CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5230|Reply: 98

[Tempatan] Peneroka yang saman Felda tak dapat duit raya

[Copy link]
Post time 25-7-2014 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Felda mengesahkan mana-mana peneroka yang menyaman agensi tanah itu tidak akan mendapat dividen akhir Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dan wang saguhati hari raya.

Seorang jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat Felda berkata keputusan itu dibuat "bagi menjaga kepentingan peneroka lain yang menyumbang kepada perkembangan Felda".

Katanya, tindakan yang sama dikenakan juga terhadap peneroka yang menjual tanah tanpa kebenaran Felda.

"Ahli Lembaga Felda sudah putuskan siapa yang memfailkan saman kepada Felda, jual tanah tanpa kebenaran Felda, tak dapat langsung (dividen dan wang saguhati)," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, jurucakap itu berkata keputusan itu dibuat oleh ahli Lembaga Pengarah Felda pada bulan ini.

Beliau mengulas laporan portal Harakahdaily berhubung tindakan kira-kira 50 peneroka Felda Gugusan Bera dan Rompin yang membuat laporan polis kerana mendakwa dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir RM1,000.

Jurucakap itu bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut apabila ditanya mengenai jumlah peneroka yang menyaman Felda.

Laporan Harakahdaily itu menyebut mereka adalah sebahagian lebih 1,000 peneroka seluruh negara yang tidak dibayar meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata seramai 112,635 orang peneroka layak menerimanya.

Najib dilapor mengumumkan pembayaran dividen akhir FGVH kepada semua 112,635 peneroka Felda dengan jumlah RM72.9 juta (RM647.78 seorang).

Manakala peruntukan duit raya pula dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM30.5 juta iaitu RM300 bagi setiap keluarga.

Sementara itu, jurucakap itu berkata peneroka yang melanggar peraturan Felda antaranya tidak membuat tanaman semula atau tidak menghantar hasil kepada Felda, maka peneroka hanya mendapat separuh daripada jumlah dividen akhir dan wang sagu hati itu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 08:52 AM | Show all posts
tu laa ksi muke sangat........ sekali tak dapat.. dah naik hangen...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 08:59 AM | Show all posts
dah banyak sangat org felda ni kena tipu dengan orang atasan kesian aku tgk makcik aku peneroka
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 09:10 AM | Show all posts
saya bangga menjadi anak PENEROKA FELDA...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 09:13 AM | Show all posts
kalau time raya abah antara org yg happy... dapat bonus sana sini, siap bgtau, hangpa toksah beli apa... abah dah beli dah... tinggai hangpa balik ja raya... gitu le tetiap tahun....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 09:17 AM | Show all posts


Bagi dividen dari capex bukan dari profit...
Sebab tu puncanyakena "pilih kasih" terhadap peneroka...
Pastu gula-gulakan rakyat Oh felda dapat untung besar kali ini

Selain peneroka, kutuk saman kerajaan ada jugak ASB tetap dpt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2014 09:24 AM | Show all posts
aku tgk org felda ni banyak senang..mcm2 peruntukkan dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 09:26 AM | Show all posts
Ye...kat tempat cik ni ,yang menyaman FELDA ada dlm 20 orang kot. Kes perahan rendah. konon kalau menang dapat RM10K seorang...last2 kalah saman...Diam xkata ape2...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 09:28 AM | Show all posts
x pasti la mak iols dapat ke x..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 09:29 AM | Show all posts
Ntahnya..bapak iols peneroka..selalu je dapat imbuhan dari Felda..duit bonus, duit lebuhan buah, pinjaman nk buat rumah, duit anak masuk university dan mcm2 lagi la..kot mana pulak kena tindas. Tak payah pg keje pun duit maintain dapat ribu2 bulan2..Alhamdulillah..rasanya mak ayah lagi senang dari anak dia yang cuma kerja swasta ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 10:58 AM | Show all posts
julia5094 posted on 25-7-2014 09:29 AM
Ntahnya..bapak iols peneroka..selalu je dapat imbuhan dari Felda..duit bonus, duit lebuhan buah, pin ...

Yang kata kena tindas tu tak dapat jadi peneroka kot.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:03 AM | Show all posts
carly_lah posted on 25-7-2014 09:13 AM
kalau time raya abah antara org yg happy... dapat bonus sana sini, siap bgtau, hangpa toksah beli ap ...

touchingnye
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:07 AM | Show all posts
baguslah......yg dikejar tak dapat...yg dikendung berciciran..

patut pun felda buat lagu tu.

saya plak dapat bantuan Risda utk raya ni...syukur..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:10 AM | Show all posts
sembang boleh la.. berapa kerat ja melayu dapat felda.. tu pun ikut laporan datas.. ada p jual tanah.. xtanam balik..  x serah hasil.. macam2 la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:34 AM | Show all posts
macam-macam. yang untung siapa? harus buat lepas raya. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:07 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 25-7-2014 11:03 AM
touchingnye

abah mmg gitu tetiap tahun, x nak anak2 kuarkan duit... tp anak2, makin ramai kumpul, memacam la aktiviti nak buat kan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dewa19XKangen posted on 25-7-2014 11:10 AM
sembang boleh la.. berapa kerat ja melayu dapat felda.. tu pun ikut laporan datas.. ada p jual tanah ...

Yu merapu ke ni..sape jual tanah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:28 PM | Show all posts
yang kata orang felda kena tindas ni, kena tipu ni... korang ni orang felda ke...? sampaikan pung pang sembang kencang tahu luar dalam kata orang felda kena tindas lar, tipu lar...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Felda pprt ke felda urbanista?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:31 PM | Show all posts
cfa posted on 25-7-2014 12:28 PM
yang kata orang felda kena tindas ni, kena tipu ni... korang ni orang felda ke...? sampaikan pung pa ...

mazlan aliman yg kena saman oleh felda tu beritahu mereka kot...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.483471 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list