CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4301|Reply: 85

[Tempatan] Kemelut PAS PKR - PAS bakal keluar dari Pakatan???.

[Copy link]
Post time 29-7-2014 01:08 PM | Show all posts |Read mode

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2014 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la meroyan nak mengorat pas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2014 01:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr hata kata im out
Apa komen?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2014 01:44 PM | Show all posts
Inikah Sebabnya Hadi Awang Bersungguh Sokong Khalid?
Written By Azmy Klanajaya on 29/07/2014 | 12:34 pm

Satu paparan skrin aplikasi kiriman mesej Whatapps yang terbocor mendedahkan pemimpin jawatankuasa PAS pusat secara aktif membincangkan mengenai kemungkinan senario parti itu meninggalkan Pakatan Rakyat.Ini mungkin petunjuk terbesar setakat ini bahawa ancaman perpecahan Pakatan itu menjadi benar, apabila paparan skrin itu tersebar dalam Facebook yang menunjukkan ahli jawatankuasa PAS Mohd Zuhdi Marzuki sedang membincangkan bekerjasama dengan Umno.

Beliau, seorang pensyarah, menggariskan satu senario bagaimana PAS boleh keluar daripada Pakatan dan kemudian membentuk satu kerajaan dengan majoriti mudah di DUN Selangor melalui bantuan Umno, dengan mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Perbualan yang berlaku dalam kumpulan WhatApps melibatkan semua pemimpin jawatankuasa PAS pusat.

Seorang anggota jawatankuasa yang tidak tidak mahu dinamakan, mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa paparan skrin WhatApps itu adalah asli.

Beliau kemudiannya dalam Facebooknya tidak menafikan kandungan mesej tersebut sebaliknya menafikan beliau sebahagian daripada kumpulan itu yang membangkitkan idea meninggalkan Pakatan.

"Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika PAS keluar PR dari segi kerajaan negeri yang PAS bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain. Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

"Saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu.

Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur," tulisan Mohd Zuhdi dalam Facebooknya dipetik.

-mediaorangkampung
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 01:44 PM | Show all posts
Fuhh..sembang kencang

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2014 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno dah meroyan nak mengorat pas
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Umno cuba ambil kesempatan

Hati hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2014 01:48 PM | Show all posts
ultra78 posted on 29-7-2014 01:44 PM
Fuhh..sembang kencang

Hehehehe..perbincangan tu semua melibatkan AJK PAS pusat..tapi dikatakan secara rahsia...macam mana boleh lepas masuk FB, tweet tak tahulah...

tuhan bayar cash kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2014 01:50 PM | Show all posts
Tuesday, 29 July 2014
PEMIMPIN PAS PUSAT Sudah Mula Bincangkan PAS Keluar Dari Pakatan Dan Bekerjasama Dengan UMNO Untuk Bentuk Kerajaan Negeri di Selangor

Semakin ramai yang sudah berani menentang Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam PAS kebelakangan ini. Barangkali inilah hikmah di sebalik kejahatan mulut, keceluparan dan tidak hormatkan kepimpinan sendiri yang ditunjukkan oleh Mat Sabu, Mahfuz Omar, dan beberapa orang pemimpin PAS lain yang cukup kuat sokongan serta jilatan mereka terhadap Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Terbaru, satu pendedahan menerusi screenshot perbualan menggunakan perisian WhatsApp membabitkan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS yang sedang membincangkan secara aktif tentang kemungkinan senario sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, telah dibuat.  

Yang buat pendedahan itu adalah MALAYSIAKINI, media yang paling disukai dan dipercayai oleh sebahagian besar jemaah PAS sendiri.

Dalam apa yang dikatakan, petunjuk terbesar bahawa Pakatan Rakyat yang ditubuhkan semata-mata untuk memberi kuasa kepada Lim Guan  Eng dan Anwar Ibrahim secara total sedang berpecah, screenshot tersebut yang sedang berkitar dalam Facebook menunjukkan Ahli AJK PAS Pusat itu sedang membincangkan kerjasama dengan UBN.


