|
KUALA NERUS – Lebih 10,000 tetamu membanjiri Dataran Permata di Kampung Baru Seberang Takir, di sini, bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman.
Sambutan Aidilfitri tahun ini juga lebih bermakna apabila beliau menyambutnya sebagai pemimpin utama negeri.
Dataran Permata merupakan lokasi tetap setiap tahun sejak Ahmad Razif mula menyandang jawatan Adun Seberang Takir sejak 2008, bagaimanapun sambutan yang diterima tahun ini lebih meriah dan ramai berbanding tahun sebelumnya.
Dengan kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negeri juga secara tidak langsung membuatkan majlis yang berlangsung berdekatan dengan kediaman keluarganya itu menjadi tumpuan masyarakat dari seluruh daerah yang mengambil peluang untuk bertemu mata dengan beliau.
Majlis yang bermula seawal jam 11 pagi itu turut menyediakan pelbagai juadah istimewa Aidilfitri seperti nasi dagang, satey, ketupat, rendang dan sebagainya.
Selain rakyat setempat, majlis itu turut dihadiri pemimpin sama ada dari parti BN serta pembangkang dan pegawai tertinggi kerajaan
|
|