CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2197|Reply: 3

kat kota tinggi banyak gajah ker ?

[Copy link]
Post time 3-8-2014 11:35 PM | Show all posts |Read mode
tertanya-tanya jugak akhak...banyak sangat ker gajah kat sana ?

KOTA TINGGI - Penduduk Kampung Lukut dekat sini hidup dalam ketakutan selepas dua gajah liar dewasa berkeliaran di persekitaran kampung mereka sejak dua hari lepas dan memusnahkan tanaman kelapa sawit dan pokok pisang.
       
        Jumaat lepas gajah berkenaan memusnahkan pokok kelapa sawit dan pisang yang ditanam berhampiran kampung dan merosakkan bangsal berhampiran sebuah rumah penduduk.
       
        Seorang penduduk, Roslan Dahlan berkata pokok sawitnya yang berusia empat bulan dan dua tahun di kawasan seluas 2.43 hektar dipercayai dimusnahkan oleh haiwan itu dua malam berturut-turut.
       
        Roslan, 49, berkata kemunculan dua gajah itu menyebabkan penduduk berasa tidak bebas untuk berjalan terutamanya pada waktu malam kerana takut diserang gajah.
       
        Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Bandar Penawar mengesahkan menerima laporan Roslan hari ini dan tindakan susulan akan dibuat. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 02:42 AM | Show all posts
baru tahu di kota tinggi ada gajah liar
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 02:20 AM | Show all posts
Gajah dah mengamok
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 01:43 PM | Show all posts
Jalan Kota Tinggi - Mersing, terutama bila drive waktu malam.. kalau nasib ko baik, ko bleh jumpa gajah bila lalu kat situ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.063040 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list