CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5806|Reply: 68

[Tempatan] Edisi Tragedi: Bayi 9 Bulan,Ibu Maut Kemalangan

[Copy link]
Post time 24-7-2014 07:14 AM | Show all posts |Read mode
KUALA KUBU BHARU - “Saya sempat pegang-pegang, usap cucu sambil sembang dengan bapanya masa jumpa di pakir Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum berurusan di kaunter.

“Tapi tak sampai setengah jam saya terima panggilan seorang lelaki menggunakan telefon anak saya mengatakan mereka terbabit kemalangan dan cucu saya meninggal dunia,” kata Mohamad Ibrahim, 70, bapa mangsa kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan di Jalan Ampang Pecah kira-kira jam 4 petang semalam.

        Sejurus itu, Mohamad bergegas ke lokasi kejadian berdekatan selekoh menuju Darul Quran, Jakim, dekat sini dan mendapati menantunya, Helizam Ali Nafiah, 27, yang tersepit di tempat duduk pemandu sedang diselamatkan.

        Manakala, anaknya Farah Natasha Mohamad, 27, dan cucunya, Nurul Hannan, 9 bulan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

        Belum reda dengan berita itu, Mohamad sekali lagi dikejutkan apabila anak tunggal daripada isteri keduanya itu disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di wad kecemasan.

        Difahamkan, Helizam mengalami kecederaan parah di mana patah kedua-dua belah kaki dan kini sedang dirawat di Hospital Selayang.

Rancang beraya di kampung

“Kami memang nak bincang untuk beraya dengan keluarga. Anak-anak yang dari luar negara juga sedang bercuti untuk sama menyambut Aidilfitri di kampung, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

“Tapi ALLAH SWT sudah takdirkan begini, mereka pergi di bulan penuh barakah,” katanya.

Persiapan raya sudah dibuat

        Sementara itu, ibu saudara Helizam yang dikenali sebagai Kak Maya berkata, besar kemungkinan segala persiapan menyambut Aidilfitri yang berbaki lima hari sudah disiapkan sepenuhnya memandang bayi terbabit merupakan anak sulung mangsa.

“Saya sudah dapat bayangkan mereka sudah membuat persiapan dan sudah beli keperluan anak sulung mereka.

“Lagi pun Farah Natasha perbaharui lesen sebab tarikh tempoh lesen tamat pada bulan kelahirannya bulan ini. Jadi mereka sudah siapkan lebih awal,” katanya.

        Menurut Kak Maya, ibu Farah Natasha baru meninggal dunia Jumaat lalu dan jenazah Farah Natasya serta anaknya akan dikebumikan bersebelahan pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Desa Kaloi.

        Manakala, kakak Farah Natasha, Nurlina Mohamad, 41, dia pulang ke Malaysia semata-mata untuk menyambut Aidilfitri bersama seluruh keluarganya.

        Bagaimanapun, dia terkejut setelah menerima panggilan mengatakan anak buahnya maut dalam kemalangan jalan raya.

“Ayah hubungi kata nak datang ke Ampang, Kuala Lumpur untuk berbuka di sana, tapi 10 minit lepas itu makcik pula hubungi katakan Natasya kemalangan dan bayi meninggal dunia.

“Lepas dapat berita itu kami terus ke sini. Saya sampai saja di unit kecemasan HKKB doktor beritahu Natasya sudah meninggal dunia dan tak sempat dirujuk ke Hospital Sungai Buluh,” katanya.

Dibawa menaiki van ke HKKB

        Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), A Rajoonaidu berkata, ketika kejadian beliau kebetulan melalui kawasan itu dan terlihat mangsa menahan kesakitan dan terus membawanya menaiki van beliau.

“Saya nampak dia sudah keluar kenderaan dan masa itu ada seorang jururawat dan saya minta tolong dia.

“Saya tak fikir panjang masa itu cuma mahu selamatkan dia saja,” katanya ketika ditemui di HKKB.

        Dalam pada itu, Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong ketika melawat keluarga mangsa di Unit Forensik HKKB juga turut menghulurkan bantuan kewangan untuk pengurusan jenazah.

        Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Shukri Yaacob ketika dihubungi  Sinar Harian mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kejadian berkenaan dan siasatan mengenai punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.

Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/bayi-sembilan-bulan-ibu-maut-kemalangan-1.302273

Mod kalau dah ada minta tolong katup plz..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 07:18 AM | Show all posts
perasan x bln ramadhan thn ni ramai yg meninggal...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:21 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 24-7-2014 07:18 AM
perasan x bln ramadhan thn ni ramai yg meninggal...

Mana2 bulan pun ramai meninggal. Antara masuk paper/tv ngan tak jer.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:30 AM | Show all posts
Babai posted on 24-7-2014 05:21 AM
Mana2 bulan pun ramai meninggal. Antara masuk paper/tv ngan tak jer.

mmg le...maksud aku pd bln yg mulia lg suci ni...
bln yg sethn skali bole kita rasa...
bln2 yg lain tu bebise jek....gitew

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:34 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 24-7-2014 07:30 AM
mmg le...maksud aku pd bln yg mulia lg suci ni...
bln yg sethn skali bole kita rasa...
bln2 yg l ...

Yela, aku faham maksud ko. Orang mati ramai jer dimana2 bulan. Tak kira bulan mulia ke tak mulia ker. Musim yang ramai orang travel, makin cerah lak nak eksiden n mati. Ape yang pelik sangat? Lain la kalai tiap2 ramadan sampai sejuta orang mati (tanpa isu special macam wabak etc.) dalam negara ni saje, baru la logik ko nak jadi heran.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Babai posted on 24-7-2014 07:21 AM
Mana2 bulan pun ramai meninggal. Antara masuk paper/tv ngan tak jer.

Extra ramai yang mati sebb campur kes mh17

Kalau ikut statistik lebih kurang je setiap bulan.ramai mati sebb accident
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 07:49 AM | Show all posts
comel nya baby syurga la tempat mu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:56 AM | Show all posts
al fatihah & takziah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:02 AM | Show all posts
rasanya accident ni yg diaorg sebar thru fb smlm.. ada gmbr bb 2 tebaring tepi jalan n parents dia tersepit.. katanya salah avanza nak memotong tp x lepas..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:07 AM | Show all posts
Innalillah... Paper sibuk je nak kabor isteri kedua. Pentingkah?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:09 AM | Show all posts
al-fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:28 AM | Show all posts
Al-Fatihah..Takziah buat keluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:52 AM | Show all posts
sedihnya..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:00 AM | Show all posts
baby comel sgt.... Takziah keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:21 PM | Show all posts
Takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 02:36 PM | Show all posts
Takziah dan Al-fatihah...semoga family tabah menghadapi dugaan...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah
Semoga dirahmatiNya
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:41 PM | Show all posts
Salam takziah untuk mereka...

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:49 PM | Show all posts
al- fatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.142097 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list