CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1462|Reply: 5

[Dunia] Sekolah Swasta Tutup Dera Budak Autistik

[Copy link]
Post time 25-7-2014 01:52 PM | Show all posts |Read mode
[size=0.9em]Ho Chi Minh: Sebuah sekolah beroperasi di daerah Tan Binh diarahkan tutup oleh jabatan pendidikan dan latihan selepas didapati melakukan penderaan ke atas kanak-kanak autistik.
[size=0.9em]Pemeriksaan pegawai perbandaran dan pendidikan itu dibuat selepas rakaman video didedah media menunjukkan guru sekolah menggunakan kaedah penderaan dan hukuman ke atas pelajarnya.
[size=0.9em]
Seorang wartawan melakukan rakaman rahsia di sekolah itu dibuat selama dua minggu dan mendedahkan bagaimana seorang guru mengherdik pelajarnya kerana makan perlahan. Guru terbabit kemudian mengheret budak itu ke akuarium, memaksanya memakan ikan sebelum menghayun penampar ke muka mangsa. Pelajar juga sering dihukum setiap kali gagal memuaskan hati guru bertugas. Sekolah itu mengendalikan 30 pelajar berusia seawal tujuh tahun dan mengenakan yuran antara AS$200 (RM634) hingga AS$370 (RM1,174) sebulan.

Berikutan pendedahan itu, seorang nenek sanggup memandu sendirian dari wilayah lain untuk memberhentikan cucunya.
[size=0.9em]
“Kami bersusah-payah menyimpan wang untuk menyekolahkannya namun tidak menyangka dia akan dipukul.
[size=0.9em]
“Dia hanya tahu menyebut beberapa patah perkataan saja, mungkin sebab itu dia tidak dapat memberitahu mengenai penderaan yang berlaku,” katanya.

[size=0.9em]Sementara itu pegawai pendidikan Vietnam berkata, sekolah itu memang tidak mempunyai lesen untuk beroperasi. - Agensi

Read here: http://mforum.cari.com.my/forum. ... wthread&fid=154



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 02:06 PM | Show all posts
Takde lesen boleh pulak bukak sekolah...nasib bukan berlaku kat malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dah byr mahal, kna belasah plak... hamjad tul... mmg ptut ditutup pun...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:51 PM | Show all posts
Kesian bebudak ni, dah la ada masalah bercakap kena pukul lagi. kejam cekgu tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:58 PM | Show all posts
Kasi tutup je sekolahnya tu sebab tak tahu macam mana nak mengajar pelajar autistic dah le tak da lessen.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 05:18 PM | Show all posts
Sian bebudak yg jadi mangsa
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.070200 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list