CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2190|Reply: 27

Khalid Samad mohon ampun tapi keliru (Sorang lagi si bodoh dalam PAS)

[Copy link]
Post time 31-7-2014 03:45 PM | Show all posts |Read mode
MP Shah Alam Khalid Samad hari ini memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya tentang Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) namun menjelaskan yang beliau "keliru" sebab di sebalik kemurkaan baginda.

Jelasnya, cadangannya untuk menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah untuk memelihara nama baik Sultan seandainya sebarang kritikan dilemparkan kepada agensi itu.

"Saya minta maaf dan ampun sekiranya apa-apa yang saya sebut dan tulis sebelum ini memberi gambaran sedemikian rupa terhadap Duli Yang Maha Mulia.

"Niat di sebalik pindaan yang saya cadangkan bukan hendak cabar Sultan, bukan hendak biadab dengan Sultan tetapi saya hendak jaga nama baik Sultan," katanya pada sidang media di Shah Alam.

Ditanya wartawan sebab beliau menggunakan perkataan 'sekiranya' dan 'jika' dalam permohonan beliau, Khalid menjelaskan, "Kerana saya tidak faham di mana yang saya telah mencabar kuasa baginda".

Menurut Khalid, beliau juga keliru dengan kontroversi tersebut  kerana beliau sendiri pernah menghadiri satu majlis berbuka puasa bersama Sultan di Masjid Negeri atas jemputan pihak istana pada 30 Jun lalu.

Jelasnya, majlis itu berlangsung selepas beliau membuat kenyataan pada 18 Jun menggesa agar kuasa eksekutif MAIS dikaji untuk dihapuskan.

Namun, pada majlis tersebut beliau tidak pula ditegur oleh Sultan tentang kenyataannya itu.

Justeru katanya, cara terbaik untuk menyelesaikan salah faham sekarang adalah dengan beliau sendiri menghadap Sultan untuk memberikan penjelasan.

"Cara terbaik untuk saya selesai masalah ini adalah dengan dibenarkan saya untuk menghadap.

"Saya yakin ini semua hasil salah faham dan maklumat kerana kesetiaan saya kepada Selangor tidak berbelah bahagi," katanya.

Jelas Khalid beliau telah menetap dan menabur bakti di Selangor melebihi 50 tahun dan kedua-dua ibu bapanya juga menetap di Selangor selama ini walaupun mereka tidak dilahirkan di negeri itu.

Tiba-tiba PAS dipenuhi oleh orang bodo..Apa yang terjadi pada PR sebenarnya..Selepas anwar menunjukkan kerakusan dan kegilaan kuasanya..PAS pula bergilir-gilir tunjuk kebodohan??semban nak keluar PR kat whatsapp lah, ustaz kari  lah, menyibuk rumah tangga orang lah..

UMNO xyah susah-susah nak buat apa-apa..duk gelak jer lah tengok kebodohan korang..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2014 03:50 PM | Show all posts
apa yg bodonya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 03:51 PM | Show all posts
alesandra posted on 31-7-2014 03:50 PM
apa yg bodonya?

dah buat sultan murka..pura-pura kiru..kenapa sultan murka..dah lah keliru..minta maaf plak tu..pening betul orang macam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap Melayu Pendatang kena angkat sumpah taat setia kpd ibu pertiwi Selangor macam yg Khalid buat:-

"Saya yakin ini semua hasil salah faham dan maklumat kerana kesetiaan saya kepada Selangor tidak berbelah bahagi," katanya.

Jelas Khalid beliau telah menetap dan menabur bakti di Selangor melebihi 50 tahun dan kedua-dua ibu bapanya juga menetap di Selangor selama ini walaupun mereka tidak dilahirkan di negeri itu. Last edited by nobito on 31-7-2014 03:56 PM

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 03:56 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 03:51 PM
dah buat sultan murka..pura-pura kiru..kenapa sultan murka..dah lah keliru..minta maaf plak tu..pe ...

betul pe.yg sultan sentap apa kes pulak?.cadangan dia  utk melindungi sultan.bukan bermaksud biadap atau mencabar sultan.so dia keliru atas kesentapan sultan itu.apa2 pun dia mintak maafla.dia pun tak kena sound dgn sultan masa berbuka puasa.elok je diundang
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 03:59 PM | Show all posts
Betul2 macai politaik TT ni, punya berzaman punya berita.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-7-2014 04:03 PM | Show all posts
alesandra posted on 31-7-2014 03:56 PM
betul pe.yg sultan sentap apa kes pulak?.cadangan dia  utk melindungi sultan.bukan bermaksud biada ...

lor..dah dia cadangkan kuasa sultan ke atas mais di tarik dan diletak bawah kerajaan negeri..macam mana lah sultan xmarah..xkira lah apa niat dia kan..mana tahu kalau selangor dapat mb boneka macam perak 2008..dah mais nak wat apa-apa kena tunggu kelulusan DAP..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 04:21 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 04:03 PM
lor..dah dia cadangkan kuasa sultan ke atas mais di tarik dan diletak bawah kerajaan negeri..macam ...

