CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1309|Reply: 7

[Tempatan] Perompak larikan 100,000 dari satu keluarga seramai 21 orang.

[Copy link]
Post time 31-7-2014 08:08 AM | Show all posts |Read mode



SALAH seorang ahli keluarga mangsa, Mohd. Kamal Abdul Karim menunjukkan tingkat yang dipecah oleh lima lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian rompakan di Pasir Salak, Perak, semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN

PASIR SALAK 30 Julai - Sambutan Aidilfitri sebuah keluarga di Kampung Sejagop, Seberang Perak dekat sini bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kerugian RM100,000 selepas kediaman mereka dipecah masuk lima lelaki bersenjatakan parang awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, seramai 21 ahli keluarga di rumah itu yang balik kampung untuk menyambut raya turut diikat dan diugut akan dicederakan jika membuat bising.

Menceritakan detik cemas tersebut, salah seorang ahli keluarga mangsa, Mohamad Kamsul Abdul Karim, 33, memberitahu, dia menyedari kediamannya di*pecah masuk setelah dikejutkan oleh kumpulan lelaki berkenaan.

Menurutnya, salah seorang daripada perompak berkenaan meletakkan parang di lehernya dan mengarahkannya supaya tidak menjerit.

"Kesemua ahli keluarga saya termasuk ibu, adik beradik dan anak saudara saya diikat kaki dan tangan dan dikumpulkan di ruang tamu. Kami terpaksa menurut segala kemahuan mereka yang setiap seorangnya bersenjatakan parang.

"Mereka menggeledah rumah dan mengarahkan semua wang diserahkan. Kumpulan itu turut melarikan kereta jenis Naza Citra. Saya anggarkan kerugian RM100,000," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini hari ini.

Tambah Mohamad Kamsul, kumpulan perompak berkenaan berbadan besar dan tegap serta tidak memakai penutup muka.

"Mereka dipercayai memecah masuk melalui tingkap bahagian depan sebelum melarikan diri melalui pintu dapur pada pukul 5 pagi," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Jejawi, Kota Setia, Sungai Ragam dekat sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintenden Leong Ah Kow ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu pihaknya masih menjalankan siasatan.



Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Jenayah/...#ixzz38yhQh7nT
© Utusan Melayu (M) Bhd



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2014 08:48 AM | Show all posts
bahaya juga arumah tae jeriji. senang sangat perompak nak masuk. tingkap pak jenis boleh terbuka luas
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
nk tewaskan perompak klo x mampu nk besilat,gune ridsect...sembur kt mate die.nmpk cm kelakar,tapi bekesan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 09:16 AM | Show all posts
5 orang lawan 21....uishh...kayo la perompak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 09:17 AM | Show all posts
raya habes perompak


apa2pon alert2 la raya ni
jgn nganga segala.. sedap perompak nak masuk
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 09:35 AM | Show all posts
Lepas2 raya ni ramai yang sesak apa lagi merompak le kerjanya. Elok lebih berhati2 dan berwaspada walaupun ramai ahli keluarga dirumah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2014 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
adeh perompak mesti tau masing2 bawak blk byk duit cash aka duit raya..
kalo dah sorang bawak cash dlm rm500-rm1000 pehhh

pehtu time raya nih lah hat pompuan bawak kuar semua brg kemas
dgn rantai besar tali kapal
gelang tebal besor
nk menayang kt org kg kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 11:22 AM | Show all posts
Rumah tak da gerigi besi lagi senang pencuri nak masuk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.080043 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list