CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2846|Reply: 39

[Jenayah] Cuba dipujuk tukar agama kpd Kristian.

[Copy link]
Post time 26-7-2014 12:14 PM | Show all posts |Read mode
SARINAH MAT KASIM
26 Julai 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services



  • Salah seorang mangsa, Akbar menceritakan bagaimana dia cuba dipujuk supaya menganuti Kristian.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


SEREMBAN – Terdapat sekumpulan individu didakwa beroperasi di sekitar bandar ini, cuba memujuk umat Islam bertukar agama kepada Kristian.

Mereka (umat Islam) bukan sahaja ditawarkan wang ribuan ringgit, malah orang Islam yang sudi menukar agama akan diberi elaun hidup, selain menjanjikan syurga buat mereka di akhirat kelak.

Kejadian ini didedahkan sekumpulan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang semalam tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, bagi mendesak supaya tindakan segara diambil.

Menurut Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah, Mohd Rasul Badar, yang mewakili kira-kira enam NGO Islam yang lain, desakan dibuat supaya pihak berwajib bertindak segera dalam mengawal keadaan ini dari terus berlarutan.

Sementara itu, salah seorang mangsa,  Mohd Akbar Abu Bakar, 45, menceritakan dia dan keluarganya dipujuk jirannya sendiri untuk meninggalkan Islam, dan mengikutnya menganuti Kristian.

Katanya, lelaki berkenaan yang berumur dalam lingkungan 55 tahun, cuba menawarkan sejumlah duit dan elaun jika mereka bersetuju menganuti Kristian.

“Katanya saya tak perlu tukar nama, dan boleh meneruskan amalan Islam seperti biasa, namun dengan syarat hati perlu sentiasa ingat kepada Jesus dan perlu tandatangani borang khas yang mengiktiraf seseorang itu telah keluar Islam dan menganuti Kristian,” katanya yang tinggal di Taman Sri Carcosa.

Disebabkan kejadian itu, Akbar kemudiannya membuat laporan polis supaya tindakan undang-undang diambil terhadap individu tersebut.

Turut serta dalam piket aman itu adalah Majlis Ayahanda Malaysia Negeri Sembilan, Wira Perkasa negeri dan Pertubuhan Kebajikan Perpaduan Umah Malaysia.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 12:49 PM | Show all posts
Mana pergi duit  zakat?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:50 PM | Show all posts

kristian malaysia hina lembik pergi derma kat  kaum pprt mereka sendiri sudah lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali duit zakat tu simpan lah banyak2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah xtian mulaysia ditindas.kesian mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 12:57 PM | Show all posts
So? Nak salahkan siapa kalau masuk Kristian lg selesa hidup di bantu dr kekal dalam Islam hidup merempat?

Tepuk dada tanya iman sendiri la..... ada yg sanggup mati pertahankan agama Islam. Ada yg tak sanggup berlapar utk kekal dlm Islam.

Ada petugas kt pejabat agama pun kerjanya lg sibuk tangkap orang beromen.... bukan berdakwah & kuatkan ikatan saudara sesama umat Islam...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2014 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
No so called missionary will ever entice people to convert with money. Bukan cara2 islam guna di sabah. Salvation is from  inside. God wants is true believer. Geniune believer yang bukan boleh dibeli atau dijual.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:05 PM | Show all posts
Mereka (umat Islam) bukan sahaja ditawarkan wang ribuan ringgit, malah orang Islam yang sudi menukar agama akan diberi elaun hidup, selain menjanjikan syurga buat mereka di akhirat kelak.


kakaka, serupa kerja dgn yg pancing kerling mabuk masuk isle, ada hati nak kutuk orang lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 01:08 PM | Show all posts
Ini kes jiran mneghasut. Cemana ada bahalol kat sini boleh sebut tentang zakat  & tentang merempat pulak ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya duit zakat yg betimbun tu digunakan utk pancing seluruh umah isle dan bukan isle utk masuk dok dlm isle. Bukannya berkira-kira mana yg nak dibagi, mana yg tak dibagi. Tapi gaji depa tau plak depa secure awal2. ......pftgfhdhf
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:11 PM | Show all posts
Biar lah mereka mahu murtad dan berselindung di gereja,
benda ini spiritual bukannya fizikal di atas kertas.

