CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1133|Reply: 2

Anjur himpunan: Chegubard dibebas daripada tuduhan

[Copy link]
Post time 4-8-2014 10:37 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan program penghargaan kepada pengundi negeri Selangor, tahun lepas.
          
        Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han dan peguam Michelle Yesudas yang mewakili tertuduh.
          
        Terdahulu, dalam prosiding hari ini yang ditetapkan untuk sebutan kes itu, Tan memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan keputusan Mahkamah Rayuan, yang menggugurkan pertuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menganjurkan perhimpunan Blackout  505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.
          
        Bagaimanapun Michelle yang mewakili Badrul Hisham membantah permohonan pendakwaan dan berhujah bahawa keputusan rayuan kes Nik Nazmi di Mahkamah Persekutuan masih belum mempunyai tarikh dan pertuduhan terhadap anak guamnya akan berlanjutan sehingga kes Nik Nazmi selesai.
          
        Badrul Hisham, 35, yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, sebagai penganjur perhimpunan program itu didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai program berkenaan dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.
          
        Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Petaling Jaya, Padang Timur, Jalan Timur, di sini pada 5 petang, 25 Mei tahun lepas.
          
        Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 11:44 PM | Show all posts
whatever lah chegubard.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 02:12 AM | Show all posts
Pkr - parti yg paling gila di malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:50 PM GMT+8 , Processed in 0.128457 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list