CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1317|Reply: 1

UMNO Terengganu rombak portfolio penting

[Copy link]
Post time 2-8-2014 08:10 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: UMNO Terengganu melakukan rombakan kecil dalam barisan kepemimpinannya bagi memperkasakan jentera parti itu.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman berkata, rombakan itu membabitkan jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan.




Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, jawatan setiausaha yang sebelum ini dipegang Datuk Tengku Putera Tengku Awang digantikan dengan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Jertih, Muhammad Pehimi Yusof.

Katanya, Nik Dir Nik Wan Ku selaku bendahari diganti dengan Bendahari UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Mohd Nasir Yusof sementara jawatan Ketua Penerangan yang sebelum ini dipegang Datuk Abdul Rahman Bakar diisi oleh ADUN Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

"Timbalan Pengerusi UMNO Negeri kekal dipegang Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu," katanya dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Dataran Permata, Seberang Takir, di sini hari ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2014 07:45 AM | Show all posts
rombak ke ..atau ...rompak...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.051556 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list