CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10372|Reply: 87

Aku Dan Misteri

[Copy link]
Post time 24-7-2014 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hai. Aku first time buka tread ni. Kalau ada salah silap, bagitahu lah okay.

In fact dlm hidup aku bnyk sgt misterinya. Aku ddk kampung dlu. Kampung aku pulak dalam hutan. Jiran-2 ddk jauh. Ada salah sorang jiran aku ni bela toyol.

Masa ni aku kecik lagi, umur 8 tahun tak silap aku. Budak nakal, apa je yg tahu. Kawasan umah aku kalau malam mmg gelap, tkda lampu, jalan pun tak bertar. Umah aku dulu umah papan. Dapur batu, depan papan. Ada 2 bilik, satu kat depan satu lagi dapur. Umah aku ni belakang paya, jalan depan sikit ada pantai. Pantai umah aku ni pun misteri. Kalau boleh korg jangan datang memancing atau mandi laut kat sini. Serious aku cakap JANGAN.

Kat dalam umah tu selalu duit hilang kena rembat. Siang letak, malam ghaib. Nenek aku selalu nampak Cik Yol berlegar legar dlm umah tu. Asyik barang hilang je nenek tak tahan, dia pergi jumpa Ustaz kat kampung aku tu. Ustaz tu tengok kan, rupanya Cik Yol tu jiran aku punya.

Ustaz tu da buat macam-2 tapi Cik Yol tu masih ada lagi. Lastly satu kampung pergi serang umah jiran aku ni. Aku tak tahu lah apa org kampung buat, jiran aku ni pindah perak. Aku ingatkan dia bawak Cik Yol dia. Rupenyaaaa tak.

Cik Yol tu merayau cari tuan baru. Lama gak kampung aku takda org masuk, siapa je masuk mesti kena ganggu dgn Cik Yol tu. Lastly pasal Cik Yol ni diam sendiri. Kadang-2 jiran aku ni balik gak umah dia. Tapi orang kampung memang da pulaukan dia.


Aku memang tak tahu bercerita. Mahapp yee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2014 01:15 AM From the mobile phone | Show all posts
POCONG

Masa ni aku sekolah menengah. Citer ni famous gila. Senior aku punya Abang. Accident dengan lori. Dia meninggal kat situ jugak.

Aku namakan senior aku ni Man.

Rumah Man area kampung, rumah rapat-2. Satu hari dapat berita abang Man accident dgn lori. Orang hantar ke hospital Melaka. Siap mandi, kafankan semua baru kebumikan.

Lepas dikebumikan malam tu berlaku kejadian pelik. Masa org sibuk buat tahlil, mak Man terdengar orang bisik supaya tolong dia. Ahh mak Man fikir mungkin dia terlalu sedih sebab anak dia meninggal. Mak dia rileks.

Dua hari lepas tu kecoh org kampung cakap hantu Abg Man kacau org kampung.

Pakcik Salleh, kerja dia bawak teksi. Masa tu sampai kampung lewat, pukul 1 pagi. Teksi tetiba tak boleh hidup atas bukit depan kubur. Tengah sibuk tengok enjin, tetiba bau wangi. Pusing belakang, amek kau Pocong betul-2 ada kat belakang. Katanya pocong tu minta tolong kat dia. Tak cukup tanah pakcik Salleh lari. Demam seminggu dia.

Azli si penjual burger depan tadika. Tengah sibuk kemas barang nak balik. Pappppp, benda tu melompat depan dia. Pengsan tak sedar diri sampai esok pagi. Macam pakcik Salleh, demam seminggu dia.

Itu belum lagi benda tu ketuk umah orang. Aku dengar cerita, dia ketuk umah kawan-2 dia dlu. Nasib baik aku tak kenal dia. Kalau tak sawan aku kat situ.

Genap seminggu mak dia mimpi. Abang Man cakap dlm mimpi tu tolong dia. Jari dia masih ada kat tempat kejadian. Mak kena tolong dia. Esoknya mak dengan ayah Man pergi tempat kejadian. Memang betul ada jari dia kat situ.

