CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 6

[Tempatan] Kejar status sosioekonomi punca ramai tertipu skim cepat kaya, kata pakar

[Copy link]
Post time 30-7-2014 11:35 PM | Show all posts |Read mode
Mengejar kedudukan tinggi dari segi sosioekonomi adalah antara faktor ramai rakyat di negara ini mudah terjerumus dalam skim pelaburan cepat kaya.
Biarpun ada yang menyedari peluang yang ditawarkan oleh skim itu agak mustahil untuk diterima dek akal, namun kerana mahu cepat kaya dengan jalan mudah, mereka hilang pertimbangan berdasarkan prinsip 'tidak cuba tidak tahu'.
Disebabkan prinsip itu, mereka akhirnya terpaksa membayar harga yang tinggi kerana semua orang tahu tidak ada jalan mudah dalam meraih kekayaan, kata pakar perunding psikiatri Universiti Malaya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari.
"Lebih menyedihkan ada juga antaranya terpaksa menggadai banyak harta untuk meneruskan kehidupan," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, jika ada yang kaya dengan modal kecil, kes sedemikian hanya satu dalam sejuta.
Beliau mengulas kewujudan skim cepat kaya di negara ini yang tetap mendapat sambutan masyarakat sekalipun media berulang kali melaporkan tentang mangsa-mangsa yang terpedaya dan mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.
Terbaru, media mendedahkan tentang skim YSLM yang diasaskan oleh seorang lelaki warga China, Zhang Jiang yang mendakwa dirinya bakal menjadi orang terkaya di dunia.
Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjalankan siasatan dan mendapati syarikat tersebut tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta tidak memiliki lesen daripada kementerian untuk menjalankan perniagaan jualan langsung.
Sementara itu pakar psikologi, Dr Meriam Omar Din melihat fenomena tersebut berpunca daripada kejahilan mangsa terhadap 'matematik perniagaan'.
"Kebanyakan mereka ini tidak faham asas-asas perniagaan, pelaburan dan percaya pada skim yang ditawarkan berdasarkan testimoni (orang lain)," kata bekas pensyarah psikologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.
Sejarawan Negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim pula melahirkan kebimbangan dengan senario masyarakat yang mudah mempercayai skim seumpama itu.
Katanya masyarakat kini dilihat terlalu mementingkan nilai material dan menjadikan kekayaan sebagai budaya sehingga mendatangkan pelbagai masalah.
"Dunia, teknologi semakin maju, tetapi dari segi budaya semakin merosot. Saya bimbang budaya persaingan untuk menjadi kaya akan membawa akibat yang sangat bahaya kepada individu, masyarakat dan negara," katanya.
Jelas Khoo masyarakat perlu berbalik kepada kesederhanaan dalam kehidupan untuk mengelakkan diri terpedaya kerana skim cepat kaya akan sentiasa ada dan muncul dengan wajah berbeza untuk menarik mangsanya.– Bernama, 30 Julai, 2014

Read here: https://my.news.yahoo.com/kejar- ... epat-010259827.html




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 11:46 PM | Show all posts
Apalah.... ini tak perlu professor cakap, kita orang biasa pun tahu lah!! Orang ramai sekarang terlalu materialistik dan sanggup buatkan apa-apa saja untuk mencapai matlamat mereka tu walaupun ada yang terpaksa ambil jalan bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kekdahnye biar papa asal bergaya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
klu miskin org xpndang
ntah xkawin kawin...

ni pengaruh artisvjuga
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ko ada ijazah pun blum grenti ko akn kaya
meniaga pun ntah kemana
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 02:34 AM | Show all posts
duit tu semata2 khayalan saja.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2014 02:45 AM | Show all posts
sekarang dah berubah..org MLM dah tak ngaku MLM...

baru2 ni ada org approach wa...

dia cakap...sounds like MLM, looks like it, but it;s not MLM ...it is call networking, work together...


pandai tul putar belit MLM ni...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.333528 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list