CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10488|Reply: 60

Bongkar!!!!Khalid hutang RM66juta

[Copy link]
Post time 5-8-2014 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Berat...Berat....PKR!!!!! MB: Azmin melepas lagi...Saifuddin kata parti nak Azizah saja



Melepas lagi...nampaknya harapan sesetengah pihak dalam PKR yang mahi timbalan presiden parti itu yang juga ADUN Bukit Antarabangsa menjadi calon alternatif jawatan Menteri Besar Selangor tidak kesampaian.
Ini berikutan ketegasan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan tidak ada nama selain presiden parti itu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang diletakkan sebagai calon Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata laporan berita yang mengatakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mahupun ADUN Ijok Datuk Idris Ahmad disenaraikan sebagai  pengganti menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah tidak sah.

Beliau turut menegaskan bahawa Mesyuarat Biro Politik yang didakwa membincangkan perkara itu dihadirinya sendiri. Selain itu Azmin turut menghadiri mesyuarat itu dan menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah.

"Tidak... kita tidak ada bincang sehingga juga Mesyuarat Biro Politik semalam, tidak timbul nama lain.

"Malam tadi di Mesyuarat Biro Politik Azmin Ali turut hadir dan bersetuju keputusan parti bahawa Datuk Seri Wan Azizah satu-satunya nama yang dicalonkan.

"Kita menegaskan mengekalkan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP)," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Kelmarin beberapa media memetik laporan sumber bahawa PKR mencadangkan nama alternatif berikutan ketidakpuasan hati beberapa pihak dalam partinya atau rakan sekutunya terhadap cadangan nama Wan Azizah.

Kemelut ini walau bagaimanapun diakuinya bakal menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti itu di Selangor.

Namun Saifuddin dilihat optimis dengan Wan Azizah yang katanya lagi mampu menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka agar Selangor terus dipertahankan dari jatuh ke tangan Umno pada pilihan raya akan datang.

Dalam masa yang beliau menegaskan tidak ada perbincangan untuk menyingkirkan Khalid menggunakan kuasa Biro Politik jika Menteri Besar dua penggal itu nekad meneruskan khidmatnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-8-2014 01:43 PM | Show all posts


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan membuat penerangan secara bertulis kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung alasan untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, nota penjelasan yang merangkumi fakta kes melibatkan masalah intergriti itu Khalid akan diserahkan kepada semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat pada esok (Selasa).


Nota penjelasan sepanjang lebih 50 muka surat itu didakwa akan mendedahkan secara terperinci mengenai salah guna kuasa oleh Khalid sebagai Menteri Besar.

"Antara yang terkandung dalam nota tersebut adalah fakta kes membabitkan hutang Khalid sebanyak AS$18 juta (RM66.67 juta) dengan Bank Islam Malaysia untuk membeli saham syarikat.

"Turut disenaraikan dalam nota itu adalah penjualan tanah milik kerajaan negeri Selangor oleh Khalid kepada Eco World dengan harga yang lebih murah daripada nilai pasaran untuk projek pembinaan rumah pangsa di Sungai Sering, Ukay Perdana," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Isnin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 01:43 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 01:43 PM | Show all posts
hahahahahaahahahahahahahahahahahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:53 PM | Show all posts
pening nak baca kalo tulisan reversed white
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:54 PM | Show all posts
secara logik - apa Khalid nak buat ngan duit juta2 hutang ngan Bank Islam tu...?

susah aku nak hadam segala tuduhan2 itu..

bagi aku - aku lebih suka Khalid dikekalkan jd MB..
skrg ni pun Kerajaan Selangor dah untung RM1.6 Billion..
apa lagi yg diorg nak??
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-8-2014 01:56 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 5-8-2014 01:54 PM
secara logik - apa Khalid nak buat ngan duit juta2 hutang ngan Bank Islam tu...?

susah aku nak ha ...

ape yg tak leh hadam nyer? dah ni org PKR sendiri yg bongkar.........
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 01:58 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 5-8-2014 01:54 PM
secara logik - apa Khalid nak buat ngan duit juta2 hutang ngan Bank Islam tu...?

susah aku nak ha ...

duit tu nak buat belaanja projek kroni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 02:05 PM | Show all posts
akughi posted on 5-8-2014 01:56 PM
ape yg tak leh hadam nyer? dah ni org PKR sendiri yg bongkar.........