Zuhdi yang merupakan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) telah menggariskan senario bagaimana PAS boleh membelakangi Pakatan dan kemudian membentuk kerajaan bermajoriti mudah di DUN Selangor dengan bantuan UBN, selain mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Zuhdi bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut setelah perbualan itu diedahkan, tetapi dia menafikan menjadi sebahagian daripada kumpulan yang mencetuskan idea untuk mengeluarkan PAS dari Pakatan.

Tentu sekali DAP dan kaum Parasit dalam PAS yang sangat kuat menyokong Lim Guan Eng tidak akan senang dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Zuhdi yang juga merupakan pensyarah Sains Politik di Universiti Malaya itu membabitkan pendominasian orang Melayu dan pengecilan kuasa orang DAP dan bukan Islam selain kalimah ALLAH dan Bible berbahasa Melayu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2014 01:54 PM | Show all posts
Berikut pula adalah penjelasan panjang lebar oleh Zuhdi.  




PENJELASAN ISU WHATSAPP AJK PAS PUSAT BOCOR

Kesyahduan hari terakhir Ramadan semalam telah dicemarkan oleh tindakan segelintir pihak dalam PAS, membocorkan maklumat perbincangan yang sangat sulit dan rahsia dalam kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat. Tindakan tersebut telah membangkitkan 'fitnah yang sedang tidur' pada hari yang sepatutnya ditumpukan kepada ibadah sebagaimana nasihat al-Mursyid al-Am PAS.

Tindakan membocorkan maklumat perbincangan itu dipercayai dilakukan oleh salah seorang ahli yang ada dalam kumpulan Whatsapp AJK PAS Pusat, sekaligus menunjukkan sikap yang sangat buruk pada individu tersebut. Ia dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan untuk membawa PAS keluar dari PR, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu MB Selangor.

Sebenarnya maklumat perbincangan yang dibocorkan itu adalah respon saya kepada permintaan ahli-ahli perbincangan supaya mengemukakan analisis senario (scenario analysis) tentang cadangan seorang pimpinan kanan PAS yang mengusulkan PAS keluar dari PR. Usul PAS keluar dari PR itu telah disokong kuat oleh tidak kurang 10 orang anggota dalam kumpulan whatsapp itu, yang sebahagian besar mereka amat rapat dengan Anwar Ibrahim.

Mereka menyambut usul keluar PR yang dicadangkan itu, dengan ada yang menambah, mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu MB Selangor. Terdapat juga yang menyarankan, PAS lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli PAS lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan PAS yang dikenali sebelum ini.

Berikutan dengan perbincangan itu, saya mencadangkan supaya dibuat analisis senario apa yang akan berlaku jika PAS keluar PR dari segi kerajaan negeri yang PAS bersama di dalamnya, situasi penerimaan ahli-ahli dan lain-lain. Cadangan itu dialu-alukan dan mereka meminta saya mengemukakannya.

Disebabkan permintaan tersebut sayapun mula melakukan analisis ringkas tersebut dengan mengimaginasi senario yang akan berlaku jika PAS keluar PR. Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira.

Dalam maklumat perbincangan yang dibocorkan itu, saya memaparkan senario yang akan berlaku sekiranya PAS keluar PR, dari segi kedudukan kerajaan negeri Selangor, dan kebebasan PAS untuk berhadapan dengan DAP dan lain-lain pihak seumpamanya yang boleh dikecapi semula selepas keluar PR. Saya menggunakan bahasa imaginasi untuk menggambarkan senario tersebut.

Berikutan dengan penjelasan ini, saya menegaskan saya tidak termasuk dalam senarai mereka yang menyokong usul keluar PR itu. Semoga dengan penjelasan ini, nama saya dapat dibersihkan daripada tanggapan buruk pelbagai golongan ekoran sikap segelintir pihak di dalam PAS yang membangkitkan fitnah yang sedang tidur.