Jumpa jari, settlekan apa yang patut. Malam tu mak Man mimpi. Dia nampak anak dia tersenyum sambil ucap terima kasih.

Sejak dari haritu takda dah pasal pocong ni. Pakcik Salleh boleh bawak taxi sampai subuh, Azli boleh jual burger sampai raya tahun depan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
PANTAI

Rumah aku dekat dengan pantai. Lepas je paya belakang umah, terus jumpa pantai. Pantai kg aku cantik. Tapi misteri. Ada hari hari tertentu untuk memancing dan mandi. Silap haribulan boleh meninggal kat situ.

Dalam setahun, mesti ada 8 orang mati lemas. Kebanyakan orang luar yang lemas. Jarang orang kampung yg mati lemas.

Aku namakan mangsa ni Mat.

Mat gila memancing. Pantang ada masa asyik memancing jelah tahunya. Satu hari Karim bagitahu ada port memancing yang best. Ikan memang besar. "Tapi kau kena berani Mat". Ahh apa je yang Mat takut, semua benda Mat berani. Setakat pancing ikan kat pantai je pun. Kerja senang lah. Mat terus siapkan barang nak memancing and terus gerak ke kampung itu.

Tempat cantik, banyak batu besar yg strategic. Mat pilih satu batu besar kat tengah-2 laut tu. Kat pantai tu ada satu gua. Actually 2 batu yg melekat, and dari jauh nampak macam gua. Org kg panggil gua laut.

Malam Jumaat. Mat da ready nak memancing. "aku nak buktikan kat Karim yang aku berani".
Sejam pertama Mat da happy sebab dapat banyak ikan. Mungkin tempat ni akan jdi port dia memancing.

After few hour's.

Dari jauh Mat ternampak perempuan kat gua laut. Tengok jam baru pukul 2 pagi. Anak siapa yang merayau ni. Yang peliknya perempuan tu boleh ddk kat atas gua tu. Mat tenyeh mata, cahaya bulan mmg cukup terang untuk tengok apa benda tu.

Mat da tak sedap hati. Mungkin ini yang Karim maksudkan. Lagipun kat kawasan tu mmg takda org memancing langsung. Mat da ready nak blah. Habis kemas. Mat pandang kat gua laut tu perempuan tu takda. Mat fikir mungkin itu orang. Bila Mat menoleh je ke depan, taraaaaa perempuan tu elok je dok makan ikan dia.

Mat apa lagi. Time tu jerit sampai nak terkeluar anak tekak. Perempuan tu steady je makan ikan dia. Mat pengsan. Esoknya orang kampung nampak Mat terbaring kat gigi air. Bila kejut, dia meracau. Tersampuk jin laut org kampung cakap.

Kesian Mat. Sampai sekarang takut makan ikan. Nasib baik beliau tak takut berbini. Lol

Biasanya kalau perempuan tu da muncul. Akan ada orang mati lemas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada lagi. Tapi jap lh, aku tengah menaip.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:13 AM | Show all posts
aku tunggu ni...hihi saspen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
reza_hard posted on 24-7-2014 02:13 AM
aku tunggu ni...hihi saspen

Masehh sudi baca tread aku yang sendu ni. Haha.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 02:15 AM | Show all posts
Best jalan penceritaan tt
Sambung lgi ye
Seronok bace
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:22 AM | Show all posts
ye betul...simple straight forward
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2014 02:52 AM From the mobile phone | Show all posts
RUMAH KAMPUNG PART 1

Aku membesar kat kampung. Rumah dalam hutan, belakang paya pastu pantai. Dulu mmg takda org dtg kmpung aku. Aku tengok pun seram, apatah lagi org luar. Tapi sekarang da ramai yg dtg. Aku cuma nak nasihat, kalau boleh jangan datang kampung aku. SERIOUS.

Aku tinggal dengan nenek. Sebab parents aku masa tu ddk Singapore. Sampai aku habis sekolah aku ddk situ. Umah nenek dalam hutan, katanya tanah tu dia bersihkan pastu atuk buat umah. Keliling umah tu ada pokok cempedak, durian, rambutan and petai. Pokok-2 kat kawasan tu mmg besar. Oh ye. Kalau nak ke jalan besar, dalam 10 minit jalan kaki sampai lah.

