CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5335|Reply: 37

[Tempatan] Edisi Meleleh Air Liur:Lemang To'Ki

[Copy link]
Post time 26-7-2014 08:04 PM | Show all posts |Read mode
BENTONG - Lemang yang dihasilkan daripada campuran pulut dan santan, kemudian dibakar di dalam buluh secara tradisional menggunakan arang dan kayu api adalah antara juadah wajib dinikmati apabila tiba musim perayaan terutama Aidilfitri.
   
Bagi perantau yang sentiasa berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Baharu, Kelantan pastinya tidak asing dengan nama Lemang To'Ki Bentong yang terletak kira-kira 45 minit dari Plaza Tol Gombak.
   
Pengusaha Lemang To'Ki, Mazlan Ramli, 49, ketika ditemui di gerainya berkata, walaupun terdapat pelbagai produk segera di pasaran, lemang yang diperbuat secara tradisional masih menambat hati ramai kerana dikatakan rasanya yang enak serta tahan lebih lama.
   
Beliau berkata proses pembuatan lemang iaitu merendam dan membasuh buluh, memarut kelapa, sehinggalah ke peringkat terakhir, persediaan membakar lemang itu dilakukan sendiri di gerainya.
   
"Lemang To'Ki yang telah siap dibakar mampu bertahan selama tiga hari dan sekiranya disimpan di dalam peti sejuk, ia mampu bertahan selama satu hingga dua minggu tanpa berubah rasanya," katanya kepada Bernama.
   
Lokasi gerainya yang strategik, berhampiran laluan utama Bentong-Kuala Lumpur dan Bentong-Kota Baharu turut menjadi faktor utama lemangnya semakin dikenali bukan saja di sekitar daerah di negeri ini malah dalam kalangan pelancong luar.
   
Mazlan yang telah berkecimpung dalam dunia pembuatan lemang sejak sembilan tahun lepas, turut mendapat tempahan bagi tujuan jamuan daripada kerabat diraja Pahang di samping tempahan daripada pelbagai jabatan kerajaan negeri.
   
Bagi menjamin kualiti serta ketahanan lemangnya, beliau menggunakan buluh jenis padi dan telur kerana dikatakan antara jenis buluh yang terbaik serta menggunakan daun pisang yang turut diambil dari hutan.
   
"Buluh yang telah siap dipilih akan direndam selama setengah jam demi menjamin kebersihan serta menghilangkan miang," katanya yang turut mengakui lemangnya itu mampu membawa pulangan ribuan ringgit setiap bulan jika kualiti lemang yang dihasilkan sentiasa dijaga.      
   
Mazlan berkata lemang yang dijual dengan harga RM8, RM10 dan RM12 bergantung kepada saiz mampu mencecah jualan 60 hingga 200 batang sehari, terutama pada hujung minggu.
   
"Permintaan terhadap lemang akan meningkat dua hingga tiga kali ganda berbanding hari biasa terutama tiga hari sebelum Hari Raya Aidilfitri.
   
"Sepanjang bulan Syawal pula, saya dapat menjual lebih daripada 200 batang sehari kerana mendapat banyak tempahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan majlis rumah terbuka yang dianjurkan pelbagai pihak," katanya.   
   
Selain lemang, gerai yang beroperasi setiap hari itu turut menyediakan pelbagai juadah tengah hari, ayam golek, cendol serta masakan panas dengan waktu operasi bermula 7 pagi sehingga tengah malam kecuali Isnin.
   
Bagaimanapun, sepanjang bulan Ramadan perniagaan beliau hanya beroperasi pada 4.30 petang hingga lewat malam.
   
Anak kelahiran Felda Lurah Bilut itu pernah menjalankan perniagaan menjual dan membaiki kasut selama hampir 18 tahun, namun pendapatan yang diraihnya tidak mencukupi untuk menyara kehidupan beliau dan keluarganya, berbanding menjual lemang, katanya.
   
Mengenai asal usul nama lemang To'Ki, beliau berkata nama itu tercetus secara tidak sengaja ketika menuntut ilmu pembuatan lemang daripada saudaranya yang berasal dari Perak.
   
