CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4051|Reply: 34

[Tempatan] MH17 - Mahfus tunjukkan kebodohannya lagi.

[Copy link]
Post time 25-7-2014 06:21 PM | Show all posts |Read mode
25
Jul

POSTED BY KUNTAKINTE MALAYSIA
#MH17: Mahfuz Buat Lawak LagiOleh Nur Azlina Shaari
Sungguhpun kita bersimpati dengan tragedi MH17 dan berkongsi kesedihan dengan ahli keluarga yang terkorban, namun cadangan Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar supaya mereka yang terkorban dianggap sebagai sebagai wira negara sangat tidak masuk akal dan tidak realistik.


Mahfuz telah menggesa agar kerajaan membuat sambutan rasmi sebagai Wira Negara kepada semua jenazah MH17, yang bakal tiba di Malaysia yang dijangkakan pada pagi Hari Raya Aidilfitri, sebagai pengiktirafan kepada “wira negara” yang telah “berkorban” dalam nahas ini.


“Kita perlu menyambut mereka sebagai wira negara kita, kerana pemergian mereka satu kehilangan besar bagi negara dan kita semua. Mereka telah dibunuh secara kejam yang sama sekali tidak boleh diterima oleh kita semua,” kata Mahfuz.


Kerajaan sudah tentu akan menyambut ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17 dengan cara sewajarnya. Namun mendesak mangsa yang terbunuh diberi sambutan wira negara bukan sahaja tidak tepat malah merendahkan pengorbanan sebenar wira-wira negara dalam mempertahankan negara dan mengangkat panji-panji negara.

Nampaknya, Mahfuz terlalu keliru dan pening dengan tragedi MH17 yang secara tiba-tiba berlaku kepada negara kita. Apakah MH17 pesawat yang membawa agenda negara atau sekadar pesawat komersial biasa yang menjadi mangsa konflik yang tiada kena mengena dengan kedaulatan dan kepentingan negara?


Mahfuz juga nampak gayanya tidak dapat membezakan makna antara wira negara dan penumpang pesawat. Semua rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas MH17 adalah digelar sebagai penumpang, bukanlah wira negara yang dalam perjalanan untuk berkhidmat dalam peperangan mahu pun perjuangan mempertahankan negara.


Jadi, di manakah logiknya mengatakan mangsa-mangsa MH17 adalah wira negara? Di sini jelas sepertinya Mahfuz mempersendakan identiti mangsa-mangsa yang terlibat dalam nahas ini. Juga, Mahfuz tidak menghormati perasaan dan keadaan keluarga mangsa yang masih lagi berkabung kerana kehilangan orang yang tersayang.


Andaian pada masa ini ialah pesawat komersial terbabit ditembak jatuh, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja dan oleh siapa masih lagi dalam siasatan. Justeru tidak wajar tanpa sebarang pengesahan atau bukti jelas, seorang pemimpin politik negara ini menganggap mereka dibunuh.


Jauh bezanya antara dibunuh dengan terbunuh. Antara ditembak dengan tertembak.


Seharusnya, Mahfuz tidak boleh menggambarkan kematian mangsa-mangsa MH17 sebagai ‘dibunuh’. Perkataan ‘dibunuh’ yang diguna pakai oleh Mahfuz mampu merosakkan usaha Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang berusaha bersungguh-sungguh berunding untuk menyelesaikan siasatan MH17 dan pengurusan membawa pulang mayat rakyat Malaysia yang terlibat. Mungkin juga, ia mampu mengeruhkan keadaan antara kerjasama Malaysia dengan Ukraine dan Rusia.


Malaysia juga berusaha sehabis baik agar tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mampu mewujudkan pertelingkahan antara ketiga-tiga negara ini supaya usaha siasatan MH17 tidak terganggu.

