CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1231|Reply: 4

[Tempatan] 2 Koperasi Majukan PR1MA

[Copy link]
Post time 22-7-2014 12:48 PM | Show all posts |Read mode

JELEBU 21 Julai - Koperasi Setia Sepakat Jelebu Berhad (KSSJB) dengan kerjasama Koperasi Pembangunan Hartanah Putrajaya Berhad (KPHPB) menandatangani perjanjian projek usahasama untuk membangunkan Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA).

Pengarah Operasi Konsortium Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) Malaysia Berhad, Zainuddin Mohd. Yatim, berkata, projek PR1MA ini akan dibangunkan di kawasan Gelemi Lemi.

"Ini merupakan kerjasama yang pertama dijayakan oleh dua kumpulan koperasi yang berasingan di sini, " jelasnya.

"Pembinaan projek perumahan teres satu tingkat ini bergantung kepada kerajaan negeri dan kita berharap agar ia dapat diluluskan secepat mungkin," jelasnya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Usahasama antara KKSJB dan KPHPB di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan Konsortium Pembangunan RMM Malaysia Berhad, Datuk Mohd. Arsad Jaafar dan Pengerusi KSSJB, Kamarudzaman Mohd Thani.

Beliau berkata, tanah pembangunan ini merupakan tanah kerajaan negeri dan keluasan tapak dianggarkan lebih kurang 20 hektar.

"Kita akan menjual rumah ini dalam anggaran RM120,000 hingga RM150,000 seunit berbeza dengan harga pasaran biasa iaitu hampir RM200,000 untuk rumah teres satu tingkat," katanya.

"Jika dilihat, harga pasaran kita lebih murah berbanding sedia ada iaitu pengurangan sebanyak 30 peratus," ujarnya.

Tambah Zainuddin, harga istimewa itu boleh dibuat kerana pihaknya mengambil konsep untung sedikit, bilangan yang banyak, di samping tapak itu sendiri merupakan milik kerajaan negeri.

Beliau berkata, pembinaan rumah ini kelak diharap dapat mengutamakan penduduk tempatan memandangkan bilangan rumah ini terhad kira-kira 500 unit sahaja.

http://bit.ly/1k997vQ

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 02:40 PM | Show all posts
ade sesape tau camner cara nak beli rumah PPRT DBKL?
kot2 la sape2 tau...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 02:55 PM | Show all posts
so PR1MA ni kene ballot kan??
ker ada kroni dah rembat few units????
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 03:05 PM | Show all posts
kroni tu biso laa....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 03:10 PM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 22-7-2014 02:55 PM
so PR1MA ni kene ballot kan??
ker ada kroni dah rembat few units????

rembat??? tak silap rasa2nya ada pakar rembat dlm CI ni...cuba tanya dia camner...

oh ya..rembat2 pun kena buat loan tau..jangan pulak bila sebut rembat dapat 100% pree...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.385225 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list