CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 696|Reply: 0

[Dunia] Prabowo cabar keputusan

[Copy link]
Post time 24-7-2014 10:02 AM | Show all posts |Read mode


Jakarta: Bekas jeneral yang tewas kepada Joko Widodo dalam pilihan raya Presiden Indonesia akan mencabar keputusan itu di mahkamah, kata pasukan kempennya semalam, satu langkah yang bakal mengheret republik itu ke arah situasi yang tidak menentu untuk beberapa minggu lagi.

Widodo, gabenor Jakarta dengan pemikiran baru diumumkan sebagai pemenang Selasa lalu selepas keputusan menunjukkan beliau menewaskan satu-satunya pesaingnya, Prabowo Subianto.

Sebelum keputusan diumumkan, Prabowo yang juga jeneral kanan ketika tahun pemerintahan kuku besi Suharto dan pernah didakwa berhubung penyalahgunaan hak asasi manusia mengumumkan beliau menarik diri daripada proses pilihan raya.

Prabowo, yang sebelum ini mendakwa beroleh kemenangan dalam pilihan raya pada 9 Julai, menuduh lawannya menipu dalam undian itu. Anggota pasukan kempennya Selasa lalu menyatakan beliau tidak akan mencabar keputusan di Mahkamah Perlembagaan, seperti yang dijangka secara meluas, kerana dia bukan lagi peserta dalam pilihan raya.

Namun, dalam satu pengumuman yang mengejutkan semalam, jurucakap Prabowo menegaskan bahawa beliau tidak menarik diri daripada proses pilihan raya secara keseluruhan, hanya pengiraan undian yang bermakna beliau masih boleh mencabar keputusan dan merancang untuk berbuat demikian.



Petanda tidak menentu
Penganalisis berpendapat, tindakan undang-undang tidak akan berjaya memandangkan saiz kemenangan Widodo kerana beliau memenangi enam mata peratusan atau kira-kira 8.4 juta undi.

“Keputusan Prabowo bagaimanapun memberi petanda beberapa minggu yang tidak menentu, kerana mahkamah mungkin mengeluarkan ketetapan pada 21 Ogos,” kata seorang penganalisis.

Jurucakap pasukan Prabowo, Tantowi Yahya mengumumkan keputusan untuk mencabar keputusan dan berkata, cabaran itu akan difailkan dalam masa tiga hari.

Cabaran itu akan ditumpukan kepada suruhanjaya pilihan raya, di mana Prabowo menuduh berlaku penyelewengan undi, sambil menambah pasukannya menganggap 21 juta undi boleh dipertikaikan.

Abang Prabowo, Hashim Djojohadikusumo, seorang ahli perniagaan kaya yang menyediakan sokongan kewangan untuk kempen itu, menambah: “Kami sedang mencari keadilan. Kami menjangkakan keadilan akan ditegakkan,” katanya. - AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.159919 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list