya, kemudian beza dipanjangkan menjadi 30 minit,  dan seterusnya.

Walaupun lebih lembut dari cara pertama, cara ini mungkin tidak efektif,  terutama bagi bayi-bayi berkarakter kasar. Bayi juga boleh merasa  dipermainkan perasaannya. Untuk si kecil dengan karakter yang lebih  kooperatif, cara ini boleh dicoba. Kelebihannya, anak boleh belajar  berpisah dari ibubapa terutama ibunya tanpa kehilangan perasaan emosi.

3. PUJUK BERULANG

Ini cara terbaik bagi ibubapa yang tidak boleh atau tidak sanggup  membiarkan bayinya menangis. Yakinkan si kecil, bahwa Anda selalu berada dekatnya dan pujuklah dia untuk tidur. Penerapannya sebagai berikut:  ucapkan sesuatu kata kata sebelum bayi tidur, lalu beredar dari situ. Bayi mungkin akan menangis. Jika itu terjadi  kembalilah dan ucapkan sesuatu kata kata, lalu tinggalkan. Ulangi  langkah-langkah itu sampai bayi tertidur.

Cara ini lebih lembut dan prihatin. Ibu boleh mengawal  bayinya dengan lebih mudah. Rasa selesa bayi juga terjaga kerana masih  boleh melihat ibu, walau agak berjauhan. Tempat tidur ibubapa dan katil  bayi boleh berada di dalam satu bilik.



4. BERI CIUMAN
Setelah meletakkan bayi di tempat tidur, ucapkan sesuatu kata kata  dan berikan ciuman. Berjanjilah untuk kembali lagi dan memberinya  ciuman. Beredar beberapa langkah sebelum memberikan ciuman kedua. Jika  bayi bergerak-gerak minta digendong atau menangis, jangan menegurnya,  tetapi baringkan kembali dan berikan ciuman perpisahan. Setelah beberapa  hari, kita akan tahu jumlah ciuman dan waktu yang diberikan.

Cara ini juga boleh dicuba. Anak merasa diperhatikan dan disayang. Ketika  rasa selesanya sudah ada, pemberian ciuman supaya boleh tidur akan  berkurang. Ia boleh menenangkan diri sendiri jika terbangun.



5. JAUHKAN DIRI PERLAHAN LAHAN
Baringkan si kecil, kemudian duduklah di sampingnya sampai ia tertidur.  Di minggu-minggu berikut, perlahan-lahan berpindahlah sedikit lebih jauh  dari tempat tidurnya, sampai akhirnya Anda tidak mesti berada di dalam bilik saat bayi tertidur. Ia mungkin akan menolak setiap kali ibubapa  bergerak dari sisi tempat tidur. Jika ibu tetap tenang dan tegas,  penolakan tersebut akan berakhir hanya dalam waktu satu atau dua malam.

Cara ini boleh memakan waktu lama dan memenatkan. sesuai bagi ibu  yang tidak sakit. Perasaan emosi, rasa selesa, dan perasaan dicintai  masih boleh dirasakan bayi.

Lima cara di atas boleh diterapkan secepat mungkin, Walaupun ada ibubapa  yang baru menerapkannya setelah bayi berumur 3 bulan ke atas. Jadi, ibubapalah yang paling tahu bila harus memulakannya. Satu perkara yang  pasti, apa pun cara yang diterapkan jangan cepat mengalah. Cara cara lain boleh dirujuk disini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 09:04 AM | Show all posts
suka cari yang no1 dan 2 tu..tapi bila mak mertua tengok dia x sampai hati plak dengar cucu dia nangis...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ms anak aku yg sulung baby senang sgt lps bg susu dia kenyang terus tido... X kisah tido sebelah aku atau tido kat katil dia... Tp baby yg ke dua ni x boleh dia kuat menangis.. Lg pulak asyik nak berdakap jer tido sebelah aku pon nak menetek.. Dah puas menetek nak gan cium puting susu ni.. Bergerak jer aku dia pun bukak la mata.. Aku rs lain anak lain ragam.. Yg kedua ni mcm manja terlebih berbanding gan kakaknya walaupun baby boy...
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2014 08:32 AM | Show all posts
Ada satu method lagi, letak bantal atas muka...
X sampai 5 minit, diam laa baby tue
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2014 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
AYAKAISHI_AYASY posted on 10-8-2014 08:32 AM
Ada satu method lagi, letak bantal atas muka...
X sampai 5 minit, diam laa baby tue

x baeknya ilmu sesat tu, mati la bby tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 10:33 AM | Show all posts
pfiza posted on 10-8-2014 09:14 AM
x baeknya ilmu sesat tu, mati la bby tu

HAAHAHAH... Lawak kejam betol la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2014 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk bebenor awak
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 02:14 PM | Show all posts
Anak pertama dulu dh buat mcm2.. bila aku gerak je mmg dia bangun.
Tp cara pertama tu mmg bkesan juga.aku tgk omputih bnyak buat gitu.
Bb dr kecik tido bilik sdiri..lps dh menyusu puas..masukan dlm babycot/cribs
Pastu bio je tido sdiri..mmg akan menangis melalak tp lama2 paham.