"Nama To'Ki ini sebenarnya gabungan dua gelaran bagi orang tua. Orang Perak memanggil orang tua sebagi 'Atok', orang Pahang pula menggunakan sebutan 'Aki', dan gabungan nama itu membawa kepada pembuatan lemang istimewa ini," katanya. - Bernama

Read here: http://www.sinarharian.com.my/ed ... di-pilihan-1.303213
Last edited by GhostWalking on 26-7-2014 12:09 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts

Overrated la lemang to'ki ni
Bukan sedap mana pun
Dah la staf sombong nak mamposss

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 08:32 PM | Show all posts
inilah dia melayu. bukan nak support peniaga melayu. LOL
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 08:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat to'ki yg penyanyi tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 08:53 PM | Show all posts
itu ke gambar to'ki?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2014 09:50 PM | Show all posts
Dulu pak ali, skg to'ki plak..
Jatuh sgtla bentong, kalu x bolh rase
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:33 PM | Show all posts
lemang yg kat mrr2 dari Gombak menghala ke Cheras yg kedai mula2 sebelum zoo negara tu lemang dia sgt sedap.. (utk haku la..)nama kedai tak ingat...masa raya haji tahun lepas mlm raya dekat sejam queue nak beli lemang kat situ.. mmg moist and cukup rasa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 12:13 AM | Show all posts
lemang......! lemang......! lemang......! lemang......! lemang......!

harap indon tak klaim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 12:19 AM | Show all posts
Lepas makan lemang dengan rendang minum kopi o panas
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku pernah beli kat senawang dkt tmn radhidah utama nak.ke stadium tu sebelah shell..mmg chMpionn
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 12:59 AM | Show all posts
SUHA posted on 26-7-2014 09:50 PM
Dulu pak ali, skg to'ki plak..
Jatuh sgtla bentong, kalu x bolh rase

teringin nak rasa yang tradisional ka?
pi ja kuala pilah sana..
sepanjang jalan ada banyak jual lemang panas..

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:00 AM | Show all posts
Ciss... ingatkan penyanyi tok ki tuh jual lemang.. mati idup semula aku tak nak makan, takut dia masuk serbuk lak dalam beras... dia sendiri pun kutip puntung rokok org nak isap semula... jalan terhuyung hayang kat gombak ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 01:12 AM From the mobile phone | Show all posts
slippergombak posted on 26-7-2014 05:00 PM
Ciss... ingatkan penyanyi tok ki tuh jual lemang.. mati idup semula aku tak nak makan, takut dia mas ...

Dia ada kat gombak?apa dia buat?aku ingatkan dok kat utara
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:24 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 27-7-2014 01:12 AM
Dia ada kat gombak?apa dia buat?aku ingatkan dok kat utara

Dia mmg dok gombak sekian lama dah... sekarang nih kalu tgk dah maki  teruk lalok dia dah tahap tak tentu arah bila tgk..sampai tahap gi makan kat kedai blah bodo tak bayarlah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:25 AM | Show all posts
capiloton posted on 27-7-2014 12:59 AM
teringin nak rasa yang tradisional ka?
pi ja kuala pilah sana..
sepanjang jalan ada banyak jual  ...

Ye ke capiloton?
Tu la resepi tradisional sush nk dpt skg, byk peniaga mee segera je,
Asal buat duit dah, rasa ke laut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2014 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
slippergombak posted on 26-7-2014 05:24 PM
Dia mmg dok gombak sekian lama dah... sekarang nih kalu tgk dah maki  teruk lalok dia dah tahap ta ...

Dulu bukan dia join gangster ke?kalau dia jual lemang lagi bagus.sayangnya la hai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat shah alam ni celah mana nak cari lemang sedap pun aku tak tahu.ujung2 beli kat pkns malam raya
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:30 AM | Show all posts
sedapnya makan lemang di pagi raya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:31 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 27-7-2014 01:27 AM
Dulu bukan dia join gangster ke?kalau dia jual lemang lagi bagus.sayangnya la hai..

Dulu kunun2 ala2 pukeyda.. sana sini jual air liur atas nama penyanyi popular ada projek sana sini, dah ramai yg tahu tembelang, tuh makin melarat idup susah... bini dia pu  sama jumpa pun sama tak tentu arah.. gi makan kat kedai, suh org bayar ckp lupa bawak duit.. nampak org buang puntung rokok gi kutip isap semula..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.293281 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list