CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2265|Reply: 19

[Jenayah] Selangor kecam pihak sabotaj bekalan air sewaktu Aidilfitri

[Copy link]
Post time 28-7-2014 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Selangor kecam pihak sabotaj bekalan air sewaktu Aidilfitri
Adam Abu Bakar |        July 27, 2014

Pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata.



PETALING JAYA: Kerajaan negeri mengecam percubaan sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap usaha kerajaan bagi memastikan bekalan air mentah yang cukup sepanjang musim perayaan Aidilfitri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, sekitar jam 3 pagi semalam, pasukan yang bertugas mengendalikan pam-pam di kawasan HORAS Bestari Jaya telah diugut oleh sekumpulan samseng bersenjata.

“Atas faktor kebimbangan terhadap keselamatan nyawa, pasukan berkenaan telah meninggalkan kawasan tersebut.

“Cubaan sabotaj ini telah mengakibatkan operasi pengepaman air dari HORAS ke sungai terganggu selama 5 jam dan mengakibatkan pengeluaran air sebanyak 70 juta liter padu tergendala,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Jelasnya lagi, ketika ini pasukan daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) sedang bekerja keras melakukan operasi pengepaman agar bekalan air mentah tidak terjejas.

Dalam masa yang sama Ahmad Yunus menjelaskan bahawa satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bestari Jaya.

“Kerajaan negeri berharap pihak polis akan meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan dan melakukan siasatan secepat mungkin agar perkara ini tidak berulang,” katanya.

Ahmad Yunus turut mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai dan petugas yang terlibat dalam mengendali pam di HORAS Bestari Jaya dan menghargai pengorbanan mereka meninggalkan keluarga demi tugas semasa musim perayaan.

“Dalam situasi kerajaan negeri yang sedang berusaha keras bagi memastikan bekalan air terus lancar, kami juga berharap agar seluruh pengguna air dapat menggunakan air dengan cermat dan berhemat,”

http://www.freemalaysiatoday.com ... sewaktu-aidilfitri/


wahai syaitan yg direjam........ korang tak raya kaa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2014 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
dh ade samseng knp x pgl polis??..:lol..selama ni xde air org sabotaj upenye:lol
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah raya.......setan pun terlepas ler dari belenggu.....kan sebulan kena ikat
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 10:01 AM | Show all posts
Aku dah speku da sp jenih2 gengster nih
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Melaka pun xde air tadi... nak berak pun tak senang
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 11:04 AM | Show all posts
lenkali bawak pistol tembak mati je samseng2 ni.

hidup pun menyusahkan org rmi nak buat apa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2014 01:15 PM | Show all posts
gangster2 ....abg2 kawasan ni biasa.....org buat jln kampung kat klang ni pun kena pow ngan gangster berpistol.......polis tau benda2 ni cuma kdg2 dia org malas nak ambik port.....kalu dah sampai berbunuh baru laa nak ambik port
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 06:23 PM | Show all posts
Kata diugut...tapi tak terangkan apa ugutan mereka?..kebodohan apa kah ini?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2014 06:55 PM | Show all posts
harap polis siasat kes ni btl2. teringin jgk nak tau sapa bos gangster2 ni n apa motif dia?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 08:12 PM | Show all posts
Nak sabo air kenapa? Sebab politik nak menjatuhkan org tertentu?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 08:22 PM | Show all posts
Sian Selangor..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 04:37 AM | Show all posts
sidewinder posted on 28-7-2014 01:15 PM
gangster2 ....abg2 kawasan ni biasa.....org buat jln kampung kat klang ni pun kena pow ngan gangster ...

Bukti ada? Bukti
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 04:37 AM | Show all posts
Ini gang takut air radioaktif agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 01:22 PM | Show all posts
The Selangor Chronicle

Tuesday, 29 July 2014
EXCO SELANGOR DEDAHKAN SENDIRI, AIR LOMBONG MENGANDUNGI NAJIS BABI DIPAM KE SUNGAI DI BESTARI JAYA!

Lagi alasan diberikan berhubung masalah bekalan air terawat di Selangor!

Walaupun beberapa negeri lain turut menghadapi masalah bekalan air, namun Selangor merupakan antara yang paling teruk memandangkan Kerajaan Barisan Nasional yang terdahulu telah menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri terpenting di Malaysia. Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah menjadikan Selangor sebagai KAWAH EMAS yang menjana pendapatan negara, terutama menerusi cukai industri dan isi rumah, sekaligus menjadikan Selangor sebagai tumpuan pencari kerja dan penawaran kerja.

Sebelum Pakatan Rakyat mengambilalih teraju kepimpinan negeri pada tahun 2008, masalah air di Selangor tidak seteruk sekarang. Biarpun pada tahun 1997, berlaku kemelesetan bekalan air yang agak teruk, namun penyusunan dan penstrukturan semula telah menjadikan negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang paling efisien.

Bagaimanapun, sebaik-baik sahaja Selangor berada di tangan Pakatan Rakyat, para pemimpin Pakatan Rakyat melihat keuntungan besar menerusi industri air yang perlu mereka sapu. Mereka memulakan kempen kononnya untuk memulangkan hak air kepada pengguna, tetapi pada masa yang sama, mereka sebenarnya cuba untuk mengambilalih syarikat-syarikat konsensi sepertimana yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli ke atas SPLASH.