Aku ada cuba nak buat.tp memandangkn tekak anak k2 aku ni bila menangis..
Mcm nak tercabut rasa,xboleh buat.kang jiran ngt kenapa plk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2014 12:23 PM | Show all posts
sesungguhnya aku mmg tak tahan dengar baby nangis..nnt tak sampai hati..biasa aku akan pujuk jgk sampai tido...tp kalau baby tak bad mood cuma nk main sampai tgh mlm..mmg aku pura2 tido je(most of the time tertido sama sampai pagi)...

aku pernah bersikap dingin buat keras badan masa nk pisahkan anak aku dari puting plastik tu je..setengah jam dia nangis melalak cari puting tu...aku pun duk nangis dlm diam jugak sbb sedih oii dengar baby nangis..tp husband aku suruh jugak buat2 tido..lama2 baby stop sendiri nangis cari puting sblm tido...skarang ni dia selalu terjaga mlm suruh garu kaki la...mintak susu la(padahal dia minum tak sampai 1 ounce je pun...)ada aje yang dia nk tengah2 mlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 03:53 PM | Show all posts
AYAKAISHI_AYASY posted on 10-8-2014 08:32 AM
Ada satu method lagi, letak bantal atas muka...
X sampai 5 minit, diam laa baby tue

teruk bebenor cadangan ko ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 04:45 PM | Show all posts
rindunyaa nk jaga baby...

i jenis yg x sanggup biar baby nangis or tinggal2 camtu...

dahle susah nk dapat.. i sggup x tido utk pastikan baby i selesa, lena n selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut posted on 23-9-2014 12:23 PM
sesungguhnya aku mmg tak tahan dengar baby nangis..nnt tak sampai hati..biasa aku akan pujuk jgk sam ...

Sedih kan dengar anak melalak aku penah gak buat dl ms tgh ajar x pakai pampers tuk tido mlm.. Satu jam sebelum tido dah bg minum susu lps tu sejam mintak anak kencing n tido.. Dia punya melalak nak botol susu sayu je dgr sampai suami aku kata kesian kat anak bg je la susu.. Aku ckp x leh kita cb seminggu kalo sm gak batu kita kasi blk botol susu.. Alhamdulilah berjaya tp skrg ni jadi blk sebelum tido nak berbotol susu pdhal umur dah 5 tahun..  Tp x kencing mlm la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 09:10 AM | Show all posts
poyohabis posted on 25-9-2014 08:24 AM
Sedih kan dengar anak melalak aku penah gak buat dl ms tgh ajar x pakai pampers tuk tido mlm.. Sat ...

adeh..anak aku baru 2 thn..kalu dia berjaga mlm mintak susu aku cuba bersangka baik la..sbb 2 tahun still perlukan susu kan..kalu 5 tahun..mmg saja tu nk manja2 ngn mak dia aku tak ajar lg tak pakai pampers..nk ajar pisah ngn botol susu pun dah rasa seksa dah...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
siputsedut posted on 25-9-2014 09:10 AM
adeh..anak aku baru 2 thn..kalu dia berjaga mlm mintak susu aku cuba bersangka baik la..sbb 2 tahu ...

Ms aku ajar pisahkan botol susu tu umur anak aku 2 tahun lebih kalo x silap time sebelum tido mlm je la.. Time siang memang ada jadual dia berbotol susu.. Pampers pon dah x pakai ms umur 2 tahun.. Sebab aku x keje kot senang nak ajar.. Tp bl dah ok x kencing mlm sambung blk berbotol susu dia.. Sian dgr dia melalak..ni aku dah byk kali mintak suami aku repair kipas bilik tido anak aku dia buat x dengar je mcm x nak bg anak aku blk lain nak tido satu blk kot asing katil jer.. Kadang2 bapak2 ni nampak tegas kumain, tp dlm ati tu ada taman..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 09:56 AM | Show all posts
kejoraria posted on 24-9-2014 07:53 AM
teruk bebenor cadangan ko ni

Hey, at least it work tau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.283020 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list