CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1589|Reply: 8

[Tempatan] Bayi Maut Tercampak Keluar Kereta

[Copy link]
Post time 25-7-2014 07:49 PM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Seorang bayi berusia lima bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu ibu saudaranya di Km 110, Jalan Jerangau-Jabor dekat Ladang Espek Risda, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Dungun tengah hari tadi.
   
Muhammad Ammar Mohd Sobri parah di kepala dan meninggal serta merta di tempat kejadian.
   
Ketua Polis Daerah Dungun, Supritenden Ahmad Zailani Yaacub berkata bayi terbabit  dipangku neneknya di bahagian belakang kereta yang turut dinaiki ibunya.
   
"Insiden dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan terbalik," katanya ketika dihubungi.
   
Ibu saudara bayi itu, Noor Aini Abu Bakar, 30, patah tangan kiri dan nenek bayi tersebut yang cedera di muka dihantar ke Hospital Dungun.
   
Ibu bayi berkenaan yang dikenali sebagai Nor Asikin Abu Bakar cedera ringan dan turut menerima rawatan di hospital yang sama.
   
Sementara itu di Kemaman, seorang penunggang motosikal maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta di Km 115, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Bandar Baru Kerteh pagi tadi.
   
Mohd Jamal Musa, 39, dari Kemasek meninggal ditempat kejadian dalam kemalangan 7.15 pagi itu.
   
Jurucakap polis berkata mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Petroleum, Kerteh sementara pemandu kereta itu dari Kuala Lumpur mahu pulang beraya ke Dungun. - Bernama

Read here: http://www.sinarharian.com.my/se ... -di-dungun-1.303128
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawak laju la tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 07:57 PM | Show all posts
Sebab itulah di negara maju bayi wajib diletakkan di dalam baby seat
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 08:14 PM | Show all posts
kerap juga nampak...
baby si ibu pegang..
dolu aku begitu juga...pastu aku ni suke pikir bukan bukan, terus beli
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 02:23 AM | Show all posts
Bila lah agaknya Karajan nak buat undang undang haramkan pangku anak dalam kereta. Tapi sebagai ibu bapa dah boleh fikir sendiri untuk keselamatan anak dia orang tapi  fikir benda macam tu takan betlaku pada mereka. Semuanya dah tertulis katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 06:10 AM | Show all posts
Ibu bapa paling penyayang dalam donia adalah mereka yang memandu sambil pangku anak. Bila eksiden anak jadi airbag tuk depa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2014 06:16 AM | Show all posts
KLVIPER posted on 27-7-2014 02:23 AM
Bila lah agaknya Karajan nak buat undang undang haramkan pangku anak dalam kereta. Tapi sebagai ibu  ...

seperti biasalah ummah2 ni nak justify kecuaian sendiri dgn menyalahkan takdir...kalaulah baby tu boleh berckp mmg disumpahnya semua yg kt dlm keta tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 06:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kereta boleh beli tudung paridah boleh beli apa le sangat dengan baby car seat tu demi keselamatan bayi sendiri jika belaku kemalangan. Last edited by Artemesiaa on 27-7-2014 06:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 07:24 AM | Show all posts
Yang pegang anak kecik duduk belakang stereng sambil memandu pun ada. Apa nak eran.

Pakai keta mewah taw.
Mungkin orang tu dulu miskin tak skolah tinggi, komdian meniaga meniaga....tiba-tiba kaya mengejut.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.068126 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list