CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12872|Reply: 162

[Tempatan] DAP Bantah Cadangan Kereta Singapura Dikenakan Caj Masuk Malaysia

 Close [Copy link]
Post time 31-7-2014 02:42 PM | Show all posts |Read mode




Lembaga Pengangkutan Darat (LTA) Singapura mengumumkan bermula 1 Ogos, bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing berdaftar ke republik itu akan dinaikkan daripada S$20 kepada S$35 sehari (RM50 ke RM90). Oleh yang demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan cadangan kerajaan Johor mengenakan caj VEP sebanyak RM20 kepada kenderaan asing dari Singapura memasuki negeri itu.

Namun begitu, seorang wakil DAP hari ini mendesak kerajaan Barisan Nasional supaya membatalkan cadangan untuk mengenakan caj terhadap kenderaan dari Singapura yang masuk ke Malaysia melalui Johor. ADUN DAP Senai, Wong Shu Qi berkata tindakan kerajaan itu akan mengakibatkan kesan buruk terhadap ekonomi negara kerana rakyat Singapura lebih cenderung berbelanja di Johor kerana ia lebih murah.

Menurut beliau, Kerajaan Pusat dan Johor yang diterajui BN wajar melakukan penelitian menyeluruh sebelum melaksanakan dasar Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) kepada kenderaan Singapura bagi mengurangkan kesan buruk terhadap ekonomi tempatan.


Beliau berkata sesuatu dasar tidak boleh dilaksanakan tanpa rundingan bersama masyarakat berserta kajian menyeluruh, lebih-lebih lagi dasar yang digubal bakal memberi kesan terhadap ekonomi warga tempatan. "Untuk memahami kesan dari pelaksanaan VEP dalam skala besar kepada ekonomi Johor Bahru, kerajaan Pusat harus mendedahkan jumlah kenderaan yang berdaftar di Singapura yang berulang-alik setiap hari."

Menurut beliau lagi, pentadbiran BN seharusnya memperbaiki prasarana pengangkutan awam di Johor Bahru seiring pelaksanaan caj VEP bagi mengurangkan kesan ekonomi. Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan kedua-dua negara bertanggungjawab menangani masalah ini, antaranya dengan meningkatkan kekerapan perjalanan bas antara Johor Bahru dan Woodlands di Singapura sebanyak dua kali ganda pada waktu puncak.





Mari Vote..korang sokong yang mana??
Single Polls, Total 63 Users voted
93.65% (59)
0.00% (0)
6.35% (4)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2014 03:20 PM | Show all posts
sapa lagi nak bela....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 03:23 PM | Show all posts
hamboih, kat Singapore ada ka tepikir pasal ekonomi derang jatuh ke dak kalo naikkan fees dari S'pore?

ni nak bekap geng2 dia la nih.. harktuihhh... dey tambi, mesia boleh merosot teruk ka kalo camnih?? apa ingat Singapore tu penymbang ekonomi terbesar kat mesia nih? adakah meleis2 caprut akan merangkak makan pasir sekiranya takdak singapore?

S'pore banyak sedara mara kat mesia, dan banyak benda derang terikat dgn mesia. Soping pun banyak prefer mesia.. makan minum, tempat tinggal pun kat mesia...

Nak ke tak nak still kena bayar gak... secara logik, dari dok hidup kat Singapore yg segala benda mahal, aku rasa elok aku telan jek kenaikan fees nih... still murah berbanding Singapore..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 03:26 PM | Show all posts
nexusys posted on 31-7-2014 03:23 PM
hamboih, kat Singapore ada ka tepikir pasal ekonomi derang jatuh ke dak kalo naikkan fees dari S'por ...

lagipun warga singapore tu memang dah beli rumah rumah di jb..nak xnak..dia orang kena masuk ke jb jugak.tapi kalau kerajaan kenakan caj yang tinggi..mungkin mereka tak nak beli rumah di jb lagi..baru lah jawa johor mampu memiliki rumah di bandaraya johorbahru
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 03:58 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 03:26 PM
lagipun warga singapore tu memang dah beli rumah rumah di jb..nak xnak..dia orang kena masuk ke jb ...

aaaa, tapi kan aku rasa derang takde pilihan lain dah... still terpaksa beli rumah kat JB sebab kalo compare dgn rega rumah kat Singapore, mmg gila baban mahal giler..... so Mesia is their second option.... or should say Second Home???
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 04:01 PM | Show all posts
This Malay sangat suka mencari perbalahan dengan orang Cina.... Sejak zaman Tunku lagi, orang Cina Singapura telah menjadi mangsa buli oleh orang Melayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2014 04:03 PM | Show all posts
ADUN DAP Senai, Wong Shu Qi berkata tindakan kerajaan itu akan mengakibatkan kesan buruk terhadap ekonomi negara kerana rakyat Singapura lebih cenderung berbelanja di Johor kerana ia lebih murah.