2-2 pihak pun mainkan  isu neh melalui media.mesti ada yg tersalah tafsirkalo pembayang tohan ikhlas kenapa tanak jumpa?yg bagusnya khalid dah buat kecoh dia berani nak jumpa.yg pembayang tohan siap jempat berbuka dan jumpa pulak buat2 diam pulak.tu yg dia keliru payahla nak deal ngan set2 hipokrit neh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2014 04:24 PM | Show all posts
alesandra posted on 31-7-2014 04:21 PM
2-2 pihak pun mainkan  isu neh melalui media.mesti ada yg tersalah tafsirkalo pembayang tohan ikhl ...

lor..masalahnya..sultan tu dah terang-terang murka sebab dia xsetuju..dia dah bagitahu kat media..xperlu terangkan pada dia..dia paham apa khalid maksudkan..tapi dia xsetuju n murka dengan cadangan tersebut..nak jumpa n bincang apa laginya??
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 04:29 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 04:24 PM
lor..masalahnya..sultan tu dah terang-terang murka sebab dia xsetuju..dia dah bagitahu kat media.. ...

yg  bergaduh dlm media adalah tak matang dan satu tindakan bodoh.tindakan yg matang dan ikhlas adalah selesaikan dgn cara baik dan bersemuka.dgn cara neh tak perlu aibkan mana pihak2.btw..kenapa tanak jumpa?takkan gagap  jugak kot
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 04:30 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 04:03 PM
lor..dah dia cadangkan kuasa sultan ke atas mais di tarik dan diletak bawah kerajaan negeri..macam ...

betul apa khalid gereja cadangkan tu...ambil kuasa sultan maka senanglah depa nak perkudakan mais...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 04:30 PM | Show all posts
gede-bab posted on 31-7-2014 04:30 PM
betul apa khalid gereja cadangkan tu...ambil kuasa sultan maka senanglah depa nak perkudakan mais. ...

kan..patut dia keliru kenapa sultan murka..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 04:34 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 04:30 PM
kan..patut dia keliru kenapa sultan murka..

dia keliru sebab kena asak ngan kawan2 dapig kekdahnya......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 04:41 PM | Show all posts
alesandra posted on 31-7-2014 04:29 PM
yg  bergaduh dlm media adalah tak matang dan satu tindakan bodoh.tindakan yg matang dan ikhlas ada ...

ada juga orang sokong perbuatan khalid ni..kelakar betul..dah lah cadangkan supaya kuasa sultan ke atas mais ditarik..siap nak jumpa sultan untuk bincang pasal tu..

kau paham x..cadangan khalid tu sultan memang paham sangat dan dia xsuka..siap murka lagi..kalau nak bincang lagi depan-depan..mahu kena penerajang jer si khalid ni..xpaham paham bahasa..

sultan layan xmaki hamun dia masa majlis berbuka dah kira baik lah tu..nampak sangat sultan cuba maafkan dia n malas pikir pasal tu..dia sibuk lagi nak membangkit benda yang sultan xsuka tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 04:46 PM | Show all posts
gede-bab posted on 31-7-2014 04:34 PM
dia keliru sebab kena asak ngan kawan2 dapig kekdahnya......

tah tah khalid samad ni yang sebarkan whatsapp group PAS tu.. rupa-rupanya pemimpin atasan pas pun dah ramai bengang dengan dap n pkr isu kalimah Allah, bible melayu dan lain-lain..sama jer macam UMNO n perkasa kan..tapi berani sembang dekat whatsapp jer..xberani macam pak berahim ali yang digelar katak tu..

Si Khalid samad selaku pembela gereja n bible tersohor dalam PAS..mestilah bengang tengok analisis Dr Zuhdi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 04:47 PM | Show all posts
Tak sedar mak bapak pendatang.....nak kurang ajar dengan baginda.

Ptuiiiiih

Maideen~Duli yang Maha Mulia selamat diatas takhta, Allah lanjutkan usia tuanku, rakyat mohon restu bawah duli Tuanku...Bahagia selama lamanya, aman dan sentosa Duli yang Maha Mulia......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2014 04:53 PM | Show all posts
Maideen. posted on 31-7-2014 04:47 PM
Tak sedar mak bapak pendatang.....nak kurang ajar dengan baginda.

Ptuiiiiih

cis..anak pendatang ke dia ni..patut kurang ajar.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 04:53 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 04:41 PM
ada juga orang sokong perbuatan khalid ni..kelakar betul..dah lah cadangkan supaya kuasa sultan ke ...

owhhh pulisssssebagai penganut islam yg tak buta mata buta hati.tak perlu kot aku sentap bagi pihak sultan2 kalo dia kehilangan kuasa kat mana2 majlis agama.dia nak sentap tujuh petala langit sekalipun.ada aku kesahhaku tak menyokong khallid sbb aku rasa buang masa je isu neh.sbb isu ini sgt munafik utk dilayan.khalid patut layan isu mb selangor jela
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2014 05:00 PM | Show all posts
alesandra posted on 31-7-2014 04:53 PM
owhhh pulisssssebagai penganut islam yg tak buta mata buta hati.tak perlu kot aku sentap bagi pi ...

khalid samad xyah cakap apa apa pasal mb selangor pun orang dah tahu..dia mesti sokong anwar punya..anwar cakap azizah jadi mb..dia pun azizah jadi mb lah..sejak dari awal pun dia sentiasa menongkang arus dalam pas..malahan dia lebih pkr or dap dari mp pkr dan dap sendiri..

ingat lagi masa memula pr berkuasa di selangor..hassan ali jadi exco agama..nak larang penjualan arak di shah alam..memandangkan shah alam adalah kawasan yang hampir 100% orang islam..

khalid gereja ni lah yang paling awal menentang usaha tersebut dan beriya-iya melobi agar hassan ali dipecat dari jawatan exco dan dipecat dari menjadi ahli pas..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 05:05 PM | Show all posts
ResellerMaxis posted on 31-7-2014 05:00 PM
khalid samad xyah cakap apa apa pasal mb selangor pun orang dah tahu..dia mesti sokong anwar punya ...

satu je aku nak tanya.  ....dimana level hasan ali skrg?kalo sendu jawapannya...don't bother reply post aku neh.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.095728 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list