Kalau mereka murtad kerana uang biarkan sahaja lah udah itu yg mereka mahu, ummah sunni yg coba suruh kawan2 masuk islam siap ajar alif ba ta dan syahadah takde sape kecoh pun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:19 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 26-7-2014 01:08 PM
Ini kes jiran mneghasut. Cemana ada bahalol kat sini boleh sebut tentang zakat  & tentang merempat p ...

Kan pakcik tu bg tau dia ditawarkan duit klu masuk kristian..... pakcik ni tak miskin so x jln la kt dia... cuba yg miskin hina set masuk bersamamu tu..... miskin melarat tiba2 dijanjikan elaun bulanan 1-2 ribu..... ko rasa brp % yg bertahan? Aku x tau tp aku caya mesti ada yg tergoda..... demi wang & hidup selesa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
BotakChinPeng posted on 26-7-2014 01:08 PM
Ini kes jiran mneghasut. Cemana ada bahalol kat sini boleh sebut tentang zakat  & tentang merempat p ...

Bahlol ke tak bahlol, memang duit zakat boleh dibagi kpd umah manusia agar hepi2 aje dok dlm umah isle. Bukannya duit ditimbun banyak2 buat investment. Org yg dah mmpu keluarkan zakat lagi cekap buat investment.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:28 PM | Show all posts
semua pendakwah mmg pujuk masuk agama masing2.

pada aku, baik direport petugas2 jabatan agama yg besarkn perut tapi taarak buat kerja,
yg jaga zakat, pi mana duitnya, tu pun harus direport bagai.
report juge mufti2, pegawai agama yg gagal nasihatkn ketua2 sendiri ikut ajaran islam, esp yg basic cm menutup aurat..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
di zaman duit almost segalanyaa
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
err mualaf yg masuk islam tu dpt elaun bulanan x?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 02:02 PM | Show all posts
clarizsa posted on 26-7-2014 01:55 PM
err mualaf yg masuk islam tu dpt elaun bulanan x?

1. paper ada melapor bhw apek nyanyuk miskin ditawarkan duit sekian krn tiada duit tengok doktor utk masuk kumpulan tertentu, bila dia mati familinya baru sedar krn mayat dirampas.

2. Kerling mabuk juga dipancing dgn janji sekian wang, maka pun masuklah kumpulan tertentu. dapat duit mabuk lagi, hina sendiri.

3. Amoi2 naif digoda oleh orang jahat yg berniat jahat utk masuk kumpulan tertentu, bila sudah jadi makcik maka ditinggalkan hidup sendiri mati sendiri. Rasa kesal tapi tak boleh patah balik lagi.


kalau begitu bagus spt yg dikatakan, kenapa pakai taktik 2 yg keji? buat sendiri tambah hina.

Last edited by v(T.T)v on 26-7-2014 02:05 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 02:03 PM | Show all posts
aku tak pecaya yg  berita dia org ni..tak pernah pun christain menjanjikan wang ringit  dan surge untuk jadi christain. church bukan nya banyak duit..sedangkan nak bina church bru pun dari derma iklas org2 yg dtg sbyg .tu pun suka hati nak derma hatta satu rm pun NO PAKSA2
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
v(T.T)v posted on 26-7-2014 02:02 PM
1. paper ada melapor bhw apek nyanyuk miskin ditawarkan duit sekian krn tiada duit tengok doktor u ...

kumpulan apa??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 02:06 PM | Show all posts
clarizsa posted on 26-7-2014 02:05 PM
kumpulan apa??

Tak payah citer sampai begitu jelas.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.082712 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list