CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1419|Reply: 13

[Tempatan] Edisi Berbuka Dalam Kereta: Rancang Perjalanan Anda

[Copy link]
Post time 23-7-2014 11:40 AM | Show all posts |Read mode
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan membuka sementara beberapa laluan tertentu  di lokasi projek Pelebaran Lorong Keempat yang sedang giat dijalankan bagi  membolehkan orang ramai menikmati perjalanan yang lebih lancar di Lebuh Raya  Utara-Selatan dan Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada musim cuti perayaan  yang akan datang.
Ia bertujuan membantu perjalanan yang lebih lancar dan menyuraikan trafik di  laluan-laluan kritikal di lebuh raya.
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd. Hamid berkata pembukaan sementara  laluan-laluan tertentu tersebut akan berkuat kuasa pada hari ini.
"Sehubungan itu, kami menggesa orang ramai supaya merancang perjalanan balik  kampung mereka menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri yang akan datang berdasarkan  jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan oleh PLUS," tambah  Noorizah.
Laluan-laluan tersebut adalah kilometer (KM) 16.3-KM14.7 (Arah Selatan) di  laluan Damansara-Subang, KM13.3-KM9.65 (Arah Selatan) di laluan Subang-Shah  Alam, KM25.0-KM28.5 (Arah Selatan) di laluan arca DBKL-Jambatan Segambut.
KM445.26-KM447.63 (Arah Selatan) di laluan Persimpangan Bertingkat  Rawang-Rawang Selatan, KM282.2-KM280.4 (Arah Selatan) di laluan Bandar Baru  Nilai-Kilang Recron dan KM280.4-KM268.6 (Arah Selatan) antara Kilang  Recron-Persimpangan Bertingkat Baru Seremban.
Jadual TTA terdiri daripada cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa  dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri-negeri dan bandar-bandar  utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
"Jadual TTA kali ini memberi fokus kepada perjalanan di Lebuh Raya  Utara-Selatan antara 25 hingga 27 Julai (bagi perjalanan balik kampung) serta di  antara 1 hingga 3 Ogos (bagi perjalanan balik kerja).
"Bagi orang ramai yang menuju ke destinasi-destinasi yang lebih jauh mereka  disarankan untuk keluar lebih awal manakala yang hampir dengan Lembah Klang,  disarankan supaya memasuki lebuh raya lebih lewat," katanya pada satu sidang  media baru-baru ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0723&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm#ixzz38G9ILuXE
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 11:54 AM | Show all posts
saya menghala jauh ke utara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2014 11:55 AM | Show all posts
blackred99 posted on 23-7-2014 03:54 AM
saya menghala jauh ke utara.

Jauh tu kena bertolak sebelum subuh kan kalau tak nak jem
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:59 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 23-7-2014 11:55 AM
Jauh tu kena bertolak sebelum subuh kan kalau tak nak jem

biasanya lepas Subuh baru kuar, kalo sebelum tu mcm susah sket.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:59 AM | Show all posts
blackred99 posted on 23-7-2014 11:54 AM
saya menghala jauh ke utara.

boleh saya tumpang???hik3..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 12:01 PM | Show all posts
cheeky_meal posted on 23-7-2014 11:59 AM
boleh saya tumpang???hik3..

tak takut ke kena culik?

taun ni balik kampung bawak byk barang sket sbb dpt cuti panjang.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2014 12:03 PM | Show all posts
blackred99 posted on 23-7-2014 12:01 PM
tak takut ke kena culik?

taun ni balik kampung bawak byk barang sket sbb dpt cuti panjang ...

kedekut taik hidung masin pas2 ckp brg byk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 12:10 PM | Show all posts
cheeky_meal posted on 23-7-2014 12:03 PM
kedekut taik hidung masin pas2 ckp brg byk...

hahaha, silakan duk atas keta saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 12:10 PM | Show all posts
Nasib la cik dah pindah duk ngn mak..xde la nak menghadapi masalah balik kampung lg...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 12:14 PM | Show all posts
sudah menjadi asam garam tempuh jemmed setiap perayaan nie......ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 12:19 PM | Show all posts
tempek la jadualnya...maleh la aku nak pi cari
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 12:36 PM | Show all posts
den balik seghomban..dokek yo..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 02:44 PM | Show all posts
blackred99 posted on 23-7-2014 11:54 AM
saya menghala jauh ke utara.

kita sama bro...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 02:54 PM | Show all posts
nak advice..iols menghala ke pahang dr KL 25hb nih mlm..pukul bape ek waktu yg sesuai utk gerak agak2?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.073196 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list