Sekian, salam Eidul Mubarak dan maaf zahir batin

Yang benar,

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Pengarah Operasi PPP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2014 01:56 PM | Show all posts
Monday, 28 July 2014
ANWAR IBRAHIM dan Konco-Konconya Sedang Bantu Noh Omar Untuk UMNO-BN Rampas Selangor


Peristiwa 'darurat' 1974 di Kelantan kelihatan akan berulang di Selangor. Peristiwa jatuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak pada Februari 2009 juga kelihatan sudah pasti akan berlaku di Selangor.

Anwar Ibrahim yang mencanangkan 16 September 2008 sebagai tarikh peralihan kerajaan dari Barisan Nasoinal kepada Pakatan Rakyat menerusi lompat parti besar-besaran, kemudian pada tahun 2013 mencabar rakyat Malaysia agar memilih Pakatan Rakyat sebagai pemenang dan jikalau Pakatan Rakyat kalah serta dia tidak boleh jadi Perdana Menteri, dia akan bersara dari dunia politik, kini kembali mementaskan satu lagi drama kuasa mutakhir iaitu menggulingkan Khalid Ibrahim dan melantik isterinya sendiri sebagai Menteri Besar Selangor, dengan secara tidak langsung meminggirkan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor serta peranan DYMM Sultan Selangor.

Hasilnya, Pakatan Rakyat yang sebelum ini diberikan gambaran mantap, mulai retak sedikit demi sedikit. Di Sarawak, DAP sudah pun mengeluarkan kata-kata putus bahawa mereka akan keluar dari Pakatan Rakyat Sarawak. Di Kedah, DAP tidak lagi bersama-sama PAS. Di Johor, DAP juga bersendirian dan yakin, mereka boleh merampas negeri itu tanpa bantuan PKR dan PAS pada PRU-14 dengan melantik seramai mungkin wakil-wakil dari kalangan anak-anak muda Melayu yang cantik, jelita, profesional dan berpendidikan tinggi serta pada masa yang sama, tidak akan melawan Lim Guan Eng.

Di Selangor, beberapa orang penama penting dalam barisan kepimpinan DAP negeri, turut mendesak agar Khalid Ibrahim berundur dengan pelbagai alasan remeh walaupun pada masa yang sama, alasan yang sama jugalah digunakan oleh pembangkang di Pulau Pinang untuk menekan Lim Guan Eng.

Ternyata, Khalid Ibrahim yang berambut kusut serta berwajah tolol, malah diberikan gambaran sebagai mentah dalam bidang politik, jauh lebih bijak daripada sangkaan Anwar Ibrahim. Mendapat sokongan daripada kepimpinan utama PAS seperti Presiden, Mursyidul Am, Ketua Penerangan mahupun Menteri Besar Kelantan, merupakan satu lonjakan besar kepada Khalid Ibrahim. Malah sokongan terbesar yang diterima oleh Menteri Besar Selangor itu, sudah tentulah dari Istana Selangor sendiri.

Pakatan Rakyat semakin bercelaru di Selangor. Lim Guan Eng sudah pun menyatakan bahawa Pakatan Rakyat akan pupus di Selangor selepas Aidilfitri. Malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang turut menyatakan perkara yang sama.

Yang tidak senang duduk sekarang adalah PARASIT-PARASIT dalam PAS yang sangat menyanjungi Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Mereka telah melancarkan serangan terhebat ke atas peribadi Abdul Hadi Awang. Malah Abdul Hadi Awang cuba digambarkan sebagai seorang tua yang bebal, tidak waras dan mudah diperkotak-katikkan oleh skrip UMNO walaupun sebenarnya skrip di Selangor telah disediakan oleh Anwar Ibrahim yang enggan masuk penjara dan cuba menggalakkan anarki untuk tujuan berkenaan.