Namun seperti biada Mahfuz memilih membuat kenyataan yang aneh-aneh termasuk meminta kapten pesawat bebas menentukan laluan pesawat komersial dan mendakwa MAS memilih laluan yang salah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 06:26 PM | Show all posts
Mahfus ni giler babi ke? Wira negara ape jadah pulak? Bodoh betul la dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 06:35 PM | Show all posts
Dia ni terlebih show off konon pandai... Kalo cakap disambut dgn penuh perhormatan tu masuk akal jogak la...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha..betul ke ni..kang kata kenyataan palsu plak..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 06:42 PM | Show all posts
Naseb baik ta semua rakyat malesia mengikuti dan mempercayai kebodohanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Full military honor.....yes
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2014 07:25 PM | Show all posts
tu la dia.. kecik2 xnak mamfus..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 07:32 PM | Show all posts
Ini semua salah penterjemahan media
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 07:34 PM | Show all posts
mindef akan buat istiadat...hishamuddin kan ke dah confirmkn ke
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: PAS mencadangkan kepada pihak kerajaan Malaysia untuk membuat sambutan negara terhadap jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dengan insiden pesawat malang MH17 yang akan tiba ke negara ini.

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, sambutan rasmi negara itu bagi menzahirkan rasa penghormatan negara terhadap mangsa yang terlibat.

"Kita perlu menyambut mereka sebagai wira negara kita, kerana pemergian mereka satu kehilangan besar bagi negara dan kita semua.

"Mereka telah dibunuh secara kejam yang sama sekali tidak boleh diterima oleh kita semua.

"Sambutan ini juga sebagai tanda kita mengutuk serangan tidak bertamadun ke atas pesawat awam tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Semalam kumpulan pertama mayat nahas MH17 tiba di Belanda dengan sambutan istiadat dan deretan orang ramai.

Tentera Belanda yang beruniform lengkap menerima 40 keranda kayu berisi mayat mangsa yang ditempatkan satu persatu di lapangan terbang Eindhoven di selatan negara itu dalam majlis penuh istiadat sebagai penghormatan terakhir dengan orang ramai berbaris di kiri dan kanan jalan.

Malaysia semalam turut mengadakan sidang parlimen khas dan membawa usul mengutuk serangan ke atas pesawat tersebut.

Malaysia juga menuntut keadilan ke atas insiden itu dengan pihak bertanggung jawab diheret ke muka pengadilan.

Kerajaan juga dalam usaha membawa pulang jenazah rakyat Malaysia untuk dikebumi di sini sebelum Aidilfitri. - HARAKAHDAILY 24/7/2014
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mmg bodoh....dan.terbodoh setiap kali dia.mula.becakap
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalahnya. Mereka terkorban atas sebab 'peperangan' bodoh manusia. Kemalangan ini menyedarkan semua pihak akan konflik yg berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 08:08 PM | Show all posts
Mahfuz mahu sambut macam ini kah?





Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni je la yg mampu disumbangkan pemimpin PR... Idea bodoh ... Selama ni taktik politik PR adalah Politik mengkritik ... Ni la hasilnya.... Last edited by Leonarzi on 25-7-2014 08:11 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Negara kafir makan vavi leh buat sambutan mcm tu..kahkahh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 10:22 PM | Show all posts
Babai posted on 25-7-2014 06:26 PM
Mahfus ni giler babi ke? Wira negara ape jadah pulak? Bodoh betul la dia ni.

wira negara kita nak balik Malaysia..tetiba kapal terbang ditembak atau tertembak jatuh oleh musuh negara Malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 10:38 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 25-7-2014 07:59 PM
Apa masalahnya. Mereka terkorban atas sebab 'peperangan' bodoh manusia. Kemalangan ini menyedarkan s ...

So ape masalah sekarang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 10:48 PM | Show all posts
yellowfin posted on 25-7-2014 06:35 PM
Dia ni terlebih show off konon pandai... Kalo cakap disambut dgn penuh perhormatan tu masuk akal jog ...

sapa tak kenal mahfus dgn kebodohannya?..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 10:50 PM | Show all posts
magnus posted on 25-7-2014 06:41 PM
Ha..betul ke ni..kang kata kenyataan palsu plak..

takkan laporan harakah pun tipu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:49 AM | Show all posts
tu beza pemimpin suci umngok tarap nabi
dengan org lain.

bila iktiraf 'wira negara' terhadap penumpang mh370
macai2 bukan main puji menjilat2.

bila turn mahfuz 'ulang ayat yg sama' terhadap mh17
tross kene cop bodoh

tt datang bulan lagi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.083354 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list