tak logik langsung atas sebab tu tak yah kena caj
nak beli murah .. bayar caj
takmo sudah .. beli kat negara sendiri

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 04:05 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 31-7-2014 04:03 PM
tak logik langsung atas sebab tu tak yah kena caj
nak beli murah .. bayar caj
takmo sudah .. b ...

ni lah sebabnya kerajaan masih memanggil pakatan rakyat sebagai pakatan pembangkang..kerja mereka memang membangkang sahaja..setakat ni isu mh117 jer yang mereka xjadi pembangkang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2014 04:10 PM | Show all posts
apa kesan buruk plak dah..... depa x mau mai m'sia berbelanja kah....? ppffffrrrrgghhh

selagi duit m'sia murah, selagi tu la depa mai........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 04:10 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 03:26 PM
lagipun warga singapore tu memang dah beli rumah rumah di jb..nak xnak..dia orang kena masuk ke jb ...

silap-silap kalau caj rm 20.00 sekalipun..dia orang isi minyak full tank dekat malaysia + rm 20.00 yang dibayar tu..masih lebih murah dari isi minyak full tank di negara sendiri..lepas tu boleh gi makan-makan or shopping di johor yang jauh lebih murah dari di singapura..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 04:21 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 04:05 PM
ni lah sebabnya kerajaan masih memanggil pakatan rakyat sebagai pakatan pembangkang..kerja mereka  ...

bangkang .. bangkang gak arr ..
memang patut pun ada pembangkang d setiap negara
kalau tak .. ikut sukati ja pemerintah

tapi dalam kes ni
dah sah2 keuntungan untuk negara
kat mana lagi rakyat negara tu nak soping murah2?
lagipun ada baca komen2 bertimbun dah ada rumah kat johor nun..
kira ok la kan kena caj

kita tak la arif sangat pasal politik ni..
sebab tu lebih suka baca2 ja


Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 04:23 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 04:10 PM
silap-silap kalau caj rm 20.00 sekalipun..dia orang isi minyak full tank dekat malaysia + rm 20.00 ...

betul.. betul..
setuju ..
suka baca komen2 gni..
tambah gak skit ilmu kita

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 04:26 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 31-7-2014 04:21 PM
bangkang .. bangkang gak arr ..
memang patut pun ada pembangkang d setiap negara
kalau tak .. ik ...

macam pelik n xsesuai nama pembangkang ni..kerja mereka memang membangkang sahaja ke??macam xder fungsi plak kalau jadi pembangkang sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 04:36 PM | Show all posts
asal sokong kenakan Caj mesti jadi BN? .... and asal klo xsokong caj jadi DAP?...
Natural sudah .... tp mmang bangang klo x nak charge singapore
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 04:43 PM | Show all posts
damian_lee posted on 31-7-2014 04:36 PM
asal sokong kenakan Caj mesti jadi BN? .... and asal klo xsokong caj jadi DAP?...
Natural sudah ... ...

bukanlah kena jadi bn or dap..maksudnya..kalau sokong caj..maknanya sokong cadangan bn..kalau sokong jangan caj..maksudnya sokong cadangan dap..dalam kes ni sahaja..xder kaitan dengan yang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 04:45 PM | Show all posts
ni rumusan dia..



GRRRRRRR..........

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2014 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dah keliru dah. siapa yg mulakan dulu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 04:51 PM | Show all posts
tupaiterbang posted on 31-7-2014 04:45 PM
ni rumusan dia..

itu lambang PAP di singapore ke??dah macam TNB dah..  btw..pernah x PAP kalah PRU di singapore??ke dia pun gagah macam UMNO di tanah melayu??
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 05:01 PM | Show all posts
laaa apahal plak tak setuju....buat mcm ni leh dpt duit maaa.....baru ada business and development kekekek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 05:04 PM | Show all posts
sidewinder posted on 31-7-2014 05:01 PM
laaa apahal plak tak setuju....buat mcm ni leh dpt duit maaa.....baru ada business and development k ...

kita tunggu geng-geng pr masuk..aku pun tertanya tanya gak ni..dia orang ni wakil rakyat malaysia ke wakil rakyat singapore..siap nak pejuangkan rakyat singapore??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:39 AM GMT+8 , Processed in 0.079851 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list