CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1839|Reply: 7

[Tempatan] Peruncit tuntut daging dijual RM28

[Copy link]
Post time 25-7-2014 11:40 AM | Show all posts |Read mode
WARTAWAN SINAR HARIAN
25 Julai 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services



  • Abdullah menunjukkan senarai harga bahagian lembu yang dijual sebelum ini.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


PADANG BESAR - Hampir 60 peruncit daging di negeri ini meminta kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan harga daging kepada RM28 sebelum hari raya nanti.

Peruncit daging, Abdullah Nyan, 60, dari Kampung Padang Mawar berkata, sekiranya daging dijual dengan harga RM26, mereka khuatir akan rugi berikutan pelbagai kos seperti makanan lembu jua semakin meningkat.

Menurutnya, penduduk di negeri ini lebih menggemari daging lembu dari Thailand kerana dagingnya lembut dan halus berbanding dari Australia.

“Selain dari dedak, penternak di Thailand turut memberi rumput sebagai makanan kepada lembu-lembu ini, oleh itu harganya agak mahal berbanding lembu dari Australia.

“Harga bagi lembu dari Thailand adalah sebanyak RM12.50 sekilogram (kg), dengan pelbagai kos sebelum dapat disembelih dan dijual, kami tidak akan ada untung menjualnya pada harga RM26, ditambah pula dengan nilai Baht yang agak tinggi sekarang berbanding ringgit, semua ini mempengaruhi harga lembu dari negara tersebut,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, pengimport lembu, Abdul Rahim Mahmud, 60, turut menyuarakan pendapat sama agar harga daging dinaikkan kerana dia turut mengalami kerugian.

Menurutnya, berat seekor lembu boleh berubah selepas dibawa masuk dari Thailand ke Malaysia.

“Apabila beratnya susut, saya perlu memelihara lembu ini terlebih dahulu, bayangkan berapa banyak kos yang perlu saya tanggung, kami tidak mengambil untung yang banyak, hanya RM0.50 bagi setiap kg.

“Harga bagi dedak lembu adalah RM30 bagi setiap 50kg, harga itu terlalu mahal dan kerajaan patut mengawal harga makanan lembu juga ataupun memberi subsidi makanan lembu supaya kami boleh menjual lembu dengan harga yang lebih murah,” katanya ketika ditemui di kandang lembunya di Kampung Baru Bikit Cabang di sini.

Abdul Rahim turut mencadangkan supaya kerajaan menjadi pengimport lembu supaya dapat mengawal harga lembu semasa musim perayaan.

Sementara itu, peruncit dari Kangar, Kadan Sathar Mohd Nor, 61, berkata, sekiranya kerajaan tidak menaikkan harga daging lembu, besar kemungkinan ramai peruncit tidak akan menjual daging sebelum musim raya ini.

Ujarnya lebih baik dia menjual daging itu selepas Aidilfitri bagi mengelak dia menanggung kerugian.

Sementara itu, Exco Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK), Datuk Sabry Ahmad berkata, pihaknya akan cuba mengetengahkan perkara itu kepada pihak kementerian supaya kerajaan boleh menetapkan harga yang berpatutan.

Timbalan Pengarah Pejabat PPDNKK Perlis, Razali Lebai Salleh pula berkata, harga daging diputuskan oleh kementerian, sebagai pihak penguatkuasa, beliau akan memastikan penjual mematuhi arahan kerajaan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 11:53 AM | Show all posts
Harga udang galah tak naik ka AN?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 11:54 AM | Show all posts
Maideen. posted on 25-7-2014 11:53 AM
Harga udang galah tak naik ka AN?

tak maideen...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:13 PM | Show all posts
oakat raya makan lauk telo la
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:15 PM | Show all posts
takpe..nanti stat GST turun la harga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 12:20 PM | Show all posts
dah tahu harga lembu diSiam lagi mahal dari lembu australia sebab lembu thai makan dedak dan rumput...kenapa peruncit2 tak import lembu dari australia je?..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2014 12:38 PM | Show all posts
semalam beli daging  btg pinang ke apa tah..sekilo 22 ingget kt psar mlam..dptla aku beli 2 kg je. sbab klu aku beli sok lusa mesti rege naik.

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 08:46 AM | Show all posts
apoh nak buwek ...adoh syndicate yang kontrol import daging...meke yang kontrol hargo market .....itu kementrian taw...sambil ambil ......???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.540591 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list