Barangkali para PARASIT tersebut tidak menyedari bahawa Khalid Ibrahim mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding Anwar Ibrahim, malah Wan Azizah yang tolol itu sendiri. Dengan 15 kerusi DUN yang dimiliki oleh PAS, 12 oleh UMNO dan kerusinya sendiri dicampur dengan beberapa kerusi penyokong Khalid Ibrahim dalam PKR akan dapat membentuk sebuah kerajaan bermajoriti mudah di Selangor sekiranya tekanan berterusan diberikan kepadanya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Para penjilat menyatakan Anwar Ibrahim adalah seorang yang bijak dan terus mata. Malangnya matematik yang begitu mudah di Selangor, gagal dilihat dan ditelahnya.

Apatah lagi dalam keadaan di mana DIA GAGAL MENYALURKAN PERUNTUKAN SERTA KEWANGAN selain pendedahan tentang SKANDAL SPLASH yang turut melibatkan Rafizi Ramli dan dia sendiri sehingga mencetuskan KAJANG MOVE setelah Khalid Ibrahim enggan berkompromi dengan kedua-dua mereka untuk merompak Kerajaan Negeri Selangor menerusi skandal tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 02:16 PM | Show all posts
whats app generator ada. boleh create edit mesej whats app.orang tua je selalu kena tipu dengan whats app print screen.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 02:32 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 29-7-2014 01:56 PM
Monday, 28 July 2014
ANWAR IBRAHIM dan Konco-Konconya Sedang Bantu Noh Omar Untuk UMNO-BN Rampas Se ...

ni satu lagi stail pitnah ko ke lembooooooo tua? opsssss lupa setan baru terlepas....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 04:03 PM | Show all posts
eleh, snapshot mcm ni ada apps bole buat, 'whatsaid'

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 04:12 PM | Show all posts
For decades i never trust this Pas leaders .... They are crap ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2014 04:21 PM | Show all posts
personally aku rasa what apps tu sekadar perbincangan yg belum ada kesudahan. jadi tak ada keputusan lagi. tu perkara lumrah cuma kalau betul bila dapat pada pihak2 musuh mereka mmg mencanang2 la benda ni. berdasarkan situasi semasa ni aku x rasa PAS kuar PR cuma mereka hanya akan bincang semula isu MB Selangor ni mungkin minta pandangan agar TSKI dikekalkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 04:40 PM | Show all posts
cerita politik bukak kek bod politik laaa.....lotih aaa 24/7 cerita politik
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 06:54 PM | Show all posts
satu perkembangan yang menarik...

melihatkan perancangan manusia  dan juga melihat perjalanan politik parti parti di bawah pakatan rakyat ni

well...you plan , Allah also plans...

hehehe....

tiba masanya PAS membakul sampahkan pemimpin mereka yg tak layak pun jadi pemimpin bagi satu parti yg mengakui sebagai gerakan Islam...saya lihat dah sasar sangat aspirasi dan dasar PAS dari apa yg dicanang canang di overseas sekitar 1997 - ke atas dengan apa yg berlaku sekarang...

PAS - lihat dalam zaman Ustaz ( arwah ) Fadzil Noor
macam mana

dan how PAS being disprupted by ....after his death...

dan sekarang

sou know kalau u all nak keluaq tubuh parti lain yg mencerminkan satu parti gerakan islam

go ahead....

u all tak payah lah nak berwalak pada pemimpin kita ragu siusial dan akhlak , pemimpin yang  well u know...

yg jauh kredibiliti daripada

dr Haron Din, Ustaz Nasha..

yg ada principle...


sekarang tengoklah isu isu yg sama juga dimainkan - isu bekerjasama

i sokong kalau ingin kesatuan - maka inilah yg musuh Islam tak nak maka lakukanlah terbaik

bersatu kita jayakan apa saja...

tak payahlah ikut walak yg jauh tersasar ...dah berapa kali nak compromise prinsip ya PAS???

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2014 06:55 PM | Show all posts
Nampak cam tak berlaku. Yes mereka tak setuju tapi masih nak duduk kat situ. Matlamat pun ntah ke mana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.079382 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list