CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4478|Reply: 10

IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (3)

 Close [Copy link]
Post time 24-7-2014 09:35 AM | Show all posts |Read mode
IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR (3) dalam DIA GEMBALAKAN RANTING DAUN KERING & SISA POTONGAN POHON.





Sekarang kita masuk ciri ketiga (3) Bocah Angon (budak gembala, maksudnya si Muhamad) dalam Uga Wangsit Siliwangi.

Siri ketiga ini bertajuk GEMBALAKAN RANTING DAUN KERING & SISA POTONGAN POHON.

Sebelum saya meneruskannya, saya ada sesuatu untuk diberitahu kepada anda. Mari kita perhatikan 3 tanda yang berikut.


KONFLIK SYRIA
TANDA PERTAMA misteri akhir zaman ini bermula di Syria. Konflik Syria itu adalah belitan pertama fitnah akhir zaman di Asia Barat yang menandakan dekatnya kemunculan Imam Mahdi.


Sila anda baca KONFLIK SYRIA (siri 1,2,3 & 4) yang saya terbitkan sebelum itu.  Ia sedang berlaku & kita tidak tahu siapa pemenangnya.

PANJI-PANJI HITAM DARI TIMUR
TANDA KEDUA ialah keluarnya PANJI-PANJI HITAM DARI TIMUR (PPHDT). Ada hadis Nabi SAW yang menyebutnya dari Khurasan. Ada juga hadis Nabi SAW yang menyebutnya keluar dari Kuffah. Jika kita kompromikan kedua-dua hadis di atas, maknanya ia keluar dari Iraq. Siapa mereka itu, saya pun tak tahu.


Jika anda membaca post-post saya sebelum ini, PEMUDA BANI TAMIN, Versi Jamaat Ansar As-Sunna & SYUAIB BIN SALIH AT-TAMIMI (5 sifat sudah terbongkar), tentu anda faham maksud saya bahawa PPHDT itu mengandungi Syuaib bin Salih dan berasal dari Iraq.  

KEMUNCULAN IMAM MAHDI
TANDA KETIGA ialah kemunculan Imam Mahdi itu sendiri. Saya mengaku terus-terang bahawa saya memang tidak tahu dan kenal siapa sosok Imam Mahdi yang sebenarnya.


Anggapan awal saya yang mengatakan Muhamad ini bakal calon Imam Mahdi terletak kepada 2 perkara sahaja.


APAKAH 2 PERKARA ITU?
Pertamanya, berdasarkan kepada 2 mimpi Muhamad yang berjumpa Rasulullah SAW dan ayah Syeikh Abdul Qadir Jailani. Sila rujuk kepada blog saya YA RABBI YA RABBI, ENGKAULAH TUHANKU (1) Syukur kepadaMU dan lain-lainnya.


Keduanya, persamaan sifat-sifat fizikal Muhamad yang ditemui dalam hadis-hadis Nabi SAW & kata-kata ulamak dalam Nas Rujukan Hebrew/Ibrani & Aramiah. Sila anda baca sekali lagi MANUSKRIP TEMBAGA (29A) Rujukan kepada Nas Hebrew/Ibrani & MANUSKRIP TEMBAGA (29B) Rujukan kepada Nas Aramiah.

Dalam kitab tradisional Sunda (maksudnya Uga Wangsit Siliwangi – PESANAN UNUK MASA DEPAN), karangan Prabu Siliwangi (seorang waliyullah) 500 tahun lampau (sezaman dengan kesultanan Melayu Melaka), ada tercatat ramalan tentang manusia akhir zaman yang akan keluar menjadi Ratu Adil.

MAKSUDNYA RATU ADIL
Manusia akhir zaman itu dipanggil Bocah Angon (budak penggembala) yang akhirnya dilantik sebagai Ratu Adil (Imam Mahdi). Bocah Angon itulah maksud saya si Muhammad dari Indonesia dan insyaallah, yang akan keluar sebagai Imam Mahdi.

