CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 4

[Tempatan] Cadbury: Panel syariah bebas pantau proses coklat

[Copy link]
Post time 24-7-2014 09:42 AM | Show all posts |Read mode


alamak tred culik ade dah

SEBUAH panel syariah bebas telah dibentuk atas permintaan Cadbury Confectionary Malaysia bagi memantau secara lebih teliti proses penghasilan coklat syarikat itu bagi menghapus keraguan status halalnya.

Ketua Hal Ehwal Korporat Mondelez Malaysia, pengeluar produk berkenaan, Raja Zalina Raja Safran memberitahu pemberita hari ini, usaha memanggil panel syariah itu adalah langkah proaktif untuk meyakinkan kembali umat Islam terutama penggemar coklat Cadbury di negara ini.

Panel syariah bebas itu terdiri daripada Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut; Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Zaharuddin Abd Rahman; pendakwah bebas Mohd Shukri Ali; dan Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Ma'amor Osman.  

Pada Mei lepas, satu laporan memetik Kementerian Kesihatan mengesan 'porsin' atau DNA khinzir dalam dua jenis coklat syarikat itu.  

Bagaimanapun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kemudian menyatakan dua sampel produk itu diambil terus dari kilang disahkan tidak mengandungi DNA khinzir oleh Jabatan Kimia.  - Bernama


Last edited by the_killer on 24-7-2014 09:45 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
16thn tuu
Aduhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:45 AM | Show all posts
kereta ape ni wei leh muat smpi 2 ekor lembu tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 09:45 AM | Show all posts
tread dah ade...so letak citer lain ..

sorry guys
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:53 AM | Show all posts
Sales drop giler-giler ni.

Aritu anak aku nak cadbury. Aku suruh dia ambik Kit-kat. Sekali dia tak mahu - siap guling-guling atas lantai. Aku beli jugak cadbury. Kit-kat pun beli. Sampai kat rumah, aku kasi dia leka - main itu ini sampai dia tidur. Cadbury tu aku buang tong sampah. Esok pagi dia cari cadbury. Aku cakap "tikus bawak lari masa **** (nama dia) tidur". Aku suruh dia makan kit-kat. Dia pun makan la.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.377817 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list