CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1200|Reply: 6

[Tempatan] Edisi Tak Dapat Lemang: Amukkan Di Aidil Fitri

[Copy link]
Post time 30-7-2014 01:29 AM | Show all posts |Read mode
JERANTUT, 29 Julai (Bernama) -- Dua pekerja syarikat pembalakan di Hutan
Kampung Bukit Harimau nyaris maut apabila bangsal kongsi mereka dimusnah oleh
sekumpulan gajah liar yang naik minyak, semalam.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika tukang masak, Lee
Kam Foo, 56, dan Simak Lambak, 43, seorang pengawal, sedang tidur di bahagian
tengah bangsal berkenaan.
Menurut Lee, ketika itu beliau bangun untuk membuang air kecil, sebelum
tiba-tiba kedengaran bising di bahagian belakang bangsal itu.
"Sebaik saya menyuluh ke arah bunyi itu saya dapati sekumpulan lima hingga
tujuh ekor gajah liar sedang memakan tanaman ubi kayu, pisang dan meranapkan
bahagian dapur tempat memasak di bangsal itu.
"Saya mengejutkan Simak yang ketika itu sedang tidur dan sebaik dimaklumkan
beliau terus menghidupkan enjin mesin gergaji untuk menghalau kumpulan gajah
itu.

GAJAH-AMUK 2 (AKHIR) JERANTUT
"Bagaimananapun tindakan Simak yang merupakan Orang Asli itu menjadikan
kumpulan gajah tersebut semakin ganas dan naik minyak lalu menghempaskan
beberapa tong diesel dan tayar lori," katanya kepada pemberita di sini.
Bagaimanpun, katanya kumpulan gajah tersebut beredar dari kawasan tersebut
setelah beberapa ketika berada di kawasan itu.
Menurut Lee, ketika itu hanya beliau dan Simak berada di tempat kejadian
kerana sebahagian besar pekerja balak di bangsal itu pulang bercuti seminggu
kerana Hari Raya.
Sementara itu, Ketua Unit Pusat Konservensi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Lanchang, Nasaruddin Othman berkata, kawasan hutan Bukit Harimau sememangnya
kawasan habitat gajah dan merupakan laluan haiwan itu ke Hutan Simpan Taman
Negara Ulu Tembeling dan Hutan Simpan yang terletak berhampiran.
"Kumpulan gajah tersebut mungkin tersesat kerana kawasan habitatnya telah
diceroboh menyebabkan haiwan itu berkeliaraan dan mengganas," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak mencederakan haiwan itu
kerana dibimbangi ia akan semakin mengganas apabila tercedera.
-- BERNAMA
HSM NSM DC
Read here: https://my.news.yahoo.com/pekerj ... nyak-111220606.html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
gajah naik minyak mmg bahaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:11 AM | Show all posts
Selayaknya gajah itu robohkan adja kem pembalak2 lahanat ini.

Tak cukup lagi ke harta bumi deme musnah? Kaut dgn rakus dan tamak haloba.

Suap sana sini nak kaut untung. Hok patutnya bela hutan alam kita neh, buat buat dungu..

Ye lah, memasing boroi disumbat uang...lahanat semua...



Go gajah go!! Pijak deme.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.... Pokok nak tumbuh amik masa berpuluh hingga beratus tahun
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:50 AM | Show all posts
mmg patut naik minyak
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 06:33 PM | Show all posts
Pengajarannya usah membalak. Bukan gajah tu yg sesat. Kamu tu yg sesat masuk ke tempat gajah. Memang tu rumah mereka. Memang patut mereka naik minyak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2014 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
gajah xdpt lemang sama mcm gajah mnusia xdpt menutuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.062914 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list