3 TANDA DARI 3 TEMPAT
Belitan pertama Fitnah Akhir Zaman berlaku di SYRIA. Panji-panji Hitam dari Timur (PPHDT), insyaallah akan keluar dari Iraq. Sementara Imam Mahdi Al-Muntazar, insyaallah itu akan keluar dari Asia Nusantara.      

KITA JANGAN DENGKI MENDENGKI.
Saya menulis ini kerana ALLAH TAALA. Bukan untuk cari popular atau terkenal. Tak ada apa-apa untungnya menjadi orang yang dekat dengan Al-Mahdi kalau saya tidak jujur kepada Tuhan.

Kalau benar Muhamad ini adalah Bocan Angon dalam Uga Wangsit, maka tugasnya sebagai Ratu Adil (Imam Mahdi) selepas ini adalah sangat besar dan rumit. Saya selalu memperingatkan kepadanya bahawa tugas ini sangat besar dan rumit. Kalau Tuhan mentakdirkan kamu memikul tugas itu, percayalah, Tuhan akan melicinkan segala urusanmu. Jangan takut dan gentar. Teruskan sahaja.

Jangan kita dengki mendengki. Orang Malaysia atau orang Indonesia atau orang Brunei atau orang Arab atau sesiapa sahaja mesti menerima ketentuan tuhan ini dengan berlapang dada. Siapa pun Imam Mahdi ini, dari mana pun datangnya, terimalah dia dengan hati terbuka.

SAYA PERNAH DENGAR DARI AL-ARQAM
Suatu masa dahulu, saya pernah dengar dari Al-Arqam bahawa pendakwah-pendakwah mereka pernah menyebut suatu hadis yang maksudnya lebih kurang begini.

Jika saya tersalah, sila betulkan saya. Maksudnya bahawa Nabi SAW ada pernah menyebut bahawa Al-Mahdi itu datangnya dari Khurasan (baginda menyebutnya sampai 3X) sambil tongkat baginda ditunjukkan ke arah selatan.

KURANG MENGAMBIL BERAT
Saya tidak mengambil berat sangat maksud hadis tersebut kerana kefanatikan atau ketaksuban melulu Al-Arqam pada masa itu. Mereka bersungguh-sungguh mendakwa Syeikh Suhaimi yang telah mati itu sebagai bakal Imam Mahdi yang akan muncul.

ADAKAH MUHAMAD ITU MAKSUD HADIS?
Adakah Muhamad dari Indonesia itu yang ditunjukkan oleh hadis itu? Saya tidak tahu. Saya benar-benar tidak tahu. 100% tidak tahu.  

Muhamad sendiri tidak mahu penyematan nama Al-Mahdi itu ditempelkan kepadanya. Dia merasa tidak layak dengan gelaran itu. Dia juga merasa tidak mampu memikul amanah itu.

SAYA HANYA TERSENYUM
Saat saya membaca huraian Taufik Suhendar (tentang Uga Wangsit Siliwangi) tentang maksud “Dia gembalakan ranting daun kering dan sisa potongan pohon”, saya hanya tersenyum di dalam hati.

Jawapan saya mudah sahaja…BENAR, BENAR & BENAR.

Saya ulangi sekali lagi…BENAR, BENAR & BENAR.

APA KATA TAUFIK SUHENDAR
Dalam Uga Wangsit Siliwangi disebutkan “Apa yang dia gembalakan? Bukan kerbau bukan domba, bukan pula harimau ataupun banteng. Tetapi ranting daun kering dan sisa potongan pohon. Dia terus mencari, mengumpulkan semua yang dia temui. Tapi akan menemui banyak sejarah/kejadian, selesai jaman yang satu datang lagi satu jaman yang jadi sejarah/kejadian baru, setiap jaman membuat sejarah. setiap waktu akan berulang itu dan itu lagi.”