Nenek aku cakap kat hutan depan umah tu ada satu perkampungan bunian. Dulu aku bodoh, aku ingat nama tempat. Rupanya kampung yang aku tak nmpak. Kat tmpt yg nenek aku cakap tu, ada satu batu besar sangat. Nenek cakap kat situ lah tempat bunian ddk.

Dulu nenek amek upah kemas umah orang. Ada satu umah orang kaya ni upahkan nenek. Kalau nak lalu jalan besar memang jauh. Nenek hati kering. Dia lalu je kat dlm hutan yang kawasan bunian tu.

Masa tu tengahari, cuaca redup sangat. Tambah-2 lak lalu kat hutan lagi seram. Nenek lambat da nak pergi umah orang kaya tu. Terkocoh-kocoh nenek nak pergi, nenek berselisih dengan seorang perempuan ni. Nenek cakap perempuan tu keluar dari umah org kaya ni.

Nenek cerita perempuan tu mmg lawa. Sangat cantik dan wangi. Nenek xpernah tgk perempuan cantik macam tu. Nenek fikir itu mungkin sedara orang kaya tu. Nenek beri salam, tapi perempuan tu hanya senyum dan berjalan ke arah hutan tu.

Sesampai je kat umah org kaya tu, nenek tanya kat org kaya tu "eh Jah, tadi tu perempuan tadi sedara kau eh? Ke sedara si Amran" orang kaya tu pelik. Setahu dia hanya ada dia dan ank perempuan dia je yang ada. "takde kak, Jah dengan Hanim je ada kat umah ni. Mana ada sesapa dtg. Abg Amran takda pula cakap kalau sedara dia ada dtg"

Apa lagi tersentak lah org tua tu. Nenek baru teringat, mana ada orang ddk kat area bawah tu selain dari nenek je. Masa tu umah nenek je yg ada. Dan knp perempuan tu lalu situ. Kalau dia nak dtg umah, knp tak tegur tadi. Nenek terus cakap kat org kaya tu mungkin dia silap pandang kot. Padahal nenek tanak takutkan org kaya tu.

After few days, nenek mimpi perempuan cantik tu lagi. Perempuan tu kata kalau nenek perlukan apa pertolongan bagithu je dia. Dia ada di istana dia.

Sejak dari haritu nenek tak pernah ikut jalan tu. Biar jauh asal selamat kata nenek.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Sweetnye posted on 24-7-2014 02:15 AM
Best jalan penceritaan tt
Sambung lgi ye
Seronok bace

Terima kasih sudi baca awak. Kita tak pandai menulis. Pengalaman banyak, nak tulis tu yang tk berapa bijak. Haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 03:21 AM From the mobile phone | Show all posts
RUMAH KAMPUNG PART 2

Masa aku kecik-2 jiran sebelah umah aku da ada. Rumah dia betul-2 depan hutan menghadap perkampungan bunian tu. Umah siap je nenek tu pindah KL.

Aku namakan dia Nek Temah.

Nek Temah nampak muda dari usia dia. Sebulan sekali mesti dia balik kampung tengok umah dia. Takda apa yg perlu dirisau sangat. Umah tu sentiasa bersih. Tapi ada satu masalah kalau dia balik kampung. Posmen suka anta surat dia kat umah aku, bil air api semua letak kat umah aku. So kalau dia balik semua tanak anta surat tu kat umah dia.

Umur dia da 68. Tapi masih sihat dan kuat. Balik kg pun naik bas je. Bila dia balik, aku selalu jadi mangsa anta surat kat umah dia. Satu hari, mcm biasa dia balik kampung. Dan macam biasa gak aku kena anta surat kat umah dia. Walaupun umah dia dgn umah aku tak berapa jauh, aku tetap naik basikal. Konon-2 senang nak larikan diri bila kena kejar.