Masalah bekalan air di Selangor semakin meruncing.

Beberapa hari lepas, Kerajaan Negeri Selangor menerusi Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awamnya, Dr. Ahmad Yunus Hairi memberitahu, beberapa orang pegawai telah diugut akan dicederakan ketika cubaan mengepam air ke dalam sungai di Bestari Jaya dari sebuah lombong untuk memastikan bekalan air berterusan sepanjang musim perayaan. Menurutnya lagi, usaha tersebut telah disabotaj oleh beberapa pihak.

Kumpulan 'pensabotaj' tersebut bersenjatakan parang, kayu dan batang besi, telah menakut-nakutkan kakitangan yang cuba mengepam air lombong untuk disalurkan ke sungai. Kejadian tersebut berlaku jam 3:00 pagi.

Ekoran bimbang dengan keselamatan diri, kakitangan yang cuba mengepam air lombong itu, melarikan diri. Operasi mengepam air lombong ke dalam sungai di Bestari Jaya itu bagaimanapun, disambung semula lima jam kemudian setelah laporan polis dibuat di Balai Polis Bestari Jaya.

Menurutnya lagi, enam orang kakitangan dari Pihak Berkuasa Pengurusan Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Saliran dan Perparitan sedang mengepam air lombong ke dalam sungai untuk memastikan bekalan air mentah mencukupi.

Sekaligus, Dr. Ahmad Yunus Hairi mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan air yang mengandungi logam-logam berat dan sangat merbahaya kepada kesihatan manusia untuk penduduk Selangor dan Lembah Kelang.

Banyak pihak sebelum ini mengecam Kerajaan Negeri Selangor yang bertindak sesuka hati menggunakan air-air lombong sebagai bekalan air kepada penduduk di Lembah Kelang. Sekalipun kajian mendapati, air-air dari bekas-bekas lombong tidak sesuai untuk digunakan, namun Kerajaan Negeri Selangor telah bertindak lebih pandai dengan memberitahu mereka sendiri telah membuat kajian, air tersebut sesuai untuk diminum!



Bayangkanlah, lombong-lombong di seluruh Selangor yang tidak pernah dijaga, kini airnya digunakan sebagai minuman. Walaupun kononnya telah dirawat, tetapi yang pasti, rakyat dan penduduk di Selangor sedang menggunakan air yang sangat kotor, bercampur bangkai, mayat dan sampah sarap untuk digunakan.

Dan yang menariknya, lombong yang dimaksudkan oleh Yunus Hairi, terletak tidak jauh dari kandang babi!

Tidak ada satu kerajaan negeri dalam dunia ini yang sanggup memberikan air kotor kepada rakyatnya. Bahkan kawasan tadahan dijaga rapi, malah menjadi zon larangan bagi sebarang aktiviti untuk memastikan kebersihan air.

Kecuali di Selangor!!!

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 06:30 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 29-7-2014 04:37 AM
Bukti ada? Bukti

bukti ? ko try laa buat jalan kat kampung jawa klang...tgk ada ke tidak geng2 melayu dtg kat ko paw duit upah ko buat jln....lepas geng melayu dtg plak geng india......kalu takat dok rumah tak der laa org dtg paww.....usah kan buat jln car2 wash ni pun ada geng2 yg dtg paww...salah seorg yg kena ialah pakcik aku dia ada car wash kat klang.....ada laa geng2 ni dtg paw....tak bg dia pukul nyer pekerja2 dia....tak pun dia bikin kaco...rosakkan brg laa....bila org yg dtg tgk keadaan kecoh...org pun tak laa dtg....bila org tak dtg basuh kete bisnes rosak laa...nak tak nak bg laa skit.....benda2 underground ni biasa laa
Last edited by sidewinder on 29-7-2014 06:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 08:03 PM | Show all posts
sidewinder posted on 29-7-2014 06:30 PM
bukti ? ko try laa buat jalan kat kampung jawa klang...tgk ada ke tidak geng2 melayu dtg kat ko pa ...

memang aku dah agak. Ko takde bukti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2014 08:07 PM | Show all posts
Bestari  Jaya tak ada kandang babi. Air lombong kat sana cuma ada logam berat .Tak ada bangkai
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 08:23 PM | Show all posts
semua ni keja setan umno!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
sidewinder posted on 29-7-2014 06:30 PM
bukti ? ko try laa buat jalan kat kampung jawa klang...tgk ada ke tidak geng2 melayu dtg kat ko pa ...

isshhh sengkek betul gengster melayu n india ni... level2 paw car wash je
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 07:19 AM | Show all posts
ARTIKAL BERKAITAN

Sabotaj air: Polis patut tingkat pengawasan, salur maklumat dalang kepada pihak berkuasa
Oleh: NORHAYATI UMOR

BESTARI JAYA, 2 OGOS: Kerajaan Negeri akan meminta bantuan daripada polis dan RELA untuk ditempatkan di kawasan kolam Hang Tuah di Bestari Jaya ekoran terdapat cubaan sabotaj pengeluaran bekalan air. Exco Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Yunus Hairi berkata langkah itu akan diambil kira ekoran sudah dua kali berlaku sabotaj itu.

http://bm.selangorku.com/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.088561 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list