CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 640|Reply: 8

[Tempatan] Suhakam: Mansuh Mati Mandatori?

[Copy link]
Post time 23-7-2014 07:34 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyokong langkah Malaysia menyertai beberapa negara yang memansuhkan hukuman mati mandatori, terutama ke atas pengedar dadah.

        Naib Presidennya, Dr Khaw Lake Tee optimistik bahawa pegawai di Pejabat Peguam Negara yang kini mengkaji perkara itu secara komprehensif, akan mengemukakan syor positif menjelang hujung tahun ini.

        "Kita berharap sesuatu yang positif dalam perkara ini memandangkan tidak semua yang didakwa di mahkamah adalah anggota sindiket atau kartel dadah," katanya.

        Pada sesi taklimat kepada media berhubung Semakan Berkala Sejagat (UPR) Kedua Malaysia di ibu pejabat Suhakam di sini hari ini, beliau berkata kerajaan telah separa bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori, iaitu satu daripada syor Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

        Beliau berkata Suhakam menjalin kerjasama dengan Majlis Peguam, anggota Parlimen, menteri luar dan pihak berkepentingan lain berhubung keperluan mahkamah (hakim) diberi kuasa budi bicara dalam mengenakan hukuman lebih wajar termasuk penjara seumur hidup.

        UPR adalah satu mekanisme yang diwujudkan oleh UNHRC bagi memperbaiki situasi hak asasi manusia di setiap 193 negara anggota PBB dengan menyemak rekod mereka berhubung perkara itu setiap empat tahun setengah.

        Meskipun bersetuju bahawa Malaysia adalah satu daripada pusat transit dadah di mana pihak berkuasa perlu bertindak keras terhadap pengedar dadah, Khaw berkata apa yang perlu dipertimbang ialah jumlah kes membabitkan mereka yang tidak bersalah termasuk wanita yang diperalat sebagai keldai dadah.

        Mengikut undang-undang Malaysia, kesalahan berkaitan dadah, bunuh dan melancarkan perang terhadap pemerintah atau Yang-Dipertuan Agong membawa hukuman mati mandatori.

        Beliau juga berkata Malaysia menerima 150 daripada 232 syor yang dikemukakan negara anggota lain.   

        Antaranya, pengagihan lebih banyak dana untuk mempromosi hak orang kurang upaya terutama dalam bidang pekerjaan, pendidikan dan perumahan. - Bernama

Read here:http://www.sinarharian.com.my/na ... -mandatori-1.302196
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa betul cina ni kata. Mostly yg kena hukum tarap2 macai je. Kes org teraniaya dan org desperate. Kalau yg kena tu tokan2 dah lama kes dadah berkurang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo hari tu PRU 13 Been end kalah, kan best dpt dengar citer2 jerung besar ni
Selagi bee end menang, sselagi tu lah sume jerung akan dpt pembelaan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 08:11 AM | Show all posts
jadi, kena penjaralah?

kena tambah penjara nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 08:18 AM | Show all posts
penjara kena bagi makan membazir bunuh je kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 08:21 AM | Show all posts
Penjara duk bazir bagi makan minum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2014 09:19 AM | Show all posts
Pesalah camni buat apa nak simpan dok perabihkan boreh
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 09:25 AM | Show all posts
Sekarang ni dah terlalu lama penjara tak menjalankan hukuman gantung, paling latest dulu masa jatuh hukum Al Amin pemimpin Al maunah tu. Mungkin atas desakan antarabangsa. Tapi nak mansuhkan terus takut ada bantahan juga dari dalam negara.

Apa yg dorg buat adalah pesalah-pesalah ni ditahan sehingga mati naturally kat dalam penjara. Sakit atau mati tua. Tapi mungkin agak tidak fair pada pembayar cukai la. Sebab makan dan minum ditanggung kerajaan. Lawatan aku ke pusat serenti batu kurau, aku diberitahu sehari pelatih punya kos makan dlm rm15 per head. Kali la dengan tempoh dorg ditahan. Assumption aku kos banduan di penjara juga sama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 09:30 AM | Show all posts
Kalau difikir betapa hazabnya perangai penagih dadah, sehingga sanggup membunuh mak bapak semata2 kerana dadah, meragut sehingga org awam kehilangan nyawa atau cedera parah dan banyak lagi kepincangan yg dia orang bawak.. fikir2 kanlah, yg tukang supply jika ditangkap kita hanya penjara dan memberi dia orang makan pula...... Aku cuma boleh cakap.. PERGI MAMPOS LAGI BAIK.............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.095784 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list