Masa tu aku ingat lagi waktu petang, da nak maghrib. Dia ddk menyapu laman umah dia. Kami adik beradik baru balik dari pekan. Sampai je umah aku terus capai basikal and surat tu. Aku tanak nenek aku bising. Sampai ke depan umah tu aku bagi salam. "assalammualaikum nek oh nek, ni hah nenek org suruh bagi surat kat Nek Temah"

Dia pusing je badan, aku nampak bijik mata dia warna merah menyala. Sambil tersenyum joker depan aku. Aku apa lagi jerit sampai nak terkencing dalam seluar. Time tu basikal aku seret je.

Sampai umah nenek aku tanya "kau da knp menjerit macam jumpa hantu?". Dari A sampai ke Z aku cerita. Lastly nenek aku cakap, tadi baru je anak lelaki Nek Temah call. Katanya mak dia da nazak. Tapi masa tu mmg sumpah aku nampak dengan biji mata aku. Aku demam teruk, sampai kena minta air pulih semangat. Haha

Tapi Nek Temah mmg umur panjang. Susah beliau nak meninggal. Nenek aku cakap dia ada saka, masa nak meninggal sorg pun anak dia tanak amek saka tu. Bila meninggal je, badan dia kurus kering.


Patutlah umah dia sentiasa bersih. Barang-2 dia tak hilang. Tapi now umah tu anak lelaki dia ddk. Tapi masih mistik. Aku kalau balik kampung, usha dari jauh je. Aku masih ingat senyuman menggoda Nek Temah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 03:45 AM From the mobile phone | Show all posts
RUMAH KAMPUNG PART 3

Biasalah kan umah kampung memang akan ada toilet kat luar umah. Toilet aku ni special, belakang toilet ada pokok bacang and sebelah tu ada pokok kekabu. (nenek aku cakap kat pokok kekabu ni ada cik pon anak beranak kat situ, tapi pokok tu da ditebang)

Satu malam, masa tu aku kecik lagi. Kakak aku sakit perut nak membuang. Biasanya kalau sesapa nak memerut kena ada org teman. Kat luar tu gelap. Masa tu toilet tu belum ada lampu lagi.

Masa kakak pergi toilet tu dalam pukul 2 pagi. Sunyi sepi, ayam, itik kambing semua da tidoq. Atuk yang teman masa tu. Masa dia memerut tu dia terasa macam ada benda berjalan. Dia tanya atuk ada lagi tak. Atuk jawab ada lah, cepatlah memerut atuk letih ni.

Lepas je kakak memerut, kuar je toilet. Dia ternampak Kak Ponti kat bahu atuk. Katanya Kak Ponti tu tundukan muka, bila akak nampak je Kak Ponti tu terus ayam, itik kambing berbunyi. Bunyi yang kita tak faham, macam dia takut sesuatu. Masa tu atuk terlelap kat kerusi tepi dinding.

Masa semua haiwan tu berbunyi atuk terus terjaga. Bila terjaga, atuk ternampak kakak da keras kat situ sambil pandang atas. Atuk panggil kakak, tapi kakak takda respon. Atuk baca ayat kursi kat telinga akak and atuk azankan baru kakak sedar.

Masuk dalam atuk bagi air kat kakak terus kakak tidur. Bangun pagi tu kakak kata, Kak Pon tu nak cekik dia. Dia da panggil atuk, tapi atuk tak dengar. Nasib baik haiwan tu semua berbunyi. Kalau tak, tak tahu apa nasib kakak.

Kesian kakak. Dia sampai takut nak memerut kat luar da malam-2. Sampai dia request kat mama suruh buat toilet kat dlm umah. Haha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 03:57 AM | Show all posts
menarik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak rasa keseramanan kampung aku, meh lah dtg raya nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 06:19 AM | Show all posts
kampung katne TT..
dengar pantai macam bes, sekali takleh gi pulak..
sambung lg cite.. bess..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:51 AM | Show all posts
Suka baca cerpen ni. ringkas je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:29 AM | Show all posts
nak lagiii best best
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:51 AM | Show all posts
umah kat mane ni? sure kat tempat yg nature lawa..sbb tu ramai org dtg

ok je cara tt tulis, boleh faham je
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:16 AM | Show all posts
ringkas dan padat tt, nak lagi nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 11:22 AM | Show all posts
kampung kt mana neh? menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.080482 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list