CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19680|Reply: 90

Ada yg kirimkan mesej "Ingatkan dah mati" kpd Mazidul Akmal Sidek #70

[Copy link]
Post time 26-7-2014 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maxim at 24-5-2016 01:15 PM

Mazidul Akmal Koma Sementara Akibat Serangan Angin Ahmar

MUNGKIN ramai yang tidak tahu wartawan terkenal TV3 dan blogger, Mazidul Akmal Sidik telah diserang penyakit angin ahmar, beberapa hari lalu.
Perkara itu dimaklumkan oleh rakannya yang juga penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim menerusi akaun Facebooknya.

Menerusi maklumat di ruangan komen, Mazidul berada dalam keadaan ‘induce coma’ atau koma sementara dan telah menerima rawatan di Hospital Pantai Medical Centre.

Dia sudahpun menjalani pembedahan dan sebelum itu sudah dapat bernafas sendiri tanpa bantuan mesin.
Rata-rata komen yang diterima mendoakan agar Mazidul kembali sihat dan dapat kembali bekerja seperti biasa.





=========================================================================
WARTAWAN MURAI PEMALAS KANTOI KOPI PASTE INFO SALAH DARI FORUMER CARI



KL, 25 JULAI 2014: Kerjaya wartawan yang mencabar menjadi pilihan dan ternyata ia membawa nama Mazidul Akmal Sidek menjadi individu yang dikenali dek kerana keberaniannya membongkar pelbagai kisah jenayah dan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.
Wartawan senior di TV3 serta lebih dikenali sebagai 'penyingkap fakta' telah dimasukkan ke Hospital Pantai Medical Centre kerana serangan stroke. Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi mengenai status kesihatan beliau.

Kesihatan wartawan yang sinonim dengan program membongkar kisah-kisah jenayah 999 di TV3 itu  dilaporkan semakin agak tenat. Menurut petikan daripada komen-komen yang dibaca di sebuah forum yang membicarakan keadaan kesihatan terkini Mazidul, ia menjelaskan lagi  situasi yang dihadapi wartawan penyiaran terbabit.

“Penyakit asal kena darah tinggi, makan durian terus kena stroke macam ni, operation, tempurung kepala dibuang separuh, otak diambil suku, simpan dalam perut utk beberapa ketika... then paralysed hingga hujung nyawa..."

Apa-apa pun kita cuba untuk mendapatkan perkembangan mengenai kesihatan Mazidul daripada masa ke semasa. Di kesempatan ini marilah kita sama-sama doakan kesihatan beliau. Semoga Allah SWT terus melindungi beliau dan menyembuhkan daripada penyakit yang ditanggungnya itu.





Last edited by maxim on 19-8-2014 06:58 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 09:37 AM | Show all posts
Tempurung KELAPA.

righttttt.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 09:53 AM | Show all posts
whattt "otak diambil suku, simpan dalam perut utk beberapa ketika" yg ni aku tak boleh hadam.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sebijik copy cerita forumer kt benang sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 10:33 AM | Show all posts
mcm dejavu je ayat simpan dlm perut tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:13 AM | Show all posts
“Penyakit asal kena darah tinggi, makan durian terus kena stroke macam ni, operation, tempurung kepala dibuang separuh, otak diambil suku, simpan dalam perut utk beberapa ketika... then paralysed hingga hujung nyawa..."

bukankah ini ayat sedara forumer yg kena stroke macammazidul? bukan pasai mazidul? kopipes tak hagak2 murai neh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2014 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak sgt wartawan murai ni bahlol kuasa 10
Main ceduk je berita tanpa buat homework dulu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:25 AM | Show all posts
takutnya jadi mcm ni,
kontrol pemakanan tu sangat penting,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaha. Bengap abadi wartawan murai ni. Tu kan ayat salah sorang forumer cerita pasal durian bagai tu. Bodoh tu lain kali simpan sikit. Jangan tunjuk sangat. Tak beragaklah nak copy paste tanpa fahamkan dulu. Bebal sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:43 AM | Show all posts
teringat allahyarhamah tok aku...

kena stroke lepas demam 2 minggu jap kebah, jap x kebah...

then, mula2 dok scan kepala ada sikit tompokan darah di kepala..

makin lama makin merebak dan doctor suggest utk operate camni yg resultnya 50-50..

family sepakat xnak operate based on age and esp pesan arwah tok aku...klu jadi apa2 kat dia, jangan dok suh guna gunting ka pisau kt dia = memang dia xnak la operate2 ni..dia nak pergi dengan baik katanya...

nasib la family wat keputusan yang betul..keesokan paginya dia pergi dengan tenang...alfatihah...

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
aku sedih baca berita nih tup2 rasa nk gelak baca komen yg murai kopipes ayat forummer
adehhh..
apapun takziah pd mazidul,
takutnyalah bahaya strok nih
jagalah kesihatan.. jaga mkn
terutama pada musim perayaan ini..
kasihani org tersayang yg terpaksa jaga kita bila kita jatuh sakit... nak plak bila jatuh sakit time raya sbb byk sgt mkn daging bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
ayoo.. skeri marry..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:21 PM | Show all posts
idadzira posted on 26-7-2014 09:53 AM
whattt "otak diambil suku, simpan dalam perut utk beberapa ketika" yg ni aku tak boleh hadam.

dipetik dr porum cari.... kat bod CI... motif wrtwn tu berani cedok info yg dipertikai tuh... lawak gile...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:22 PM | Show all posts
Suchi posted on 26-7-2014 11:50 AM
aku sedih baca berita nih tup2 rasa nk gelak baca komen yg murai kopipes ayat forummer
adehhh..
ap ...

ntahnya... dlm nak sedih tuh...
ade gak lucunya wrtwn takleh jumpa family mazidul ke utk kepastian.... ni cedok komen porum....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:25 PM | Show all posts
PencuriHati posted on 26-7-2014 11:39 AM
Hahahaha. Bengap abadi wartawan murai ni. Tu kan ayat salah sorang forumer cerita pasal durian bagai ...

tu aaahhh bebal takde sempadan tuh.... tu la amalkan dok atas kerusi cari info kat porum sgt.... atleast pandai2 la tgk mana satu gurauan... mana satu post2 yg serius.... fakta....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:33 PM | Show all posts
Konfiden je tulis lumpuh hingga ke hujung nyawa...


Ngokngek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 12:35 PM | Show all posts
Patutla aku mmg rasa ada terbaca ayat2 tuh. Tpi bukan psl mazidul. Ape ni copy paste pun paham kan la dlu betul2. Aiyoo..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:44 PM | Show all posts
Patutla aku rasa mcm pernah bc je ayat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:46 PM | Show all posts
tak reti cari first hand info, duk ngadap forum
hanya perlu pahamkan dan kopipes saja
tapi kopipes pun bulih fail
elok ko gi terjun dalam periuk mak ko buat rebus ketupat jah dik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2014 12:58 PM | Show all posts
hzln posted on 26-7-2014 12:46 PM
tak reti cari first hand info, duk ngadap forum
hanya perlu pahamkan dan kopipes saja
tapi kopipes ...

ok aku dah jmpa..samdol gle



cc: @buzzin_urban
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071762 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list