Dalam umno/bn takde kan macam ni. Semua sapu bawah kapet. Cuma bila dibongkar oleh PR atau Jab Audit Negara baru akan disiasat. Itu pun belum tentu kena.

Tengok jelah kes beli kondo untuk lembu, kes PKFZ, kes perwaja, kes Bank Rakyat, kes puspahanas mana ada ahli umno/bn sendiri yang lapor. Semua senyap jer..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 02:06 PM | Show all posts
cak! posted on 5-8-2014 01:58 PM
duit tu nak buat belaanja projek kroni?

anak buah aku keja ngan dia...
dia kata..satu sen pun Khalid kira..- itu duit rakyat..bukan duit dia..

bilik dia..dr pagi sampai habis waktu ofis - cuma pasang Ayat Al Quran jer..

hmm....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 02:10 PM | Show all posts
bagus la tu.. bogelkan TSK habis2an.. jangan berhenti kat TSK je.. bongkarkan yg lain2 sekali.. kes china doll jangan lupa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 02:10 PM | Show all posts
aku lagi suka khalid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 02:14 PM | Show all posts
Defcon2 posted on 5-8-2014 02:05 PM
Dalam umno/bn takde kan macam ni. Semua sapu bawah kapet. Cuma bila dibongkar oleh PR atau Jab Aud ...

anwar ibrahim main jubbor....pah tu kene pecat...hat ni ko tak nak sebut pulak....wal hal dia paling besar jawatan an bakal jadi PM malaysia...

hat ni ape pulak ayat konar baring ko.....

la ni PAS sekutu kuat nuar....ko nak jilat ape lak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 02:15 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 5-8-2014 01:54 PM
secara logik - apa Khalid nak buat ngan duit juta2 hutang ngan Bank Islam tu...?

susah aku nak ha ...

diorg nk projek mega2
penat la susah2 dpt selangor tp projek x dak
huhuhuhuhuhu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 02:17 PM | Show all posts
Azmin Ali tu keldai paling dungu... kena kencing baik dgn Nuar... patut dia dah boleh baca memang Nuar sentiasa anggap dia runner je, albeit high end runner.  Runner Nuar yg lain2 dah lama tersedar tapi Azmin je yg tinggal menaruh harapan.. Azmin dgn Sam ketot sama la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 02:21 PM | Show all posts
w/pon aku tak undi PKR - tp aku suka khalid as individu yg berjaya membezakan politik & meneraju negeri
kudos to him
well anwart - nak bezakan isteri dgn china doll pon tak tau
how??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
akughi posted on 5-8-2014 01:56 PM
ape yg tak leh hadam nyer? dah ni org PKR sendiri yg bongkar.........

Aku mmg tau dia Ada hutang dgn bank Islam...masa dia nak bertanding dulu ( awal pembabitan dia dgn politik) org bnm yg bgtau aku. Org tu involve dgn audit bank Islam...aku ingat dah settle benda ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 02:23 PM | Show all posts
muka saifuddin adalah antara
muka yang susah untuk dipercayai
dalam Parti Keluarga anwaR

sebalik riak wajah saifuddin
ada aura auta dan penipuan
sama macam anwar jugak
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 02:27 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 5-8-2014 02:06 PM
anak buah aku keja ngan dia...
dia kata..satu sen pun Khalid kira..- itu duit rakyat..bukan duit  ...

mksud haku duit tu la puak2 pkr nk amik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2014 02:29 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 5-8-2014 02:06 PM
anak buah aku keja ngan dia...
dia kata..satu sen pun Khalid kira..- itu duit rakyat..bukan duit  ...

anak buah aku pun keje ngan najib gak...same la, najib tu satu sen pun dia kira.....dari pagi smp ke petang bukak ayat al quran.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.100802 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list