CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2210|Reply: 15

[Jenayah] Amah maut dalam kejadian samun di Kampung Attap

[Copy link]
Post time 2-8-2014 03:46 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Seorang amah wanita warga Filipina ditemui mati di sebuah bilik stor di pangsapuri Jalan Choo Cheng Khay, Kampung Attap di sini, malam tadi.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Rany, 35, dipercayai dibunuh dalam kejadian samun sebelum mayatnya ditemui majikannya setelah pulang daripada makan malam di luar pada kira-kira jam 9 malam.      



      Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata mayat mangsa yang masih lengkap berpakaian ditemui dengan dua kesan kecederaan di kepala dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul dan keras.      
      
Bagaimanapun, emak kepada tuan rumah yang menghidap strok berusia 75 tahun itu tidak dicederakan oleh suspek, katanya kepada pemberita di sini awal pagi ini.

"Wanita itu hanya boleh mendengar tetapi tidak boleh bercakap serta tidak diapa-apakan oleh suspek ketika menyamun rumah tersebut," katanya.

Menurut Zainuddin amah berkenaan telah berkhidmat dengan keluarga majikannya selama setahun 10 bulan dan ditugaskan untuk menjaga warga emas itu yang lumpuh itu.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira 10.30 malam, apabila pintu dan jeriji rumah tersebut tidak dikunci.      
"Polis tidak menemui sebarang senjata yang digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa kecuali seterika berhampiran mayat mangsa...siasat masih dijalankan," katanya.

Menurutnya, motif pembunuhan dipercayai samun dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2014 05:27 AM | Show all posts
siapa famri7?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 10:13 AM | Show all posts
jenayah semakin menjadi2 ....Malaysia masih aman begitu yg di ungkapkan bila bercakap depan rakyat jelata..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 10:17 AM | Show all posts
syukur masih aman
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 11:20 AM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 2-8-2014 05:27 AM
siapa famri7?

entahlah kak,gaya posting macam pondan je

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 12:06 PM | Show all posts
Kalau nak merompak tu ambik lah barang/harta benda yang bernilai tu, nape nak dibunuh manusia yang tak berdosa plak??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2014 12:50 PM | Show all posts
kesian amah pinoy ni. datang jauh2 demi mencari sesuap nasi, mati kena bunuh pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah.semoga dicucuri rahmat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2014 02:16 PM | Show all posts
mattzzx posted on 2-8-2014 12:06 PM
Kalau nak merompak tu ambik lah barang/harta benda yang bernilai tu, nape nak dibunuh manusia yang t ...

mungkin amah tu dah tertengok rupa dia

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 02:33 PM | Show all posts
datang sini utk mencari rezeki tp kene bunuh pula..apapun simpati dgn nasib mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 06:32 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 2-8-2014 02:16 PM
mungkin amah tu dah tertengok rupa dia

Nak hapuskan semua bukti lah yaa...

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah. rip
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 03:58 AM | Show all posts
Ajal sudah sampai
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 07:35 AM | Show all posts
kalau sdh ajal...mcm mcm asbab boleh jadi...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 07:40 AM | Show all posts
mattzzx posted on 2-8-2014 06:32 PM
Nak hapuskan semua bukti lah yaa...

maybe amah tu kenal perampok
guard maybe?
maintenance guy?
atau warga emas itu sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 01:22 PM | Show all posts
pelukis.plan posted on 4-8-2014 07:40 AM
maybe amah tu kenal perampok
guard maybe?
maintenance guy?

Mungkin lah....tapi sangat kejammm perbuatan tuu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.412425 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list