CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11695|Reply: 116

[Tempatan] Tukang sapu tidak tahu gambar anak tersebar

[Copy link]
Post time 26-7-2014 11:54 AM | Show all posts |Read mode
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Julai 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services




[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


KUALA TERENGGANU - Seorang tukang sapu tidak tahu gambar kanak-kanak perempuan yang sedang tidur keletihan atas troli sampah yang tersebar dalam Facebook, adalah anaknya sendiri.

Fazilah Mohamad, 30, berkata, dia terpaksa membawa anak tunggalnya itu bersama-sama ketika itu memandangkan tiada siapa dapat menjaganya.

“Saya tidak tahu siapa yang ambil gambar itu, tapi masa itu memang dia letih kerana ikut saya menyapu. Saya pun ke tempat kerja hanya berjalan kaki kerana tiada kenderaan.

“Saya ingat tahun depan nak hantar anak (Farah Nadiya Abdullah, 5) ke tadika supaya dia tidak lagi ikut saya ke tempat kerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Fazilah, yang tinggal di Panji Alam, baru sebulan bekerja sebagai tukang sapu.

Dia yang tinggal bersama kakak dan seorang abang orang kurang upaya (OKU) berkata, dia bekerja kerana desakan hidup untuk menyara keluarga.

Katanya, kakaknya turut bekerja sebagai tukang sapu di syarikat sama, manakala abangnya ambil upah membuang sampah.

“Untuk persiapan hari raya, saya sudah beli kelengkapan baju raya untuk saya dan anak,” katanya.

Gambar yang dirakam mendapat simpati banyak pihak, termasuk seorang kakitangan kerajaan, Mohd Aziruddin Majid, 29, yang mengambil inisiatif mengumpul sumbangan daripada rakan untuk disumbangkan kepada Fazilah sekeluarga.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam biasa.........zakat mana? Zakat?
Negeri yg paling kaya dlm s'jung m'sia. Last edited by apam on 26-7-2014 11:59 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:03 PM | Show all posts
ibu ni lagi mulia dari mak pprt kt putrajaya tu tinggalkn anak smpai terbakar rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:06 PM | Show all posts
apam posted on 26-7-2014 11:58 AM
Macam biasa.........zakat mana? Zakat?
Negeri yg paling kaya dlm s'jung m'sia.

Baru nak tanya soalan yg sama.  Dah ada gambar dn berita mcm ni, dah tau pula di mana tempat kerja si tukang sapu  seharusnya pihak pusat zakat ambil inisiatip membayar zakat kpd yg berkenaan.  Atau masih nak tunggu isi borang juga ke, panjat tangga pusat zakat?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:08 PM | Show all posts
maner org2 zakat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:50 PM | Show all posts
apam posted on 26-7-2014 11:58 AM
Macam biasa.........zakat mana? Zakat?
Negeri yg paling kaya dlm s'jung m'sia.

Bukan yang kedua paling miskin?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2014 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
mattzzx posted on 26-7-2014 12:50 PM
Bukan yang kedua paling miskin?

Aku kata negeri bukan rakyat marhain. Negeri banyak hasil depa dok korek ambik minyak, tapi dapat hasil depa buat bangunan kat kl.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:00 PM | Show all posts
Nk tunggu ada gmbar tersebar cenggini baru ada org zakat trhegeh2 pi melawat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 01:01 PM | Show all posts
yg kutip zakat tkde buat keje bagi zakat ke
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:05 PM | Show all posts
istana sultan berbilion
sian kat rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga berhari raya dgn bahagia makcik.;(
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaji dia myb lebih drpd rm1500 so ikut borang zakat yg trsebar kt forum tu kn dh lebih klyakkn terima zakat....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:30 PM | Show all posts
Org kerja pusat zakat pprt sgt tak guna media sosial..... sbb tu semua tak tau...... mkn gaji buta...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bagusnya dia bwa anak pi keje.... gigih cari rezki walau sbg tukang sapu... org camnila ptut dibantu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
At least dia berusaha gigih cari duit belanja
X meminta2
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:55 PM | Show all posts
pekasa mana pekasa .napa tak ngutip derma untuk ibu ni...dia ni jauh lebih layak  di bantu bebanding si kiki kaki buli tu..stereng lock girl
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 02:16 PM | Show all posts
ok lah dia ada keje.

dah korang ni kenapa meroyan sampai kutuk pusat zakat segala....

kenapa asal nampak tukang sapu terus rasa sedih feeling suci nak berderma gitu... tak baca ka anak dia dah siap beli baju raya, ada dia kata dia minta derma satu malaya?



Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 02:18 PM | Show all posts
sepiITUindah posted on 26-7-2014 01:05 PM
istana sultan berbilion
sian kat rakyat

sltan simbolik islam. mana boleh usik. kalau xde sltan cina besar kepala. biar mati anak jangan mati adat. ingat kita orang melayu kena ikut adat
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 02:19 PM | Show all posts
apam posted on 26-7-2014 12:58 PM
Aku kata negeri bukan rakyat marhain. Negeri banyak hasil depa dok korek ambik minyak, tapi dapat  ...

apa masalah buat bangunan kat KL hatta kat Nigeria pun kalau semuanya ada penyewa?...

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 02:21 PM | Show all posts
bambimo posted on 26-7-2014 01:22 PM
Gaji dia myb lebih drpd rm1500 so ikut borang zakat yg trsebar kt forum tu kn dh lebih klyakkn terim ...

kalau kat negara maju kokesen tukang sapu ni lah yang highly paid.... dah lah keja beberapa jam sahaja sehari...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.754160 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list