CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1426|Reply: 1

ADUN PD demam denggi

[Copy link]
Post time 2-8-2014 02:40 AM | Show all posts |Read mode
Port Dickson: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson, M Ravi, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Seremban dekat sini, kerana menghidap deman denggi jam 5.30 petang tadi.
Difahamkan Ravi, 47, mengalami demam pada malam kelmarin dan selepas dibawa untuk pemeriksaan di sebuah klinik di sini, doktor kemudiannya memaklumkan beliau mengalami demam denggi dan dimasukkan ke hospital swasta berkenaan pada jam 5.30 petang.




Isterinya, K Usha, 46, berkata, suaminya mengadu lemah anggota badan dan badan sejuk lalu meminta dihantar ke klinik pada sebelah petang sebelum disahkan menghidap denggi oleh doktor.

Katanya, suaminya demam sejak empat hari lalu dan sudah dua kali mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson (HPD).
M Ravi demam sejak empat hari lalu. FOTO Mohd Khidir Zakaria


"Pihak hospital juga sudah dua kali mengambil sampel darah suami saya untuk ujian di makmal sebelum doktor mengesahkan beliau menghidap denggi.

"Anak perempuan saya, R Rekhilavani, 22, menghantar suami saya ke Hospital Columbia dan ditahan di wad untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2014 09:18 AM | Show all posts

cerito macang nie ...masuk dalam politik ....biaq betui
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.403652 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list