DIA MENYAMBUNG LAGI
Bocah Angon memiliki kebiasaan mengumpulkan daun dan ranting. Kata daun dan ranting yang disebutkan Uga Wangsit Siliwangi dalam bahasa asli Sundanya yaitu “Kalakay jeung Tutunggul“. Kalakay merupakan daun lontar yang biasa digunakan oleh orang kita pada jaman dulu kala sebagai lembaran daun untuk menulis. Sementara Tutunggul merupakan ranting pohon yang biasa digunakan orang kita pada jaman dulu kala sebagai pena untuk menulis. Sehingga Kalakay dan Tutunggul bisa diartikan sebagai kertas dan pena.


SETERUSNYA
Si Bocah Angon ini memiliki kegemaran suka menggembalakan kertas dan pena. Dia terus mengumpulkan dan mengumpulkan kedua barang tersebut sebagai gembalaannya. Tidak jelas kenapa dia suka menggembalakan kertas dan pena. Kata mengumpulkan itu berarti kertas dan pena tersebut tidak hanya 1 buah, tetapi jumlahnya banyak dan itu menjadi barang kegemarannya.

Selanjutnya disebutkan “Dia terus mencari, mengumpulkan semua yang dia temui. Tapi akan menemui banyak sejarah/kejadian“. Kalimat tersebut bisa berarti bahwa Bocah Angon menggembalakan kertas dan pena untuk menemukan sejarah dan kejadian. Entah sejarah dan kejadian apa yang dia kumpulkan, tetapi bisa dimengerti bahwa di Nusantara banyak sekali sejarah yang dirubah, mungkin hal tersebut bisa juga terkait dengan pelurusan sejarah kita.

DIA MENCORET LAGI
Dia akan terus mengumpulkan sejarah dan kejadian-kejadian penting tentunya untuk menyelesaikan masalah di Nusantara. Wajar saja bila sejarah ditelusuri karena memang untuk menyelesaikan suatu masalah tidak bisa tidak harus mengetahui awal sejarahnya bagaimana bisa terjadi. Dengan kegemarannya menelusuri sejarah dan kejadian yang dituangkan dalam kertas dan pena tersebut kelak masalah di Nusantara akan bisa dibereskan dengan mudah. Semoga.


Panjang sungguh huraian/komentar Taufik Suhendar tentang maksud perkara bergaris itu.

Saya nak jawab mudah sahaja. Memang benar Bocah Angon (Muhamad) itu terlibat dengan dunia pena dan kertas. Dia terlibat dengan dunia pendidikan.

DEMI ALLAH saya bersumpah. Dia benar-benar terlibat dengan dunia pendidikan.

Tetapi setakat itu sahaja jawapan saya. Yang lain-lain itu saya terpaksa rahsiakan sepenuhnya. Berdoalah kepada Tuhan semoga anda dapat menemuinya. Mudah-mudahan Tuhan akan membuka lorong perkenalan.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 03:41 PM | Show all posts
berapa banyak thread kau nak bukak ni..sighs
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak phm la.. Bahasa indon ke siam?
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon mana yg bukak thread ni.....pening tul
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 11:24 AM | Show all posts
Kopi pes itu yg jadi yindon
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 04:08 PM | Show all posts
topik yang menarik..tapi mcm juga tred tt yang satu lagi..mcm sekerat jalan..
cube la jadi rajin sikit.... bukan semua orang reti ckp indon..bold and put on bigger font size? pls..sakit mata nak baca..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-10-2014 08:26 PM | Show all posts
OK..KALAU ADA RESPON BARU LE BOLEH SAMBUNG..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2014 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Copy paste dari blog org lain...haishhh....apala tt...dah copy credit la pd blogger tu..at least pmbaca lain boleh nilaikan sendiri.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 10:14 PM | Show all posts
imam mahdi dri indon pulakkkk adoyai..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2014 04:23 PM | Show all posts
Nasib baik dalam thread dongeng
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:48 PM | Show all posts
kalau imam mahadi dari yindon harus dia ialah dajal yg di cakapkan...ngok punya artikel...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.617288 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list